31.12.2007

31 12 2007

aku baru selesai layan forum Selangorfc.com.. saja baca keluh kesah fan-fan selangor cam kami ni yang kalah tak hengat punya besar. Aku jarang untuk buat posting di forum ni, bila perlu je. Lagi pun aku bukan ada kat semenanjung untuk pantau sume game Selangor. Duk tengok kat tv je.

hari ni last day 2007. Malam ni budak-budak muda (ada yang yang tak muda), sibuk pegi tengok konsert-konsert yang diadakan untuk sambutan tahun baru yang bagi aku tak berfaedah langsung. Mana yang bawak anak kecik-kecik tu, aku tak berapa paham kenapa diorang sanggup bersesak-sesak pangku anak, susukan anak, tidokan anak dalam suasana yang tak mesra anak langsung. Tinggalkan cite pasal malam tahun baru.

Apa yang telah anda capai pada 2007? Apa yang anda rasa tak patut anda ulang pada tahun 2007 ni ke tahun depan? Sure ada yang manis. Bak kata saiful apek (kalau aku tak silap dengar) ”Yang manisnya tahun ni sebab terminum sirap bandung manis”. Yang penting kita sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah SWT, dan jangan lupa berusaha.

Aku tak dapat nak ulas tentang pencapaian aku tahun ni. InsyaAllah ada masa lain, aku kumpulkan dan letak kat sini. Masa terhad. Aku bukan jenis yang tulis idea kat kertas dulu, buat karangan pastu taip semula dalam blog.

SELAMAT BERMUHASABAH DIRI . Mai datang Sabah





nostalgia PMR

28 12 2007

“Alamak, esok result keluar”.

Malam tu aku susah nak tido. Baju-baju aku masih belum kemas lagi. Esok pagi nak gerak balik ke umah. Umah atok ni dah lama aku duduk. Dah boring pun ada sikit-sikit sebab sepupu-sepupu yang lain pun dah balik ke umah masing-masing.

“Baju dah kemas belum?” Mak mengingatkan aku.
“Jap lagi la mak, sikit je baju ni pun”. Sebab aku dah besar, beg aku tak campur ngan beg besar mak.
(Berapa la aku dapat esok ni, haih)

Dalam bas, perasaan aku tak tenteram. Nak telefon abah, time tu mana ada handphone. Nak tak nak terpaksa la aku layan blues dulu. Jalan Batang Berjuntai-KL untuk ke Kuala Selangor paling aku menyampah. Berpinar-pinar kepala otak. Pening, tapi bole kontrol.

Turun dari bas kat Tanjong Karang, abah aku dah tunggu. Ada satu slip kat tangannya.
“Tahniah la”. Abah cakap sambil hulurkan slip tu. Sikit sebanyak, gemuruh aku reda sikit.
Aku letak beg kat tanah, capai slip dan ambik masa untuk teliti satu persatu ayat start dari nama aku, no ic dan seterusnya sampai ayat terakhir. Memang saiko dan mendebarkan. Mak, adik tumpang tengok sekali.

Aku gembira, walaupun tak dapat straight A, keputusan tu melayakkan aku untuk sambung belajar kat sekolah yang sama dengan abang aku kat Kedah. (Tapi waktu tu abg aku akan keluar sekolah sebab dah abis SPM). Asrama pertama untuk aku.

Gembira jugak bila dengar sume member-member dapat result yang OK dan masing-masing keluar dari sekolah lama untuk merantau merata-rata. Dan lebih best, kami batch yang memecahkan rekod sekolah sedia ada dengan statistik yang maveles.

Bila aku tengok dalam tv, baca paper, aku dapat rasai balik kenangan masa ambik result dulu. (walaupun result tu abah aku yang ambikkan). Memang akan ada yang menyorok-nyorokkan result taknak kongsi ngan kawan-kawan. Terpulang.
Tapi harus diingat adik-adik, perjalanan anda masih jauh. Banyak lagi halangan yang ada. Gunakan keputusan yang ada untuk mempowerkan lagi pelajaran kalian di masa depan. Jangan riak dan takbur.

Tahniah untuk semua pelajar PMR lepas!





motor dan Azura

27 12 2007

malam tadi ada cite ‘Azura’ kat Astro Prima. Cite lama yang bole layan. Suka dengar dialog-dialog yang seperti dalam teks / skema. Kami sefamily ketawa. Ara pun. “ura” je dia cakap.

