pemanduan ke Labuan

31 01 2008

“apekejadahnya mamat ni berenti kat sini, tak tau undang-undang ke? ni jalan ko, ko la jalan dulu, yg bagi orang simpang tu jalan dulu ape kes?”

aku kadang-kadang tak paham cara pemanduan orang-orang sabah nih. Terlalu bertimbangrasa ke? prihatin ke?. Tak salah kalau kena tempat dan masanya. Kalau ambik masa orang lain sampai berminit-minit, tu bole mendatangkan marah.
Lebih marah lagi bila dah lambat.

Cite lain:
Nampak gayanya trip ke Labuan time cuti raya cina ni cam tak jadi je. Aku tak berapa minat sebenarnya nak ke Labuan. Takde ape pun aku rasa melainkan kalau nak beli coklat import etc. Murah gile. Bebas cukai. Cuma alang-alang dah kat Sabah dan sebelum meninggalkan negeri ni, tak salah kalau menjejakkan kaki sekejap. Wife yang beria-ia nak ke sana. 

Sebab utama, trip kos untuk family abang ipar aku RM500 ++. Sian kat dia, anak 6 orang. Kereta kena book dulu untuk naik feri dan sebab terlambat book (abang ipar aku yang handle sebab ada member kat sana), 7,8,9 hb dah fully book. Ah hah. 90% plan failed. Aku takde hal. Wife pun dah give up, so aku suh dia call abg dia kata kite cancel je la trip tu. Skang tengah pening nak carik trip lain pulak. Nak drive jauh-jauh sampai ke semporna nun, huh aku tak sanggup. Ni la problemnya duk Sabah. Sume jauh-jauh.

Ada cadangan?

Al-Fatihah untuk Bekas Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom dan penulis lirik hebat, Loloq. Terkejut





aiyakk

30 01 2008

lama aku bukak page post-new ni. Tak berisi. Aku layan website-website lain dulu. Tengah kumpul idea.

20 minit berlalu. Zero. Haih





pilih jangan tak pilih

29 01 2008

Hari ni PM datang Sabah (semalam actually), untuk rasmikan SDC (Sabah Development Corridor). Bos mintak aku preparekan powerpoint kalau-kalau diorang nak brief PM pasal persiapan Sabah menjelang pilihanraya nih. Sume dah setel.

Aku harap diorang tak perlu nak tengok powerpoint tu (kalau ikutkan semalam la nak present). Aku malas nak handle. Aku standby gak kot-kot ada bos call suh pegi hotel mane-mane untuk showkan powerpoint tu. Dan malam tadi takde, alhamdulillah.

Jangan pulak nanti petang pulak sebelum PM balik KL. Ah sudahh.

Sana sini orang cakap pasal pilihanraya. Aku belum penah lagi mengundi sebab tahun 2004 aku dah kat Sabah, takleh balik. Tahun ni pun takde la gamaknya. (Tapi aku banyak tengok pilihanraya kecil, memang havoc). Aku masih ingat lagi kata-kata makcik aku pasal nak pilih pemimpin nih.

“ibaratkan rumah, kalau umah tu kita rasa masih elok, buat apa kita nak tukar buat rumah lain, biaq je la hat lama, kalau ada yang bocoq, pakat-pakat la tampal mana yang patut. Tok sah pening-pening”

itu dia cakap masa aku form 5. Secara mudah, ada betulnya. Terpulang pada individu. Tak nak mengundi pun hak anda. Kalau mengundi, pilih baik-baik. Kalau bapak mertua aku pulak, Islam la yang paling utama. Yup, aku sangat setuju. Aku tak dapat nak tulis kat sini secara lebih-lebih pasal pemimpin Islam bila berkongsi cerita ngan bapak mertua aku, berkaitan agama dan bangsa. Cukup la, pilih pemimpin Islam yang berilmu.





