harapan di pagi isnin

31 03 2008

li, ko dah test ke internet tu?” belum sempat aku bukak kasut letakkan di rak.

belum aa, dah ada ke?” kasut aku susun cantik-cantik kat rak. Baru lagi.

hari jumaat lepas diorang bilang diorang set sudah. cuba check dulu” (bilang tu ayat seperti indon,  maksudnya sama dengan ‘cakap’ / ‘bgtau’) 

Aku restart semula sume kelengkapan yang ada dengan harapan menggunung. Laptop dah tersedia on dari td. Wireless network detected sudah appear di skrin, tp line nye belum tentu. Aku melangkah cepat ke laptop td. Aku connect semula dengan wireless yang didetect, dan..

kub” (aku buat sign thumbs up)

haha bagus-bagus“. Sambil gelak-gelak kecil lagi ofis mate yang sorang ni. Terus berjalan laju mendapatkan laptopnye pulak.

Setelah sekian lama, akhirnya aku rasa lengkap. Amat lengkap.

Selamat Datang Internet. Anda Harapan Kami.





China dan Ferrari

28 03 2008

Guangzhou, China. Abang aku akan ke sana esok. Stay sana keje 3 tahun sebagai Assistant Trade Commissioner MATRADE. Untung dia merantau merata-rata, Zimbabwe, Kazakhstan, India, Australia, Arab Saudi Perancis etc. Ni antara negara-negara yang dia dah pegi. Aku sangat jeles. Saja tunjuk passportnya yang dah hampir penuh dengan cop-cop imigresen oversea. Aku punya passport, ada satu je cop oversea, Polonia Airport, Medan. Cis. (Cop imigresen Sabah tak yah cite la)

Minggu lepas, abis diborongnya barang-barang keperluan dapur kat Alamanda. Stok untuk masak sendiri (tau ke masak? hantam saja), maklumla, China lagi, mungkin satu kepayahan untuk cari port halal. Orang yang dia nak ganti ni pun orang India yang transfer semula ke Malaysia. Kes yang sama jugak bila adik ipar aku sambung belajar ke Jepun. Satu beg besar hanyalah rempah-rempah ratus, sup-sup bunjut, megi, belacan, perencah-perencah instant etc.

Speaking Cina dia (mandarin ke kantonis, aku tak tau) ntah camana la gamaknya. Ada kelas khas untuk pegawai-pegawai yang transfer ke oversea. Ni hau maa?

So Along, Selamat pergi dan balik. Kene timing dan duit yang baeekk punya, kitorang menyusul ke Guangzhou. Tungggguuuu.

“Motor ko mane? nanti orang balik sana, nak guna aa, dah lama tak bawak motor”

Cite lain :
image_38.jpg

kelmarin, aku sebat sebiji kereta ni kat shell. Hitam sebab keta aku hitam. (sebenarnya aku anti ferrari, kat F1 la). Sangat comel dan menarik.

“Apsal takde keluar bunyi pun, tipu aa tv ni”

Aku anggap memang keta ni takde keluar bunyi ape-ape pun, iklan di tv hanyalah untuk mengaburi pihak lawan. Sampailah tengahari semalam.

“owh, ada punat kat sini rupanya, vrooom, vroooomm.. ek ele”

mungkin jugak aku ni dah tua (eh belum lagi), tak perasan segala benda-benda yang konon-konon tersembunyi. So model kereta ni menjadikan koleksi model kereta aku yang errrr kedua. Yang pertama dah kene rembat ngan cikgu Siti Amarah, kelas 5 Merah.

Aku ada 3 model motor Tamiya. Kat umah Kajang, lupa nak bawa ke sini. Satu motor Eddie Lawson, satu motor Yamaha (cam dalam zaman motor cite Azura), satu lagi motor 250cc Tetsuya Harada. Sangat comel dan sangat fragile. Dah berapa kali aku gam ngan gam UHU.

Aku harap kereta ni aku tak perlu gam ngan gam UHU. Tapi kalau dah kena Ara yang pegang, aku kena standby. Tak sempat Faris nak main nanti.





isyarat lukisan

26 03 2008

Shhh, jangan bising-bising.