Model motor cam dalam cite Azura tu aku ada kat umah, RM10 je aku beli dari sepupu yang harga asalnya sebelum di’assemble’ RM99. Zaman 80an, 90an, RM99 amatlah mahal. Masa umur aku 10 tahun, aku dah ada 2 motor lumba :) Motor tu tersangat sensitif, takleh nak pegang tak tentu hala, letak kat almari cermin je buat tatapan orang. (Ramai budak-budak lain yang tergila-gilakan motor tu). Sambung belajar, aku sebat satu lagi model, time ni aku pasang sendiri. 250cc. Aku lupa bawak motor-motor ni masa pindah ke Sabah.

ok, stop pasal motor.
Sebenarnya banyak lagi cite – cite lama yang dah lama tak ditayangkan balik. Cite pasal setinggan ada hantu (lupa tajuk), badul, etc2 yang kalau dimainkan semula, sure layan. Komedi dulu pun amat bagus berbanding sekarang. Cuma takleh nak lawan dengan P.Ramlee nye cite la. Aku ternanti-nantikan cite zaman 80an. Nostalgia kanak-kanak.

Perut aku lapar tapi aku tak rasa macam nak makan. Tak tau nape. Tolong!

  





caya la nurseri

26 12 2007

pagi ni entah kenapa, perjalanan teramat lancar. Lampu isyarat sume macam tau-tau je keta aku ada, terus bagi lampu hijau. Tak dan nak brek-brek, terus je sampai ke parking opis. (ops, cuma singgah kejap kat bank). Mungkin ramai yang habiskan cuti hujung tahun. Bagus gak.

Dan semalam aku dapat kelegaan maksima dengan berita yang dibawakan oleh abang ipar. Oleh sebab mungkin kos sara hidup meningkat, anak-anak ramai yang nak ke sekolah, berita tentang tak jadinya anak bongsu dia dihantar ke nurseri + isterinya boleh jaga Ara, kami happy. Tak payah nak susah-susah kejut Ara pagi-pagi (sebab sekarang, selagi belum pukul 11 lebih, komfem tak nak tido), hantar ke nurseri yang dia tak familiar + sure nangis gile baben. Duduk kat umah ipar, sure Ara gembira bermain-bermain dengan sepupunya yang 4 tahun tu.

“Bang, bang Le cakap, kak ita bole jaga Ara. Tak jadi hantar Fazira gi nurseri”

“Betul ke? nape tak jadi hantar nurseri lak?”

“Kak ita cite, mahal hantar sana, RM180, lari budget diorang”

“waa, bagus aa, takyah susah-susah” 

Memang kadang-kadang, banyak perkara diluar jangkaan akan berlaku. Tu yang aku selalu cite kat member masa belajar dulu. “Sampai masanya, tau la kita nak buat”. Sure ada jalan/perkara yang membantu untuk menyetelkan masalah. Yang penting, banyakkan berdoa. InsyaAllah, dipermudahkan semuanya.

Tinggal berapa hari lagi nak masuk 2008. Mana yang nak kawin, dah set nombor cantek 080808. Ada ong mungkin. Sapa yang baby lahir tarikh tu pun cun jugak. ahh, mana-mana tarikh pun sama, cuma senang nak ingat je.

Resolusi tahun ni berakhir dalam beberapa hari jugak. Cuma sebenarnya, kita tak perlu letakkan matlamat setahun sekali, matlamat adalah setiap hari. Itu yang aku belajar. Apa yang kita accomplished setiap hari dari matlamat yang kita buat sebelum nak tido malamnya, akan bagi kita kepuasan maksima. Jangan lupa untuk catatkan sekali kat kertas. Kita akan lebih mudah ingat bila tangan dan otak bekerja sekali.





laptop ternoda

24 12 2007

hari ni aku ingatkan jalan lengang sebab ramai orang bercuti, rupanya sama je. Mungkin diorang ramai yang half day je. Kalau terlewat ke opis pun takde hal punya.