Gelanggang lawak tenis

28 01 2008

bile tengok Raja Lawak Astro musim ke-2 ni memang mengujakan. Expectation lebih berbanding time tengok musim pertama dulu. Setiap hari Jumaat, akan terbahak-bahak la seisi rumah kat mesia ni mana yang tengok gelanggang raja lawak tu. Peserta feveret aku si Nabil. Pecah perut gile baban.

Gaya bahasa yang sempoi, bersahaja memang syok layan dia. Dia just perlu kekalkan keadaan dia camtu, takpe turun, tak perlu naik. Tapi base on undian sms kan, ape-ape bole jadik. Walaupun aku tak mengundi, “gua sokong lu beb”.

Bercerita pasal gelanggang, dalam minggu lepas, banyak tournament raket berlangsung. Tenis Australian Open ngan Badminton Super Series Korean Open. Oleh sebab badminton takde wakil negara, aku layan tengok tenis. Kalau badminton ada wakil negara pun, aku layan tengok tenis gak sebab banyak game player underdog lawan top player.

Bila Rafael Nadal lawan Jo-Wilfred Tsonga time semi-final (korang tak penah dengar langsung kan nama dia), for sure aku sokong Nadal. Player kidal yang maveles. Tapi entah macam mana hari tu aku tengok, Nadal ni banyak bagi bola-bola mudah kat Tsonga, takde yang betul-betul padu. Bola hantaran dia banyak ke tengah, senang la mamat tu nak reply balik. Yang buat aku sakit hati lagi bila mamat Tsonga ni aku tengok dalam keadaan berlagak bila leading. Mungkin jugak untuk atasi gemuruh nya bila lawan player no.2 dunia. Berjuta-juta orang tengok dia live. Nadal kalah.

Masuk pulak Federer lawan Djokovic. no.1 lawan no.3 dunia. For sure la aku sokong Federer sebab selalu banyak tengok Federer main, yang Djokovic ni jarang-jarang. Pun macam Nadal jugak. Banyak unforced error, pukulan drive yang dapat dibaca Djokovic, plus Djokovic ni all out. Sume bola dia kejar. Sume servis dia nak angkat. Memang best. Kali ni aku tak sakit hati sangat ngan Djokovic, dia memang deserve to win. Federer pulak kata dia tak berapa sihat, ntah la.

Final, Djokovic lawan Tsonga, aku sokong Djokovic. Aku tak sempat tengok sampai habis sebab kuar gi beli barang, tapi tengok berita tengah malam, kata Djokovic ni menang. Caya la. Aku tengok sampai set 3, bila Djokovic leading 5-4. Game sangat sengit. Ganjaran hadiah USD 1 million lebih. Sebab wanita punya, sharapova sapu USD1.2 mil.

Teringat balik time kecik-kecik main tenis. Sangat mengujakan.





lari-lari anak

25 01 2008

aku dah bayar hutang semalam.

pagi ni dalam perjalanan, tepi jalan, berbondong-bondong budak-budak sekolah menengah (tak pasti sekolah mana, tapi student pompuan dia pakai tudung labuh bulat, sekolah agama agaknya), berlari-lari anak. Ada ‘merentas desa’ kot. Tapi oleh sebab KK bukan desa, merentas bandar la jawabnya. Ada escot dari polis trafik. Hebat.

“wei, nanti sampai abis kita stay sama-sama aa.. jangan aa pecut, tak larat siot”

“okeh, don’t worry”

“kalau potong budak pompuan, kita lari aa kejap, pas tu dah jauh, kita jalan aa pulak”

“ceh”

aku budak rumah Juara. Bukan juara apa pun. Dah nama rumahnya camtu, belasah je. Acara merentas desa amat la best. Sebab time ni la bole menjenguk dunia luar (selain outing) sambil menghirup udara ladang pokok getah. Dengan outfit yang ala-ala, siap pinkan nombor ‘peserta’ kat baju. Cam atlet. Poyo.