Sedikit bunyi yang tak diingini (selalunya secara tak sengaja) boleh membuatkan dua-dua budak kecik kat umah aku ni terbangun dari tido. (Kes kalau dua-duanya tido). Aku selalunya berjalan macam perompak dalam rumah sendiri, sangat teliti, takut terlanggar apa-apa, keluar bunyi. Buka tv pun, kasi bunyi seslow mungkin. Kalau dua-duanya dah terbangun, nangis, amat la susah nak buat keje lain.

Dan oleh kerana takleh bunyi-bunyi sangat, aku menggunakan bahasa isyarat dengan wife. Isyarat-isyarat mudah. Dan oleh kerana bahasa isyarat ni jugak la, bole jadi macam-macam ketidak fahaman yang sama. Aku faham lain, wife faham lain. Macam malam tadi.

Isyarat tangan dari wife yang sedang pangku Faris yang tertido aku tengok menunjukkan tanda jari ‘lima’ dan ‘kosong’ dua kali. Minta aku keluarkan duit dari bank, nak bayar duit kain bahan yang dibeli dari kawannya. Kefahaman aku, dia minta aku keluarkan 500 sebab tanda ‘kosong’ tu aku tengok 2 kali. Aku dengan kefahaman yang ada, pegi ke ATM, beratur panjang, keluarkan seperti kefahaman aku.

Pagi ni dia minta 50. Aik, bukan 500 ke? Nasib baik ni hal duit, kalau hal beli-beli barang yang tak sepatutnya, tak ke rugi. Aku rasa aku patut belajar bahasa isyarat macam seorang teman yang hujung minggunya dipenuhkan dengan pegi ke kelas bahasa isyarat. Takde la tersilap isyarat lagi.

Cerita lain :
Aku belikan Ara drawing board. Biar dia conteng-conteng kat situ dan tak lagi nak pakai pen keje aku nak tulis-tulis. Sesekali aku ajar dia tulis ABC etc.

Dan baru aku sedar, skill melukis aku dah hilang. Gambar yang aku lukiskan untuk Ara teka apa benda nya jadi entah apa-apa. Aku lukis botol susu, dia kata baju. Haih, pelik. Ada yang tak terteka langsung dek kerana tak paham lukisan aku. Teruk sangat rupanya.

Dulu, aku amat suka melukis, sampai kan dalam resume, aku letak hobi ’sketching’. Niat di hati nak jadi arkitek, tapi tak lepas. Jadi la aku budak SCK di UTM. Meja study di bilik waktu belajar di tahun 1, aku alaskan dengan kertas mahjung putih. Tu la jadi blog aku yang pertama aku rasa walaupun waktu tu,  komputer haram takde. Komputer kat lab je.

Kat situ la aku lukis potret siti nurhaliza. (jangan gelak). Diambil dari cover album seorang kawan yang sangat tergila-gilakan siti. Aku lukis potret kumpulan Megadeth. Antara band yang aku suka. Banyak lagi la gambar-gambar, ayat-ayat, conteng-contengan yang bole menenangkan kepala otak aku waktu study. Kononnya la.

Aku rasa aku patut banyak kan lagi contengan waktu sekarang. Lukis balik apa-apa. Aku sukakan seni.

“eh, ini camel la, bukan dog”





Kahwin Muda

25 03 2008

sekarang ni, jam 7.30 malam je, kami melepak depan tv. Tak mengganggu waktu maghrib dan isyak. Tengah-tengah. Sekali lagi, Sabah maghribnya awal. Sinetron Kahwin Muda sangat layannn.

Oleh sebab sekarang ni banyak sangat sinteron-sinetron indon kat tv, aku agak selektif. Lagi pulak, wife dan Ara sangat suka tengok cite indon ni, so aku terpaksa ikut layan. Ada yang bagus, ada yang sangat tahyul. Kalau agak-agak nak memuntahkan diri, layan la Astro Aruna. 24 jam. Esok cakap slang indon terusss.

