kurniaan di bulan Ramadhan

28 09 2007

Alhamdulillah, tanggal 24hb September 2007 lalu, wife aku telah selamat melahirkan seorang cahayamata lelaki, berat tak hengat, 3.8kg hehe . Kami berikan namanya FARIS ILMAN.

faris.jpg

Oleh sebab mak/mak mertua tak dapat datang untuk menjaga cucunya ni, terpaksalah aku yang menguruskan segala-galanya. Dari memandikan baby, masak makanan wife, dodoikan baby (kadang-kadang), semua aku yang handle. Cuak memang cuak jugak la kan, tapi alhamdulillah, semua ok.

Memang mencabar buat semua ni time-time bulan puasa. Letih jangan cakap la. Kat Sabah ni panas dia lain macam, terik. Hari ni hujan lebat, alhamdulillah.

Hari ni aku baru masuk opis, tu pun kejap je, petang ni aku kena bawak baby gi klinik. Minggu depan pun aku rasa masuk lambat la selalu. Setelkan diorang dulu.

Kami balik raya 9/10 yahooo.. cuti 2 minggu. Tambang dia je dah nak dekat RM700. Tu pegi je, baliknye lain lagi, alahai.. Nasib baik MAS ada tambang murah.





berita negatif

21 09 2007

newspaper_5.gif

Terkejut bila tengok berita malam tadi. Kanak-kanak yang dijumpai dibunuh dan diseksa tu adik Nurin yang hilang, berdasarkan ujian sains DNA. Gila ganas pembunuh tu. Camana dia boleh fikir sumbat mayat dalam beg.

bila tengok cerita CSI, cepat je diorang boleh dapat result DNA tu.. mmm cerita tv, mungkin la dibuat cepat, realitinya mungkin lambat, 2-3 hari. (Tapi dalam banyak-banyak CSI, CSI Miami aku kurang gemar skit, sebab si Horatio tu cam berlagak macho je haha, abis cakap, jalan, abis cakap, pandang tepi). Gadget forensik di Malaysia ni setanding ke macam dalam cerita CSI tu? kalau setanding, bagus la.

Setiap hari, suka atau tak, lebih 60% berita dalam paper, semuanya berita negatif. Tak caya? gi bukak paper, cuba tengok berapa banyak berita bunuh, eksiden, penipuan, bom, harga naik, ambik dadah, pencemaran, roboh kedai etc2. Banyak yang negatif. Setuju?
(teringat arwah nenek yang memang gemar baca paper, semua dibacanya dengan cermin mata kanta tebal termasuklah iklan-iklaneka). Secara tak sedar nye, seharian hidup kita dipenuhi dengan benda-benda negatif. Ni telahan aku.
……………………………………………………………………………………………………………………

btw, sempena bulan puasa ni, aku ada satu link yang amat lah best dan digalakkan untuk dibookmark . Bacaan Al-Quran dan terjemahannya , pastu tekan Ctrl+D untuk bookmark kalau sape-sape yang pakai IE.





tagteam

19 09 2007

tag dari saudari bayan , Eight Random Facts/Habits About Me .. aku akan cuba slow-slow untuk penuhi ‘lapan’ fakta rawak/tabiat tentang aku. Otak macam tepu sikit.

1. Suka lepak kat umah :
kalau takde benda nak buat, memang aku lagi prefer lepak kat umah daripada jalan-jalan entah ke mana. Kalau jalan-jalan yang dirancang, ok bg aku. Kalau tak rancang, macam membazir je rasanya, lagi best duk umah layan tv. (tp wife aku suka jalan, aku layan kan saja :) – ni kes lain hehe)

2.  Suka makan ikan ‘kurus’ :
Ikan tu namanya ikan sardin kot. tp bukan sardin tin. Kalau kat sabah ni, diorang panggil ikan basung. Ikan tu memang kurus, kecik sebab tu dari kecik aku panggil ikan kurus. Ikan ni memang feveret aku lagi-lagi kalau masak pedas.. pehhh (ceh terliur aku bila cite bab ni). Mak aku memang champion masak ikan ni. Goreng pun sodapp. Fakta sadis : Wife aku tak boleh makan ikan, so memang dah jarang-jarang sangat aku layan ikan nih, tapi aku dah ajar dia camana nak masak ikan ni hehe