Kalau sapa yang dapat habiskan larian dalam masa yang ditetapkan, akan ada point yang akan disumbangkan kepada rumah sukan masing-masing. Kalau terlebih masa, takde point. Memang ada member-member yang diassignkan oleh cikgu rumah untuk memberikan hasil setelah penat lelah cikgu meletih/melatih diorang. Aku agak terkejut bila mana budak-budak sedikit ‘lembut’, banyak memberikan sumbangan mata. (Diorang lari gile konsisten, stamina padu). Kami malu. Takpe, 1 point pun ok.

Ada jugak yang memang dari mula lagi, tak penah nak lari. Berjalan lenggang bersembang ibarat outing biasa. Bila cikgu bermotor sergah, baru la terkedek-kedek.

Sekarang ni aku rasa kebanyakan sekolah kat malaysia ni tengah handle sukan sekolah masing-masing. Wife aku pun sibuk dengan rumah sukannya. Cheerleading la, itu la, ini la. Sampai ara pun ikut cheerleading sama kat umah. 

Sukan sekolah kat Kedah tu yang paling aku tak kan lupa bila aku diassignkan sebagai salah sorang ahli kawat kaki. Ape kejadahnya. Aku tak minat langsung. Nak tolak tak bole, cikgu tak kasi. Tapi outcomenya berbaloi. Juara kawat kaki rumah sukan. Sumbangan mata yang banyak untuk rumah JUARA.  Barang diingat, keadaan di Kedah waktu bulan satu dan 2 sangat la kemarau dan panas melampau. Rumput padang jadik kuning. Takleh handle fotosintesis dengan tenang, overdose siaran matahari. Bayangkan kawat di padang dengan berbaju lengan panjang, selama lebih kurang sejam lebih.

“wei, lari-lari.. cikgu Mehat mai, kang dia ligan”





cengang

24 01 2008

Jam menunjukkan 7.25 pagi. Teh tarik ada lagi separuh, aku dah kenyang. Aku slow-slow angkat laptop, pegi ke kaunter. Seluk poket belakang, keluarkan wallet.

“Berapa? “

“Makan apa?”

“Teh tarik, nasik lemak”

“2.80″

Dalam wallet ada RM2 + RM duit besar. Aku kasi duit besar.

“Tak ada duit kecik?”, mamak tu muka masam

“Tak ada la, ada RM2 je”, sambil tunjuk kat dia.

“mm tak apa la, esok bole bayar”.

“oo ok, time kasih, esok saya bayar. U kasi ingat aa”

Aku tak penah makan tak bayar. Kalau takde duit, takyah makan. Tapi pagi ni tadi aku ceria, ada gak kedai yang bole kasi hutang sekejap. Jarang-jarang sekarang ni. Aku baru je jadik regular customer dalam seminggu dua ni. Bukan sedap sangat pun nasik nye, alas perut sementara tunggu ‘gate kayu’ kat opis tu bukak.

Kalau aku sampai, dianya waitres terus jerit kat tukang buat air, “teh tarik satu”, padahal aku tak cakap ape pun lagi. Buatnya pagi tu aku tanak minum teh tarik, kan naya. Tapi aku jenis tak cerewet. Kalau dia hulur teh tarik tapi aku nak minum milo, takpe, aku minum gak teh tarik tu. Aku penah dengar diorang cakap sama-sama diorang, “haa kan betul aku kata, dia mau minum teh tarik”. Ada cop teh tarik ke muka aku?

ATM Machine, 7.45 pagi
Beratur agak panjang, 2 orang depan aku. Jarang situasinya kalau tengah-tengah bulan. Sekarang gomen dah gaji. Patut la. Minah depan aku dah boring, orang depan dia dah lama gile kat mesin tu. Abis kuar duit, ditolaknya balik kad, tit tot tit tot, buat urusan yang baru. Kad yang sama. Apa kes? Abis kuar duit, dihulur kat brader sebelah mesin ngan dia. Brader tu masukkan duit dalam porch. Last-last minah ni dah fed up. Dia suh aku take over tempat dia. Dia lepak kat belakang. Aku ehem skit-skit kat minah yang dah lama port kat mesin ni.