Agnes Monica yang aku dengar namanya dulu jadi penyanyi, jadi watak heroin dalam cerita ni, Sera. Terpaksa berkahwin dalam usia muda (masih di sekolah menengah) sebab dijodohkan dari kecil oleh mak bapaknya. Aku tak tengok episod awal-awal tapi camtu la lebih kurang. Si Sera ni pasangannya Agha, dilakonkan oleh Okan Kornelius yang juga masih belajar kat kolej.

Cerita dia sangat kelakar sebab masing-masing tak suka dengan ’suami’ dan ‘isteri’ masing-masing. Bukan cinta mereka la katanya. Gambar kawin pun muka masam. Tidur asing-asing, barang-barang kegunaan bilik air asing-asing (buh nama), ada senarai tugas buat kerja rumah dan macam-macam lagi. Masing-masing cuba sembunyikan status dengan kawan masing-masing, tapi dah terkantoi juga.

Korang di semenanjung tak disyorkan tengok cerita ni sebab timing tak kena. Waktu Maghrib hehe





pehh, bingit telinga

24 03 2008

semalam. Tahun 2004 kalau tak silap.

kalau ko nak, datang hotel aku, ambik, aku tunggu sini” sepupu aku yang keje kat Concorde Hotel KLIA call aku tengahari.

ada banyak ke? ” aku macam teruja.

ada 2, aku tak dapat pegi, ada keje” ini sudah bagus dalam hati aku. Cuma aku perlu cari sape lagi yang bole temankan aku pegi.

aa hah. Ting!

mi, ko buat ape skang?” aku bajet mamat ni tengah tido walaupun dah tengahari. Jangkaan aku tepat.
ape ni kacau aa, ape cite?” suara dalam selimut, malas.
aku ada barang baeek ni, ko datang umah aku kat sg. ramal aa, ko pun takde buat mende hari ni kan?”

dipendekkan conversation,

ok, aku tunggu ko kat shell, aku park motor kat situ, pas tu pekena teh dulu, nak ajak makan nasik umah aku ko taknak pulak” aku tamatkan perbualan dengan member tadi.

Jam dah dekat pukul 2. Aku dah lepak dalam keta satria putih yang lowered. Ah, sure sempat ni. Lepas ambik barang daripada sepupu aku tadi, kami terus head ke tempat dituju, first time punya pasal, redah je la.

Pehh, grandstand tu, masuk cam orang kaya je haha” member tadi amat bangga dapat masuk ke grandstand, bersama-sama hardcore-hardcore permotoran yang lain, yang dressing lebih gempak daripada kami.

Hari tu kami layan bukan F1, tapi MotoGP. Merasa gak aku lepak grandstand litar Sepang tu. Terima kasih kat sepupuaku yang dapat tiket free. Waktu kami sampai, dah berape lap dah lepas. Terlambat sikit. Perlumbaan kelas-kelas sebelumnya (125cc dan 250cc) dah lepas. Tak sempat tengok.

ape la sepupu ko ni bgtau lambat, kalau tak, bole layan awal” member aku merungut.
banyak la ko, ni dia bagi ni dah kira bagus“. Keratan tiket tu aku simpan, nak menunjuk kat budak-budak ofis yang kami lepak tengok MotoGP, free, bagi diorang jeles.

pas ni kalau ada tiket F1, bgtau aku cepat syuk” sepupu aku terus ketawa
tak dapat jack, kalau F1, aku confirm pegi” ceh, takpe

Semalam, F1 Malaysia masuk tahun ke 10. Penonton pun semakin ramai, sesak teruk jalan ke sana. Aku perasan hari tu yang konvoi motor-motor besar daripada Singapore pun turun. Nanti F1 pun main kat Singapore, takda la diorang turun KL lagi agaknya. Tapi kalau dah minat, kat mana-mana pun diorang sanggup pegi.

Nanti faris dah besar, kita dua gi tengok F1 ek

Wife aku menjeling.





ek eleh, email takde ke bos?

