ni mungkin entri terakhir aku sebelum pindah ofis (talian telefon masih belum dipasang)dan balik beraya ke semenanjung 9hb ni, flight MH069 (sape nak join, KK-KL kul 12.45 tghari).
aku nak sambung balik cerita raya.. (dah takde mood buat keje sebenarnye hehe)
sebelum dikuatkuasakan larangan bermain mercun, memang korang yang seangkatan ngan aku pun sure tau camane bestnya rasa main mercun / bunga api.
Dulu time budak-budak, lepas tarawih, satu kejiranan aku yang kebanyakannya baya-baya aku, akan keluar beramai-beramai, berkumpul kat satu-satu rumah sebagai port awalan untuk sama – sama main bunga api/mercun. Segala jenis ‘bekalan’ akan dikeluarkan, tak kurang jugak yang dicatu oleh bapak /mak masing-masing. Maklum la, kalau dah main tu, selagi tak abis, tak sah. Aku pun kena catu gak time tu kalau tak, bapak aku dah tanak beli lain dah.
Time tu jugak la, ramai yang akan cuba menunjukkan keheroan dengan mengejas mercun tadi untuk dapatkan feel / bunyi yang lebih power. Belerang dicampurkan, mercun yang elok sifatnya tadi dibogelkan, konon-konon nak tau ape isinya. Sapa yang dapat ejas jadi lebih power, dia la yang hebat dan akan digilai oleh kanak-kanak pompuan. (ini aku sengaja tambah).
Mercun roket yang sepatutnya ‘dilancarkan’ secara menegak, telah ditukar kepada melintang untuk mendapatkan kadar tujahan yang diingini untuk ditujukan kepada rival-rival yang tak kurang dengan skill masing-masing. Kadang-kadang je tersesat pegi rumah orang, sampai terdengar latahan satu makcik ni. Tapi alhamdulillah, takde sape-sape yang masuk suratkabar. Setakat baju berlubang, tangan kebas, jari terbakar, tu standard, asam garam bermain mercun.
Meriam pun kami ada main. Aku hanya sebagai pemerhati bebas sahaja, kagum sebab perumahan aku ada satu meriam yang di’camouflage’ dengan semak. Meriam ni meriam paip simen. Ntah mana jiran belakang umah aku ni rembat aku pun tak tau. Tau-tau dia tengah gergaji paip ni ikut kesesuaian untuk menghasilkan output yang diinginkan. Lepas setel lubang paip ditebuk, bekas kabaid dah dipaku kat kayu, kabaid pun dah ada runner gi beli, kitorang usung ramai-ramai meriam ni letak kat hujung padang kat depan umah aku. Kena tanam hujung dia, sumbat meriam dalam tanah. Sendal secukup rasa, kadar dongakan 30 darjah, done!
Time tu kedengaran bunyi meriam perumahan/kampung lain. Masing-masing eager untuk memulakan dentuman sulung meriam nih. Letak kabaid, curah air sesedap rasa, masukkan kayu dalam lubang meriam, tutup / sendal ngan kain buruk, hidupkan api kat kayu satu lagi, lari jauh skit (precaution kalau-kalau meriam buat hal), cucuh! dummmmm! kain buruk pun terbang. Bunyi nye maveles. Bole lawan ngan kampung lain tadi.
Setiap petang, lepas abis sekolah agama, kitorang akan melepak kat meriam ni, layan main meriam. Dah abis main / dah nak berbuka, meriam ni kami selimutkan. Untuk menjamin bunyi yang jitu / tak lari tune. Ni juga sebagai camouflage untuk mengelirukan pihak lawan. (penah jugak kitorang nampak ada orang ronda-ronda, mata melilau-lilau, carik meriam kami agaknya)
Memang meriah bila diingatkan balik. Tu semua 18-20 tahun yang lepas. Sekarang ni masih ada jugak yang main mercun, tp kalau kena tangkap, sendiri tanggung la. Satu lagi aku pelik, time raya je ada berita budak cedera main mercun, time raya cina, deepavali, tak penah pulak aku tengok. Tahap imaginasi budak-budak ni tinggi, satu lagi sebab sains diorang belum habis belajar lagi. Ada ke mampatkan belerang dalam batang besi? Dah sah-sah kalau ‘panas’, besi tu meletup.
Opps lupa, sekarang ni pun dah tak ramai yang pasang pelita kat umah masing-masing bila nak dekat-dekat raya (10 hari sebelum raya). Kalau dulu, kedai rahman/kedai india (lupa nama) aa untung sebab ramai orang beli minyak gas nak pasang pelita. Apa kelas pakai pelita elektrik.
Kalau aku tak sempat online esok,
aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kalau ada salah dan silap kat korang sepanjang aku menulis. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk hampeh, datangnya dari aku. Sama-sama la kita mengeratkan silaturahhim dengan menziarah kawan – kawan. Ramai yang dah beranak pinak, perut dah boroi, bermisai, berjanggut bagai. Bagus la korang pegi reunion raya.
SELAMAT HARI RAYA semua!!