Pagi ni bila aku ke hotel cam biasa, bukak laptop, on, wireless adapter takde. Maknanya laptop ni takleh detect ape2 wifi. Aku heran, tapi bukan aku yang terakhir pakai laptop nih, ada member pakai hari jumaat lepas. Apa yang diinstall/uninstall pun aku tak tau. Banyak efek pagi ni. Spyware alert merata-rata. Rimas. Aku tak suke kalau tengah syok2 layan internet, alih-alih ada popup kuar bgtau ada spyware detected. S**lan. Sebelum ni smooth and steady. Aku kene berdamping dengan laptop ni lebih lama pas ni, nak ‘cuci’ skit. Bagi jampi-jampi kasi boleh tahan godaan spyware. Cis. Nasib baik hari ni aku tersangat free.

Malam tadi dua-dua anak aku terbangun dlm pukul 1 lebih. Ara yg start, tp dia bole tido balik. Adiknya yang terkejut susah lak nak tido balik. Dah abis gaya wife aku buat, baru aku take over. Sempat la jugak bukak tv tengok chelsea, real madrid barcelona main. Time aku dukung faris, senyap lak dia. Terpaksa la aku dukung bawak jalan-jalan pusing-pusing. (dalam umah je). Bila dia dah agak-agak lalok, baru aku kasi balik kat wife. Alhamdulillah nyenyak. (aku yang tak nyenyak).

Nak sambung cite Ara part 2 tp aku masih mengumpulkan cite-cite menarik pasal dia. Aku tergelak bila kitorang tak jadi marah dia (kalau ada benda dia buat yang tak makan saman), wife aku akan cakap “nasib baik la ko ni comel, tak jadi nak marah”

Tahniah Selangor dan Manchester United! Teruskan momentum. (nak check forum selangorfc.com)
Selamat bercuti juga esok. (boring tak tau nak buat ape)

 





pengorbanan dan terkorban.

21 12 2007

banyak lembu, kerbau, kambing malahan unta yang dikorbankan. Melihat siaran drama TV9 malam td ‘Seluhur Nazar’, memang best. Anak yang bertanggungjawab dalam melunaskan nazar arwah bapanya untuk membeli seekor lembu untuk dikorbankan, time mak yang terlantar koma kat hospital. Lakonan mantap budak Mukhsin, patut la dapat award baru-baru ni.

Tahun ni macam yang aku cerita dalam entri lepas, takde apa-apa yang best time raya haji kat Sabah ni. Biasa je. Worse, aku tak dapat sembahyang raya. Selalunya satu surau ni ada orang yang buat semayang raya, tahun ni takde. Bila tanya abang ipar, rupanya surau tu kebanyakkannya yang handle cikgu-cikgu semenanjung, time cuti skola ni diorang balik kampung, tu yang takde orang. Aku meronda-meronda ke masjid bandaraya tapi keadaannya terlampau crowded. Even orang ramai yang menghala keluar balik dari masjid, takde ruang lagi rasanya (ruang jalan/dataran masjid pun penuh dengan umat). Di satu masjid lagi pun sama. Aku ambik keputusan time 8.30 pagi waktu tu untuk head balik ke umah. Sempat bergurau dengan member untuk tolong carikan butang baju melayu.

Gi umah abang ipar pekena laksa. Pas makan tengahari, terus balik umah dengan hujan lebat. Pekena tido seround sampai si Ara nangis, baru terbangun.

Pada yang buat ibadah korban tu, moga ibadah kita terima Allah. Hayatilah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya Nabi Ismail. Aku tak pandai nak cerita bab-bab pengorbanan di pihak aku. Ada tapi tak pandai cerita.

Allahuakbar!





hari raya datang lagi

19 12 2007

esok cam sume orang tau, hari raya aidiladha. Bukan kesekian 4 tahunnya, aku ’sambut’ raya haji kat sabah. Takde sambut ape-ape pun, takde masak-masak etc. Cuma pegi melawat umah abang ipar kat area sini gak. Tu je la family yang ada. Kalau ada kawan-kawan aku/abang ipar aku ajak datang umah diorang, baru la kami jalan.

Sambutan kat Sabah macam kat tempat lain jugak aku rasa, sembelih lembu sume, cuma unta je yang aku tak penah tengok lagi. Dan setiap tahun pun kat Sabah ni, lepas sembahyang raya, aku terus balik umah. Esok akan jadi hari-hari biasa je.

