serenada 1915

3 07 2009

Namamu menerangi ruang hati
jiwamu, kasihmu,
memenjarakan segala ketenangan
terperangkapkah aku
dalam suratan

segala yang direncanakan
bersama suka dan duka
hanya tulus yang mampu
kuberikan padamu
selagi diri mencermin naluri

* korus
kau aku
bisa terlerai
bersama rindu
namun cinta kan utuh selamanya

tunduk berdiri
berbekal tekad
penuh membara
janji-janji itu
bersama bidadari syurga jelmaan dunia
penuh azimat
hanya kita yang tahu

k





bulan julai

1 07 2009

anekdot 1

bulan julai hadir dengan kondisi diri yang cacamerba. Ia tetap hadir. Siapa kamu untuk halang. Perancangan harian yang tak tersusun, (tersusun sebenarnya, dah selesai. sebab itu kot rasa tak tersusun, sebab tak tahu nak buat apa lagi). Otak ligat memikirkan perancangan seterusnya.

iphone application. Tugasan baru. Bukan sebagai developer application, cuma provider xml. (masih dengan kod juga, belakang tabir).

harap berjaya.

anekdot 2

trut truttt

hello, apa cer” kawan di sana. Bukan panggilan kamu yang aku perlukan/tunggu.

hello, wo, tadi aku call tak dapat. Kereta aku duduk depan kau masa kat traffic light tadi. Tak perasan ke?” aku

la ye ke. Mana perasan dude” kawan

aku siap keluar tangan lambai-lambai. Kalau aku, kau tak perasan, awek kereta sebelah, kau asyik jeling-jeling, ingat aku tak nampak? haha” aku

awek lain beb, ada cas negatif. positif dengan negatif baru ngam. positif dengan positif dia menolak. haha” kawan.

cis” aku.





lukisan-lukisan itu. ekspresi jiwa

29 06 2009

anekdot 1

eksperimentasi aclyric dan kanvas. tengah malam. jam 12.34 to be exact. Dua kanvas 2×2.

percubaan kedua lebih baik daripada percubaan pertama. obvious.

bila renungkan balik, dalam-dalam, lama-lama, aku perlukan satu lagi tiub warna hitam. Untuk tutup semuanya dan mulakan dengan percubaan ketiga. Kali ini subjeknya telah ditetapkan. Dalam kepala cuma.

harapnya kali ini lebih ‘menjadi’.

anekdot 2

“jom hatyai”

“passport saya dah mati”





aktiviti

26 06 2009

anekdot

hujung minggu yang sarat dengan aktiviti. Semuanya adalah rancangan :

1. Sesi lepak-lepak bersama kawan-kawan UTM – Putrajaya

2. Sesi membeli rumput

3. Sesi menonton bola di stadium . (Selangor main kat Shah Alam ke minggu ni haa?)

4. Sesi menanam rumput

5. Sesi membeli barang – barang lukisan. Melukis. (Kalau ada mood dan ruang)

6. Sesi godek kamera. Shoot sendiri dengan info baru. Praktikal. Tunggu kawan call untuk confirmation.

6. Sesi jadi krew Honda Trip Kuala Gandah, Pahang. Potonggggg.

Itu saja.





bintang-bintang terbit dari langit

26 06 2009

anekdot

q

bintang-bintang terbit dari langit
bukalah mimpi-mimpiku
bawaku pulang berteman pelangi

bintang-bintang terbit dari langit
menerang taman
saat kita bertatih di laman
merangkak mengejar kasih

bintang-bintang terbit dari langit
menutup segala lohong-lohong cahaya
mengganti segala ada

bintang-bintang terbit dari langit
sinarkan semuanya
kerana kamu
bidadari syurga jelmaan dunia

2327. KOMA.





dedahkan diri kamu.

