sana sini sekarang, sume orang bercerita pasal pilihanraya. Dan (bukan ‘dan’ ni tak bole letak selepas noktah ke? belasah je) dalam masa sekarang sampai abis pilihanraya, aku bakal sibuk. Macam-macam benda aku pikirkan, kena expect apa yang orang akan mintak. Sungguh pening bile duduk dalam bilik tu.
“Li, tolong preparekan statistik pemilih latest, ikut kaum ek”
“Eh, u ada simpan ka result yang lama?, mau pakai la”
“Peta ni cun aa, kasi aku copy bole?”
“Malam ni gi Putatan aa, setelkan keje kat sana”
Antara conversation yang berlaku kat aku dalam seminggu ni. Mungkin aku perlu bercuti ke pulau lepas abis kerja ni. Hilangkan segala penat dan patah pinggang.
Pengalaman aku ketika menghadirkan diri dalam pilihanraya-pilihanraya kecil (3 kali, Pengkalan Pasir, Batu Talam dan Ijok), membuatkan aku paham benar suasana pilihanraya. Paling happening bile di Kelantan. Fight sengit. Dan paling best di Kelantan, bole shopping haha. (sempat ke Pasar Siti Khadijah ketika orang lain sibuk handle hari mengundi, bos call, ‘kelentong’ kata everything under control). Di Ijok, aku sempat balik umah kat Kajang dan Meru. Hilang penat jumpa family.
So buat kesekian kalinya, aku tak mengundi. Kecuali ada sesape yang sponsor aku balik untuk dapatkan 1 undi daripada aku. (mungkin jugak undi aku penentu kemenangan). Anyone?
cite lain :
Sumenya gara-gara Sulaiman. Oleh sebab dia lah kebanyakan kerja aku tergendala. Kadang – kadang aku terpaksa tinggalkan dia. Sulaiman bukan anak aku, bukan sedara aku. Tapi budi pekertinya baik, disukai orang.
Dan hari ni, hari terakhir dia bersama kami. Wife aku akan merindukan dia. Ara juga. Aku? takde pun. Siri sinetron Sulaiman akan berakhir petang ni. Setiap jam 7 malam, (sini maghrib 6.30), kami akan terconggok depan tv untuk layan cite ni. Sape-sape yang nak tengok cite ni (last episod), malam ni kat Astro Aruna, 121. Pendukung watak utama (cam tertulis di kredit dia) adalah Anjasmara dan Nova Eliza.
Aku tak pandai sangat nak komen tentang filem/cerekarama etc. Kandungan cite ni banyak sangat tahyulnya. Makhluk setan bertanduk, pemujaan pokok, kuasa sakti etc. Tapi layan.
“Leman, Leman” Ara tepuk-tepuk bahu aku tatkala mamanya tukar channel ke siaran itu.