3. Agak ‘fail’ jalan kat KL :
Oleh sebab aku dah agak lama kat sabah ni, jalan-jalan kat KL nun memang agak mengganggu minda aku kalau disuruh drive. Aku kena tutup mata dulu, imaginekan jalan-jalan yang nak diikut, mapkan dalam otak, baru boleh. Jangan bagi aku direction guna nama jalan, bagi aku landmark-landmark yang boleh dilihat. Overall, aku ratekan sendiri tahap pengetahuan aku jalan KL ni 6/10.

4. Aku memang orang Kajang :
Abah aku orang Batu 13, Jalan Cheras, Kajang. Mak aku orang RKT Sungai Merab (masih dalam Kajang dulu), aku lahir kat Hospital Kajang. Umah mak abah aku skang kat Sg.Ramal Dalam, Kajang. Pernah melihat revolusi bandar Kajang samada zaman retro atau sesak moden sekarang. Satay Kajang dah mahal rupanya. (sesuai la dengan zamannya).

5. No. handphone tak penah bertukar :
Bila mengingatkan balik masa aku beli hp ngan nombor dia skali (prepaid), memang sadis. Harga nombor sahaja RM250. Maxis. Masa tu maxis adalah yang paling grand dan mantap. Oleh sebab RM250 tu, aku tak penah nak tukar nombor walaupun skang ni RM8 dah bole beli nombor baru. Kalau nak pakai postpaid pun, dah ada macam-macam plan skang. Tapi aku tetap setia. Aktifkan Dirimu.

6. Suka pada grafik :
Aku suka untuk mengexplore design-design grafik. Banyak lagi teknik-teknik yang best yang aku belum tau/cuba. Aku akan belajar insyaAllah. Design website pada company lama la nostalgia aku.

7. Minat programming :
Eh jap, mungkin skang aku dah kureng skit untuk buat-buat program, tapi dulu memang la makanan ruji. Mandi teringat code, bawak motor pikir camana nak setelkan coding, stay up kat opis ngan member konon-konon nak siapkan projek hehe tapi belasah main Counter Strike. Fire in the hole! Menjadi satu kepuasan tahap gaban Z kalau dapat selesaikan masalah coding. Sekarang masih minat, programming + designing.

8. Suka layan lagu-lagu retro :
Nak layan lagu-lagu lama? bukak channel SinarFM. Aku dah tua sangat ke ek? nostalgia zaman kanak-kanak beb :)

fuhh banyak jugak 8 fakta. jenuh aku pikir. Selesai pun. Estimated time completion : 2 hours.

selamat berpuasa.
 





perihal wad bersalin di bulan puasa

18 09 2007

aku baru balik dari wad bersalin, wife aku masuk wad pagi tadi.. sakit-sakit katanya tapi belum mau bersalin lagi dalam masa terdekat, esok mungkin. harap-haraplah.

nurse memanggil nama wife aku bertanyakan siapa suami wanita ini. Aku pergi ke arah dia, kena daftar masuk wad dulu dia cakap. Ada satu lagi, sebenarnya wife aku boleh dapat lepak wad kelas 1, tapi disebabkan terlampau ramai yang nak bersalin bulan-bulan puasa ni, wad kelas 1 dah penuh, kelas 3 pun dah penuh sikit, kena tunggu sekejap. Dalam hati aku, ramai jugak yang bersalin bulan puasa ni, berkat ramadhan insyaAllah. Dalam 2 jam jugak kami menunggu untuk dimasukkan ke wad, sebab ‘bed dah penuh’ kata nurse tu.