Teringat zaman kat U di Johor. Bila budak-budak bujang kepala tak betul duk satu umah. Masing-masing konon-konon nak pegi sembahyang raya paginya. Tapi, kalau dah stay up main game sampai pukul 3-4 pagi pastu lalok terus tido, alamatnya sembahyang ngan selimut je la. Ada satu ketika yang aku and the gang begitu semangat nak gi masjid (walaupun time macam dah suntuk), dengan konfidennya ke masjid tapi orang dah berpusu-pusu keluar dari masjid. Nasib baik time tu naik kereta dan tak sampai pintu pagar masjid lagi, takde la nampak malu sangat. Takkan datang semata-mata nak dengar khutbah je. Kami gagal. Aku rasa ada sekali dari 4 kali cubaan yang berjaya. Zaman jahiliah.

Situasi sama jugak berlaku kat kampung, tapi bukan aku, abang aku. Jalan kaki ke surau, tak sampai 5 minit dah tercegat semula kat pintu umah. Mak tak perlu tanya, tau dah kenapa. Akibat tido lewat. (diceritakan semula oleh mak aku, time tu aku kat Johor).

Dulu time kecik-kecik, memang tengok lembu disembelih menjadi agenda utama bersama geng-geng sejiran lepas sembahyang raya. Ada rezeki, dapat la daging korban. Ada sampai satu masa, rezeki yang banyak, penuh freezer. Stok tahan 2 bulan. Gile nak makan daging hari – hari?

Kalau di kedah (aku penah sambut sekali time belajar sekolah menengah kat sana, plus pakcik liverpool aku duk sana), sambutannya happening. Macam hari raya puasa. Ada ziarah kubur, gi raya umah orang, masakan sedap-sedap. (mee rebus pak ali memang padu), cuma duit raya je yang takde. Tak tau sekarang ni masih sama atau tak. (Dah lama gila aku tak melawat kedah, 11 tahun rupanya).

So, untuk yang balik kampung, pastu terus cuti sampai krismas, berhati-hati kat jalanraya. Mungkin banyak lembu-lembu kat jalan (tapi atas lori la). Kim salam aku kat family korang. (walaupun tak kenal, bgtau je kawan kim salam).

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA  





Ara part 1

18 12 2007

korang (especially pompuan) sure penah tengok cite filipina (tak ingat tajuk nya ape, nang wakas ke ape). Ada satu watak namanya Ara. Dulu memang kegilaan orang untuk tengok cite ni, termasuklah wife aku. Aku tak pasti time ni dia mengandungkan si Ara ke apa, tapi dia bgtau aku yang kalau baby pompuan, dia nak panggil namanya ‘Ara’. Aku memang nak anak pompuan, so kami berikan nama Nurin Nayyara (cahaya yang berseri-seri). Nama glamer Ara.

Syok bile tengok anak membesar, cepat ‘menangkap’ (kadang-kadang ada jugak tak bagusnya), menjadi pujaan sedara mara, atok nenek. Sebelah family aku, ni la cucu sulung. Nenek nya ckp, stail dia bawak diri, paham ckp orang, tak macam budak umur setahun setengah.

Sebenarnya aku kene construct cite pasal Ara ni dari mula, tapi oleh sebab kekangan internet dan keje, apa yang terlintas kat kepala aku ni, aku tulis je la kat sini. sebab tu aku letak part 1.

Satu tabiat dia nak tido (aku tak pasti dari mana datangnya, sebab aku kecik2 tak camtu), mesti provide dia ngan susu (of course la) ngan satu popok (napkin). Bucu napkin yang ada tag jenama cam ‘Pureen’ etc tu la yang akan dicium-cium sampai tertido. Maknanya mesti carikan tag jenama napkin tu bagi kat dia. Kalau setakat napkin je dia tak nak. Tapi aku percaya memang setiap baby ada tabiat tidonya yang pelbagai. Ada yang nak kena ada bantal bucuk, main telinga mak/ayah etc. Ara kalau nak tido, ngan aku tak berapa nak tido, kena mamanya jugak. Kecuali kalau dah penat gile, kalau aku bawak masuk bilik, baru dia nak tido ngan aku.

part 1 abis kat sini. Banyak lagi sebenarnya.





Liverpool 0-1 Manchester United

17 12 2007

baru 8.30 malam, pakcik aku dah sms mem’provok’ aku tentang game yang akan berlangsung. Lagi satu jam. Memang antara game yang aku nantikan. Wife aku juga, Ara juga :) (camana dia bole terbangun balik). Liverpool vs Manchester United.