Ada dalam 8 minit gak aa tunggu. Hampes. Akunye urusan, seminit.

So aku kategorikan pagi ni mode aku dalam keadaan ceria + bengang = cengang.





pagi yang proton (belasah je)

23 01 2008

dalam kepala otak aku pagi tadi memang aku nak buat entri pasal proton saga baru ni, dan bertambah-tambah lagi rasa best nak menulis bila bukak email dari sorang kawan ni. Kelakar gile. Pasal proton saga jugak. Tapi aku tak dapat nak kongsikan email tu kat sini. Sungguh sempoi. haha

Aku tengok kat tv time pelancaran model saga baru ni, live. Saja nak tengok camane. Iklan sebelum ni bila tunjuk skit-skit nampak menarik. Bila dah reveal, bagi aku, aku kasi markah 3.5 per 5. Agak menarik dan harga yang kompetetif. Nak tengok lebih detail pasal keta ni, gi la website paultan.org. Situ ada gambar, spec etc. Lengkap.

Kelmarin tengahari, aku pegi jenguk satu showroom proton kat Api-Api Centre ni. Memang ramai yang menilik, melihat, luar dan dalam. Untuk pengetahuan korang, harga kereta di Sabah ni tak sama ngan semenanjung. Sini akan lebih mahal at least RM2k. So, kalau harga semenanjung RM30k, sini RM32k. Bagi enjin 1.3, aku rasa kereta ni berbaloi. Harga murah.
Yang bestnya, orang ramai menengok model ni even showroom tak bukak lagi. Ada satu kereta ni di park kat luar. Kul 7 dah ada orang pusing-pusing tengok, sampaikan aku nyaris nak sondol keta mamat sorang ni bila dia berenti tiba-tiba konon-konon nak tengok, tak bagi signal. Penangan kereta baru proton.

Aku masih tergelak bila teringat email tadi. Cis.





adehh

22 01 2008

Orang di sekeliling aku ramai yang sakit sekarang. Wife pun selsema (berjangkit dari aku la tu). Biras aku sakit tekak. Pengasuh Faris demam. Ramai yang kaitkan ngan cuaca. Mungkin ya sebab Sabah skang ni kejap panas gile, kejap ujan. Takpe la, yang penting kena disiplin makan ubat. (antibiotik aku blum habiskan lagi, malas :) )

Teringat aku zaman gelap masa Form 5. Aku kene lepak wad kat Hospital Kuala Nerang, Kedah dekat-dekat 3 bulan. Jangkitan paru-paru. Tapi tak sampai cam kes Pak Suharto la. Masa balik umah pakcik liverpool kat Pendang, time nak hantar ke sekolah balik kat Jitra, dalam kereta aku lemah gile baben. Gi hospital, kene tahan wad.

Nasib baik ada sedara makcik aku duk Kuala Nerang, dia la yang selalu mai tengok aku. (Mak aku pun datang jugak, lama dia lepak kat Kedah, sampai aku keluar). Ubat-ubat kimia bermacam-macam jenis, peluru, pil bulat, empat segi sume dok ada. Tiap-tiap hari kene makan. Aku melepek je kat katil. Buku rujukan aku suh pakcik aku gi ambik kat sekolah, kene belajar jugak.

Banyak sel-sel dalam badan aku dalam tempoh kat hospital tu mati sebab dalam 5 kali ambik X-Ray. Masih terasa lagi ubat yang diorang masukkan ikut urat jari tangan. Sejuk je. Pastu sakit. Meleleh air mata. Sakit sebelah kanan, depa tukar belah kiri pulak. Dah macam penagih dadah skit-skit. Kul 2 pagi pun kejutkan aku masukkan ubat, ada ke patut. 

Aku dah mangli / takde hal kalau nak makan ubat skang. Sume akibat daripada masuk hospital ni dulu.