nasib baik hospital ni baru, ala-ala Hospital Putrajaya (aku tak penah pun masuk hospital putrajaya, lalu je hehe), wad kelas 3 dia pun kira ok la, cuma satu bilik ada 6 katil berbanding wad kelas 1 yang satu bilik 2 katil. Makanannya pun berbeza. (oleh kerana orang yang nak mengandung dan nak bersalin, tidak digalakkan puasa), kelas 3 makanannya sedikit ‘tak best’ berbanding kelas 1. Aku terpaksa belikan burger pada pakcik Donald, drive-thru.

petang ni aku berbuka kat hospital, temankan wife aku, harap-harap tak lama la kena tahan dan cepat-cepat bersalin.

doa-doakan ya. :)





perihal buka puasa di perantauan

13 09 2007

Lain tempat, lain la rasanya.
Best duduk kat sabah ni sebab dapat bukak puasa awal. Jangan la jeles sebab kami imsak awal. Tiap-tiap tahun aku takkan lupa untuk menghantar ’sms hangit’ kepada kawan-kawan di semenanjung time aku sedap berbuka puasa kat sabah dan diorang selalunye me’revenge’ semula time sahur. Tak thrill langsung bg sms time sahur hehe, kadang-kadang time tu aku tgh tido, langsung takde kesan. Tahun ni bersiap sedia lagi lah korang.

Kat sini, pasar ramadhan nye aku rasa tak masyuk cam kat semenanjung. Memang ada banyak gerai, tp bg aku, takde banyak pilihan makanan. Kalau ada pun, tak serasi ngan tekak orang semenanjung -ceh berlagak . Kadang-kadang sampai beli karipap je sebab tak tau nak beli ape. Untuk info korang, kat sini murtabaknya lain macam, digoreng dengan minyak yang banyak, pastu pulak, intinya just sayur-sayur, takde langsung inti ayam atau daging. Sape-sape yang penah duduk sabah, sure tau murtabak yang aku cerita ni.

Bulan puasa ni jugak kami boleh balik awal gila. 3.30 petang dah bole check-out. Jangan jeles. Kalau jeles, mai datang sabah.

Malam hari, kat surau sini buat terawih 8 je. Kalau nak lebih, pegi la masjid. Selalu setel terawih ngan witir pukul 8.15 – 8.30 . Time tu korang baru nak masuk isyak hehe

Oleh sebab otak aku kekurangan bekalan makanan, aku pun dah tak tau nak cerita ape.
Aku tengah plan ni nak beli ape untuk berbuka nih. Ada cadangan?





jangan tak puasa

12 09 2007

suatu masa dulu…
sure mak akan tanye, nak minum ape sahur nanti.. aku selalu sebat air nescafe O yang telah disejukkan semalaman. kadang-kadang makan nasik, kadang-kadang minum air je, tengok mood lah.

masuk sekolah asrama nun di kedah, siren sahur panjang dewan makan, bunyi yang mengganggu tidur-tidur budak-budak yang tak stay up untuk study supaya bangun. Dah hafal menu mingguan, kalau sedap, bangun, kalau tak, gamble je utk esok. Tapi tak penah la aku tak puasa time skola tu :) . Fakta raging : penah member aku meraging budak form 3 yang dikejutkan utk sahur padahal time tu baru kul 12 tgh malam. Sekonyong-konyongnye budak tu bawak mangkuk utk tapau nasik turun ke dewan makan, tp gelap gulita, dia naik balik sambil bgtau kat member aku

“bang, takde orang pun”, dengan muka semeto

“memang la takde orang, baru kul 12 hahaha” , dengan bangganya mengenakan budak tu

“oh, takpe la, tido balik”, ayat takde perasaan budak tu akibat dari kemamaian tahap ketujuh.

lepas tu, budak ni dah aware dan alert, dia akan pastikan lampu dewan makan dah nyala, lampu dorm dah bukak, and lagi 10 minit nak abis sahur baru dia gerak, takut kene tipu lagi gamaknye.

masuk U, sahur kebanyakkan kat luar, restoran safiah ke, kedai mamak ke, janji keluar. Naik moto tak pakai helmet (kalau dekat-dekat je la). kadang-kadang suruh member tapau je roti canai kalau malas nak bangun.