Bila tevez score, aku nak lompat, tapi takleh sebab sebelah tangan tengah buai faris. Aku malas nak provok pakcik aku ni balik sebab takut team yang satu lagi ni dapat score lak. Biar habis semua baru bole cite. Memang mendebarkan sebab banyak peluang livepool score, sume bole selamat atas line. Rooney pun ada chance nak tambah gol tapi tak dapek. Rugi. Overall aku puji defensive Man U sebab dapat tahan asakan gila baban liverpool yang terdesak nak gol. Game pun banyak fizikal kontek. Biasa la. Bila dah setel, aku sms pakcik aku ni kot-kot dia nak cite “ala, nasib je tu” ataupun “referee berat sebelah” .. tapi dia senyap je. Dapat terima la tu haha

Kenapa chelsea kalah? aku tensen tengok budak-budak player arsenal ni berlagak. (Aku tido pukul 3 lebih sebab faris takleh tido, nangis. So aku layan sekejap tengok game arsenal-chelsea)

Depan aku ni skang, bekas jaguh pecut asia, Rabuan Pit dengan seragam polisnya. Aku tak tau apa pangkat dia skang tapi kalau tengok ‘petak-petak’ tersemat kat dada dia, memang banyak la. Ramai yang tabik hormat ngan dia. Panggil “Tuan”.
Cite lain:
Bila tengok kat tv pasal banjir kat pahang tu, rasa gerun. Tengok paras air sampai ke bumbung rumah, memang saiko. Komfem sume barang dalam rumah tu rosak kaw2 punya. Kalau kayu terendam lama-lama dalam air, bukan cepat reput ke? Ujian Allah, harap semua yang tengah kena banjir ni bersabar la banyak-banyak.





rombongan cik kiah

14 12 2007

pagi tadi di tv, bila tengok keratan akhbar hari ni yang bas bawak rombongan sekolah eksiden, terus aku teringat balik time kecik-kecik dulu, ada gak follow rombongan-rombongan ni. Daripada yang dekat sampailah yang jauh. Tapi bukan nya eksiden, cuma excitement masa rombongan tu. Time musim hujan ni, tak kira la bawak bas ke, kereta ke, semua jenis kenderaan la, memang kena extra alert time driving.  

Keterujaan untuk follow rombongan ni start bila masa abang aku nak pegi singapore, sekolah rendah yang anjurkan. Tapi oleh sebab tak cukup korum, tak jadi rombongan tu. Tapi kalau jadi pun, aku tak ikut, abang aku je yang pegi. Lepas – lepas tu, kebanyakan rombongan, aku terasa best kalau dapat join. Tapi kata putus kat mak bapak la, sebab diorang yang bayar, kalau diorang kata tak payah, ye tak payah.

Bila diingatkan balik, yang kelakar bila masa melawat ke KL dan Shah Alam. Kalau sekarang ni, mainan je. Mungkin sebab family aku yang takde kereta, memang tempat-tempat lawatan ni aku takde can nak pegi melainkan ikut rombongan. Pegi muzium negara, zoo, masjid shah alam (jalan kaki dari opis aku dulu utk sembahyang jumaat) dan tempat-tempat yang common kat KL. Rombongan ni ambik masa sehari jek. Rombongan sekolah agama.

Yang jauh bagi aku time pegi pulau pangkor ngan melaka. Stay dalam 3 hari 2 malam kalau tak silap. Time pegi melaka, ada pulak yang membeli cencaluk bawak naik bas. Bau nya masyaAllah, ramai yang pening-pening lalat + muntah. Aku pening je hehe. Banyak kenangan dan cite-cite best masa follow rombongan ni.

Paling best bagi aku bila ikut rombongan merelease tension lepas PMR ke Penang. Ini takde tempah-tempah bas. Kitorang layan naik bas lompat-lompat. Bukan melompat dalam bas, naik bas ganti-ganti. Cikgu Norazman Aziz (cikgu geografi merangkap cikgu pengakap) yang organize. Memang best. Naik bas, naik keretapi, sume main redah jek. Ada tempat duduk, duduk, takde, berdiri. Dengan usung-usung beg sume. Siap ada sijil lagi sume yang join untuk rombongan ni. Pastu ada buku jurnal perjalanan lagi cikgu ni buat + gambar-gambar kami. Memang best.

Sekarang, rombongan family je la yang aku nak organize. Aku nak pegi Langkawi.