Sape-sape yang sakit tu, rajin-rajin la makan ubat. Kita kena akur yang badan kita ni perlu supplement untuk recover / tampung balik apa-apa yang dah takde. Kalau badan tak sihat, satu hapah pun takleh buat.

Dah lama aku tak melawat Kedah rupanya. Ultimate goal aku tahun ni, nak gi Langkawi!





Ara Part 2

21 01 2008

Biodata ringkas : 

Umur : 19 bulan
Berat : 12kg
Tinggi : (tak ukur)
Pampers : Drypers XL
Rambut : Lurus, Ikal hujung
Makanan Kegemaran : Nasi ‘berperisa’
Minuman Kegemaran : Dugro, Vitagen
Rancangan Kegemaran : Teletubbies, Tom Tom Bak, Gerak Geri Gasing
Aktor Pujaan : Pooh (Teletubbies)
Lagu Kegemaran : Old McDonald + sume dalam keta ayah

serba sedikit tentang anak dara aku.

Anak aku dah pandai merajuk. Bila aku/mama dia sound, ada masanya dia pegi satu sudut, membelakangkan kami. Bagi aku takde masalah, biar la dia belajar something, tau apa yang kita tak suka. Ada masanya jugak, dia menyembamkan diri kat bantal, sebijik cam orang pompuan menangis frust. Tapi merajuknya tak lama, kalau nangis pun, aku pujuk ngan vitagen, pasang cd lagu old mcdonald tu sume setel.

Pagi tadi dia terbangun awal. Pukul 5. Nangis bila tengok ada adiknya je, wife aku mandi, aku kat ruang tamu baring kat kusyen. Terpaksa la aku layan jap bagi dia tengok gambar-gambar nya dalam hp aku. Buat susu 3 aun tertido balik. Tapi tak lama. Adiknya yang dah terbangun oleh sebab suara akaknya yang kuat, dah takleh tido. Sampai satu masa, dua-dua nangis serentak. Aku terbayangkan orang yang kembar 6 cam kat channel astro (tak ingat), lagi la saiko aku rasa.





geniusnya

17 01 2008

semalam bukan aku takde updet blog ni, tapi biasa la kan, menumpang talian. Penat-penat aku taip, alih-alih takleh post. Internet hampes. Dah la tak save draft, menjadikan lagi hampeh. Takpe la, tak penting sangat.

Macam semalam, hari ni aku dah bertambah baik. Rate badan aku kalau semalam 80/100, hari ni 90/100. Kadar srot-srot pun dah menurun dengan nisbah 1:89 tarikan nafas. Cuma aku tak bole nak makan ubat-ubatan kimia ni waktu siang, sebab tahap drug ‘ngantuk’ nya kuat sangat. Kang langsung tak buat keje. Malam je aku ambik.

Malam tadi, teruja aku tengok cite pasal adik Adiputra. Genius. Ibarat kereta Ferrari katanya. Memang betul. Otaknya memang maveles. Kuasa Allah Taala kan, camane dia bole dapat ilham untuk selesaikan sume masalah-masalah matematik tu memang menakjubkan. Time budak-budak sebaya ngan dia masih bermain-main dengan nombor 1-10, dia dah capai tahap tertinggi, bahkan dia cakap ada nombor terbesar lagi dari infiniti. 10 kuasa 100 x X kuasa 10.

Kalau dia bole selesaikan soalan budak SPM, mana sepatutnya halatuju dia sekarang ni? Masuk U? Jadik lecturer? Tu sume kementerian berkenaan kena ambik tindakan. Jangan disia-siakan bakat dan kurniaan Allah. Aku penah baca dulu yang banyak kes budak-budak pintar time kecik, tapi dah besar, jadik penebar roti canai jek. Teramat la rugi.

Dan aku amat sokong bila Adiputra ni belajar 8 jenis bahasa, dan dalam proses untuk hafal al-Quran (kalau tak silap). Tersangat bagus.

BERUSAHALAH!!