dah kawin, tak penah aku sahur kat luar. Lepak makan kat umah je. Kalau ada lauk lebih malam tadi, sebat yg tu je, kalau takde, aku minum air, milo ke, nescafe ke. Jenis tak cerewet. tapi hasilnye tak makan nasik aka memaintainkan pemakanan seimbang, seluar aku akan longgar dalam bulan puasa satu inci lebih kurang, worse 2 inci. Perut yang tak boroi akan bertambah leper. Tapi takpe, setahun sekali je, kesian segala mesin-mesin dalam perut tu bertugas setahun suntuk memproses, kasi rehat aa.

mm sahur ape pagi nanti ni ek.
kawan-kawan, tunggu lah sms hebat saya tatkala berbuka puasa nanti hehe (duk sabah punya pasal)





kelopak mata yang berat

11 09 2007

aku drive td dlm keadaan yg mengantuk.. standard la tghari, petang-petang lepas makan pulak tu. Dengan keadaan persekitaran yg hujan, sejuk aircond kereta, wangian ambi pur, lagu-lagu retro Sinar FM, memang keadaan yg amat sesuai sekali untuk lena. Dan ianya terjadi, aku terlelap 3 saat dan aku perasan dah overdrive ke garisan putih tepi jalan, nasib baik takde orang, tak pasal-pasal aku masuk berita nanti sebab rempuh orang tepi jalan.

aku tutup aircond, biar panas skit. Aku tukar channel radio untuk cari channel rock, takde pulak. Aku try praktikkan satu ilmu simple yg diajar ketika aku pegi tamrin pendidikan sekolah agama rendah dulu. Time kuliah subuh, aku lalok tahap kepala nak ke lantai dlm keadaan bersila (bole bayangkan?), kebetulan aku duduk sebelah satu ustaz ni, dia picit bahu aku dan tak semena-mena, mata aku terang, aku rasa segar, macam baru lepas mandi. Ustaz tu slow talk ngan aku, kalau mengantuk, urut satu urat namanya ‘urat ngantuk’ (aku yakin ustaz ni kelentong aku time ni) kat area bahu nih, konfem bole segar. Subuh tu aku rasa akulah orang yg paling segar sekali dalam surau tu.

Aku cuba praktik kan td. Tak jadi, urat tu dah lari agaknya. Nyorok daripada aku. Aku masukkan kaset dlm kaset player (ye, kereta aku masih pakai kaset player, jgn gelak), kaset Manifestasi Akustika M.Nasir. Sebelum speaker belah depan aku ‘pecah’, aku selalu layan kuat-kuat kaset ni, bass daripada konsert M.Nasir ni memang mantap. Aku khayal dalam konsert M.Nasir sekejap, hilang rasa ngantuk. Fakta menarik : aku beli kaset Cromok, Deafening Silent salah satu sebabnya nak hilangkan rasa ngantuk kalau drive.
alhamdulillah selamat sampai ke ofis akhirnya.

……………………………………………………………………………………………………………

aku tgk, semenjak lagu Memburu Impian ni dipopularkan balik, ramai yg carik mp3 nya. Blog aku pun jadi tumpuan (bagus jugak). Kepada semua yg mencari mp3 lagu tu, kalau belum jumpa, email aku : leemenza(at)gmail.com, insyaAllah aku bagi. Nak versi kristal ke, versi kazar ke, dua-dua aku ada.

aku sempat menulis ni sementara menunggu database aku di’compact’kan, mmm dah siap pun.





hati kau keras roy

10 09 2007

dlm kepala otak aku skarang, asyik keluar lirik-lirik ‘memburu impian’. Berhantu gak lagu ni bile dengar balik walaupun mp3 nye dah lame aku dapat. Terus semalam aku upload ke handphone utk memudahkan aku layan bila-bila masa. Penyanyi dia, kazar adalah pelakon kegemaran aku haha. Aku tak tau nape aku suka tgk dia berlakon, walaupun dia tak buat lawak, aku tetap gelak.