21 03 2008

walaupun cuti umum, aku terpaksa cari CC. Gara-gara bos yang ‘takde’ email dan gunakan email address aku untuk beli tiket flightnya. Dan dari semalam masih belum ada emailnya. jarang berlaku. Selalu lepas beli, terus ada. Mungkin salah taip alamat email aku. Folder SPAM pun aku check, kot-kot termasuk ke situ. Takde jugak. Aku no hal, kalau takde lagi bagus. Tinggal bagitau je kat dia kata takde. 

Cuti-cuti kat sabah ni tersangat la boringnya. Aku dah penah cerita hal ni dalam entri-entri terdahulu. Cuti 4 hari ni tak terisi pun dengan aktiviti-aktiviti menarik. Sepanjang nak masuk 5 tahun kat sini, dah takde tempat lagi dah nak pegi. Cuaca pun tak menentu. Susah nak gi keluar. Korang bayangkan ek, bila aku tanya orang Sabah sendiri, diorang pun tak tau nak ke mana, so aku consider, aku dah abis jalan kat Sabah ni. Tinggal pulau-pulau je tak pegi lagi. Ala, orang Sabah sendiri pun tak penah pegi pulau diorang.

Ada staff baru kat ofis yang ajak aku main futsal semula. Terus aku cakap “dah retire la”. Tapi bila aku check balik gambar-gambar lama, gambar team futsal ofis dulu, rasa teringin balik nak main. Kaki aku perlu ditrain semula untuk mendapatkan tendangan-tendangan padu maut. kasut aku entah ke mana. Dalam stor, dalam beg plastik hitam yang banyak. Mungkin untuk awalan ni, aku akan try untuk turun tengok mamat ni main ngan member-member dia dulu. Nak dapatkan mood.

Aku dah janji ngan wife dan anak nak bawak diorang gi taman ujana rimba petang ni.
Chow sin chi





pendek

19 03 2008

SALAM MAULIDUR RASUL

(Sabah jumaat pun cuti umum, Good Friday)





perihal anak yang mandom dan baby skywalker

18 03 2008

lenguh tangan seminggu mendukung Ara. Minggu – minggu demam. Aku rasa wabak ni satu malaysia kena. Sebab bila aku call kampung, mak cite dia pening-pening kepala, demam sikit-sikit. Faktor cuaca memainkan peranan yang paling besar aku rasa. Antibodi yang tak kuat satu hal. Biras bagitau suruh kasi ara makan Scott Emulsion perisa oren, untuk prevention masa depan. Aku cuba, bagi ara sesudu, sedap punye pasal, sampai 2 sudu. Akibatnya, 2 kali Ara terberak-berak. Pelawas yang baik juga, selain daripada Vitagen. Bagi aku la.

Malam tadi je yang dia bole tido nyenyak. Takde terbangun tengah malam nak tengok tv, cite Tom Tom Bak (mengigau). Aku penah layan dia tengok Ultraman Dyna the Movie (kalau tak silap) pukul 2 pagi. Tertido depan tv. Bole perasan pulak kalau aku tukar channel.

“haa, baru tau”

Kalau di rumah, mukanya ala tersangat la kesian, mata kuyu, duduk melepek kat sofa. Bila bawak keluar, terus ok. Macam tak demam. Aku pulak yang demam nak menghandle dia yang ke hulu ke hilir lagak macam orang besar.

Ada satu lagi problem.

Ni kes pinjam meminjam. Wife aku ada kasi pinjam pada kawan cikgunya baby walker ara waktu kecik dulu. Waktu diberi pinjam, faris baru 3-4 bulan. Dan dijanji hanya pinjaman untuk sebulan saja. So, bile faris sekarang ni badan dia dah agak ‘keras’, (nak masuk 6 bulan) aku rasa dah sesuai untuk dia masuk baby walker. Bila aku tanyakan wife untuk dapatkan balik baby walker tu, wife aku keberatan, sebab segan nak tanya katanya. Aik, ape kes. Barang sendiri pun segan nak ambik balik. Bukan kita tak nak guna, tengah nak guna. Takkan sebelah pihak sana pun tak paham. Kes ni jugak applied bila kita kasi pinjam duit sama orang. Kita segan nak mintak balik kan?