24 06 2009

anekdot 1

semakin ramai kawan-kawan yang masuk ke ‘mainstream’. Menonjolkan diri mereka di luar. Pendedahan dan perkembangan yang bagus. Bila sudah dikenali ramai, harapnya tiada apa-apa yang berubah. Jadilah diri sendiri. Mungkin selepas ini di facebook kawan-kawan ini akan ada satu fanclub mereka sendiri. Ada yang boleh aku join nanti. Ada juga yang tidak. Kawan-kawan yang mereka suka sahaja.

masuk tv aa, pergi oversea? (emoticon wo!)” aku. sms

ya, baru balik, gambar yang mana masuk di tv?” puteri.

sikit ja, masa di asrama anak yatim” aku.

oh, esok ada sambungan lagi tu” berhenti.

kak, tahniah kerana naik pangkat, Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah.

anekdot 2

y

bersembang dengan kawan fotografer, bila bercerita tentang sistem komputer yang digunakan oleh fotografer untuk edit gambar masing-masing, ramai yang mengatakan mereka menggunakan komputer Mac. Apple. Hasilnya lebih lawa. Benarkah? Ada pro dan kon.

ada juga syarat yang diletakkan sebelum seorang fotografer itu diambil bekerja (samada freelance atau tetap), adalah mempunyai komputer Mac sendiri.

Ada juga satu poll di ruang forum digital fotografi luar negara yang bertanyakan hal ini. 60% pengguna Mac, selebihnya sistem komputer yang lain.

Ilmu editing, bagi aku, pakailah mana-mana komputer pun, jika diri kamu mempunyai nilai-nilai seni, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Yang penting, belajar. Praktik. Selalu.

kat ofis kau semua pakai Mac kan?” aku

dah ofis bagi, ambil ja la” dia.

serius best” aku.

sama ja, takde ilmu, hasilnya hampeh juga, kena reject juga gambar-gambarnya” dia.

Terpulang masing – masing. Ada rezeki lebih, aku pun nak angkat komputer Mac satu hehe.

aku kasi grain sikit, baru nampak oldskool

cool man





ikhlas tapi jauh

23 06 2009

anekdot 1

siapa yang order kek untuk saya kak?” kamu

dia la” kakak

:( ” kamu

eh, kenapa sedih?” kakak

terharu, serius tengah menangis ni. (…) saya ingatkan saya sendiri” kamu.

kawan baik tu” sambung kamu lagi.

you have a lot of lovely friends around you” kakak

ada kejujuran yang tersirat. tiada dendam dalam ikhlas itu.

ikhlas penuh cinta.

anekdot 2

aku sudah berkira-kira untuk tulis semua yang ada dalam kepala. Tadi. Bila sampai untuk recall semula, tiada apa yang muncul.

mungkin aku perlukan satu buku kecil di dalam kocek seluar/baju sama seperti tahun-tahun terdahulu. Senang untuk aku catatkan apa-apa yang penting.

hey, organize diri kamu

ya, aku cuba, separuh diri aku telah hilang, bagaimana?

cari sampai dapat!

w





studio

20 06 2009

anekdot 1

mempelajari dan mempraktikkan benda baru sangat mengujakan aku. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang kita minat.

Hari ini sabtu bekerja untuk syarikat, dan hari ini juga ada majlis sambutan harijadi CEO. Tema floral. Ala-ala hawaii. Aku sebat baju yang paling hampir bunga-bunga untuk match dengan tema hari ini.

Nice ah” ariel.

*senyum.

satu studio photo kami setup di pantry.

suka-suka kami. hanya kami dan kawan-kawan yang kita suka.

gambar akan di upload ke flickr.

selamat hari lahir bos!





lukisan terapi jiwa

19 06 2009

anekdot 1

semua hutang-hutang bacaan itu telah aku langsaikan. Ada yang buat aku senyum, ada yang buat aku berfikir, kerut dahi, ada macam-macam. Satu terapi jiwa mendapatkan perspektif dan pandangan berbeza, untuk menampung kekurangan (pasti ada) pada kita.

hutang-hutang flickr juga aku langsaikan. Terima kasih nasir atas kredit pada gambar itu.

anekdot 2

lukisan yang kamu buat itu sangat cantik. Sangat. Serius. Teruja. 2 lukisan itu, bagi aku, setara dengan pelukis-pelukis solo di luar sana. Harga, kamu boleh demand.

Minggu ini aku nak melukis. Abstrak. Cubaan pertama. Konon. Beli barang-barang di Maria. Aclyric. Kanvas. 3 x 3.

Dah lama aku nak tengok dinding ruang itu terpampang dengan lukisan atau gambar. Daripada aku. Tak mahu orang lain. Frame kayu. Huh, terbayang. Laksana mini galeri. *plop.

Eu te amo!

j





pendek

18 06 2009

anekdot

google reader(28)

~ biarlah.