Cerita Susuk tu aku tak layan sangat, walaupun kazar ni berlakon. Kalau ada mana-mana interview, “Siapa pelakon kegemaran awak”? , konfem aku jawab dengan mantap “Kazarudin Saisi aka kazar” hehe

Bagi aku, gimik + persembahan kristal, kazar ngan cameo faizal hussein adalah yang paling menarik time Anugerah Era hari tu.

teringat bulan 6 hari tu, time abg ipar aku kawin, aku sempat balik menghabiskan duit + dah lama tak balik semenanjung (baru 6 bulan je tak balik hehe), jumpa ‘Mak Mah aka mak adlin aman ramli. Dia kawan mak mertua aku, orang Meru. datang naik kereta kancil yang dipandu oleh orang lain. Datang just untuk ‘nyumbang’ (term orang jawa untuk ’salam hulur duit tu). Aku bukan org jawa, family wife aku. Beliau disapa oleh sorang anak buah wife aku, “Nek, jangan pandang belakang”. Memang berkesan lakonan mak mah nih.

ok enough tentang hiburan, hari ni aku kena wat keje serius skit. Programming.

fakta menarik : minggu ni minggu paling mendebarkan utk aku insyaAllah.





sesi pertama selesai

8 09 2007

baru abis punggah barang masuk lori.. aku melepak semula kat opis sambil baca-baca email yg berlambak-lambak tak bukak semalam. Juga baca paper online tentang bajet semalam yg aku tak sempat nak dengar.. berita malam td pun tak tgk sebab keluar carik barang.

Bonus untuk kakitangan kerajaan tak diumumkan? don’t worry kawan-kawan.. mesti ada punya. takkan time anniversary malaysia yg ke 50 ni takde bonus kot..

malam ni aku harap kedah menang sebab aku penah jadik warga kedah 2 tahun hehe perak mmg aku tak minat .po*o. Pada yg pegi tgk anugerah era tu, baik-baik la jalan, skang musim ujan (eh ye ke), layan kat umah lagi sempoi, bole baring2 sambil makan keropok.  

selamat berhujung minggu!





minggu-minggu yang mendebarkan

5 09 2007

macam-macam event akan berlaku dalam minggu-minggu hadapan ni, bulan 9 ni. Sekarang ni ofis kitorang tengah jadi macam gudang simpanan VCD haram. Penuh dengan kotak-kotak yang dah diisi dengan segala macam barang, kertas etc. Hujung minggu ni ada sesi mengeluarkan peluh (tp aku rasa tak keluar pun sebab orang lain yang angkat hehe) , pindah ke bangunan baru. Yang mendebarkan ialah  internet mungkin akan ambik masa beberapa hari untuk disetup, dan secara automatik, dunia aku hanyalah ada database. Hari-hari mandom utk aku nanti.

Akan ada jugak sesi baca yassin kat bangunan baru nih, mana la tau, ada yg horror – horror ke, gangguan – gangguan etc. Harap-harap takde pape lah. Kalau ada, bole panggil expose mistik (haram tak mistik) atau pun seekers.

Dalam minggu – minggu depan ni jugak, aku menantikan kemunculan ahli baru dalam komuniti rumah kami. Memang mendebarkan. Aku rase tahun ni mungkin aku bukak puasa/sahur 1st puasa tu kat hospital. Best gak. Mendebarkan.

Mendebarkan jugak bila mengenangkan baju melayu, baju-baju kurung wife ngan anak aku yg aku hantar hari tu. Tailor tu ckp bole siap pertengahan bulan puasa. Aku tak mau dah pakai baju raya yg dah 4 tahun baju yang sama. Gambar tiap-tiap tahun sama je (nasib baik badan aku maintain), cume fesyen rambut (ada panjang, ada pendek), kopiah / songkok yg aku tukar-tukarkan hehe.

jangan biarkan diri anda diselubungi selimut (especially dah pukul 12 tghari)