
nape aku paparkan gambar ni? sebab aku tertengok movie tv3 hari jumaat lepas, shallow hall kalau tak silap tajuknya. Dalam movie tu ada Anthony Robbins, tuan punya program yang aku penah attend kat KL dulu. (time tu masih di semenanjung pun). Ni gambar workbook program tu ‘Unleash The Power Within’. Mamat No.1 motivator kat dunia ni sekali je datang malaysia, sebelum ni dia layan singapore je. Aku terlepas untuk pegi singapore tahun seterusnya sebab dah attend yang kat KL ni, demm. (btw, company sponsor half)
Aku tak terer sangat nak buat sinopsis citenya camane tapi yang Anthony Robbins ni dia ‘membantu’ ada sorang mamat ni untuk ubah persepsi dia kalau lihat apa-apa, tak kisah la tengok orang ke, tengok pokok ke, etc2. Lebih kurang ‘jangan menilai luaran nye je la’. Apa yang dia cakap dalam movie tu, sume ada dalam program yang dia buat. Sebab tu aku teringat balik, aku try carik buku ni kat rak dalam bilik sama ngan fail kerja wife aku. Aku jumpa.
Aku nak kongsikan satu event dalam program ni yang mana kami kena berjalan atas api pada malam pertama, sape tak berani, tak nak buat, takleh nak follow program dia untuk esok-esoknya. Kira cam wajib aa. Sebelum tu, kami
dibawa keluar stadium (stadium putra), pegi satu padang lapang. Time tu dari jauh boleh nampak api menjulang-menjulang. WTH, takkan nak lalu kat situ. Dia punya aura kepanasan pun boleh terasa. Time tu semua cam buat-buat muka berani.
Kami disuruh masuk balik ke stadium, mamat tony robbins ni tanya, sapa tak nak buat, bole blah dari stadium. Sorang pun takde kuar (memang la kan). Dia ada la bagi ’cara-cara’ camane nak jalan atas api tu, siap mentera ape ntah, dah tak ingat. Bila semua dah ready, kasut kena tinggalkan dalam stadium, menapak kaki ayam ke padang tu balik.
“abis la bulu kaki aku ni rentung”
“ko tolong lawat aku kat spital nanti ek”
Aku aim secara tepat lane yang aku nak jalan atas api ni. Lane yang ada en.Robbins. Rupanya api menjulang tadi saje je dia nak bagi cuak, yang nak lalu ni atas bara dia je.. (bara pun menyala-nyala beb). Aku dapat salam ngan mamat ni. Gile best. FYI, itu hari sapa nak ambik gambar dgn dia/bersalam/mintak autograf, dia charge USD750, Duit tu nanti masuk foundation dia. Sebab tu aku agak berlagak ngan member-member, dapat salam free. Yang lain pegi carik lane yang ada awek, ape kelas.
Dipendekkan cerita, 99% dapat jalan atas api tu dengan selamba. Sorang je aku rasa yang melecur skit. Masuk balik ke stadium, en.robbins ni bgtau, yang api tu hanyalah metafor. Api sebagai rintangan. Ramai orang takut api. Kalau kita dapat atasi ketakutan yang paling power dalam diri kita, apa-apa pun kita boleh buat.
Banyak yang aku recall balik bila selak-selak workbook ni. Anda sanggup belanjakan RM1500 untuk event camni? pegi la kalau ada dibuat lagi kat malaysia/company sponsor. Tak rugi punya. Gold seat (duk depan dia harga RM10k dan ada sorang mamat melayu antara ramai-ramai bangsa lain kat situ, budak kecik umur 12 tahun pun ada)
What is your biggest fear? (bukan FEAR FACTOR)