So? camana la ek? oppss lupe, pihak yang satu lagi kasitau yang dia nak beri baju-baju anaknya yang masih ‘cun’ untuk Faris. Aku tak sure samada ni hint untuk sistem barter digunapakai atau tak.

Apa tindakan kami  seterusnya korang rasa?





result

14 03 2008

Angah, angah nak tau dak kak ain dapat berapa SPM dia? ” sepupu aku yang dijaga oleh mak sejak umur 2 bulan sampai 2 tahun call aku, pakai telefon along.

haa, dapat berape?” aku tak sabar gak nak tau sebab ain ni genius jugak kepala otaknya. Masuk SBP. Sek. Men. Sultan Muhamad Jiwa, Sungai Petani.

11A, 8A1, 3A2” suara si kecik di hujung talian, Dengar jugak suara along yang bagi arahan untuk berkata sedemikian.

Waa, terernya, bgtau kak ain, tahniah“.

Aku transfer RM50 kat along suruh pas kat ain ni atas result yang amat bagus.

Sorang lagi,

cik ta, call ayin jap” Wife aku dapat sms daripada anak buahnya yang duk MRSM Kuantan. Ambik result SPM.

ayin dapat berapa?” Wife aku terus mulakan bicara tanpa ada assalamualaikum lagi

ala, teruk la, tut tut tut” (tak perlu aku letak kat sini takut nanti si ayin ni baca hehe). Aku bole dengar sebab on kan loudspeaker.

Ala, jangan risau sangat la, bole masuk U lagi tu” wife aku tenteramkan si ayin.

Dua situasi berbeza. Sorang dapat cemerlang, sorang dapat average.

Tapi adik-adik, anak buah, sepupu ku, jangan sedih sangat. Kalau dapat masuk U, bole pulun lagi. Banyak dah aku tengok kawan-kawan yang SPM nye tak seberapa tapi bila masuk U, pointer tak penah turun daripada 3.5. Yang penting usaha.

SELAMAT MAJU JAYA.





gelap gelita

11 03 2008

2119

gelap-gelita hari ni. Dengan keadaan meja yang berselerak, penuh dengan score sheet-score sheet yang aku tak perlukan, aku tak dapat nak teruskan kerja dengan tenang. Setiap helaian yang dihulurkan oleh kawan sepejabat, aku sambut dan letakkan di sudut meja. Penuh. Bertimbun.

Aku gagahkan jugak untuk perah otak, buat analisa itu ini, 4 page je yang termampu, walaupun draf ni nanti akan disemak dan dibaca oleh VVIP negeri. nak wat camana, tu je yang mampu.

Tengahari, melepak dalam restoran berhawa dingin dengan bos dan budak-budak ofis semuanya, topik perbualan di meja makan tak habis-habis pasal keputusan pilihanraya. Aku ambik keputusan just untuk dengar dan menikmati makanan yang ada. Sesekali bersuara bila ditanyakan kedudukan di semenanjung. Apa yang aku dengar daripada relatives di sana, aku ceritakan pada diorang. Dua tiga patah, senyap, sambung balik makan. Seronok bila bersama dengan veteran politik, VIP negeri, semeja dalam suasana santai dan percakapan tiada ‘berlapik’.

Malam, aku selesai melunaskan goal buat suku pertama tahun ni dengan shopping sorang-sorang. Wife dan anak terpaksa aku tinggalkan sebab susah nak handle Ara. Terpaksa. Lepas ni baru aku bawak diorang jalan-jalan, untuk goal/matlamat kedua.

Tapi kepala otak aku tetap memikirkan perkara yang sama tentang hal semalam dan dari pagi tadi. Time aku berjalan, time aku makan, time tengok tv, time bawak keta, time sume la.

Aku mencari titik cahaya di hujung. Ada ke?