MAS dan cincin emas (eh dia naik AirAsia)

30 04 2008
Men acquire a particular quality by constantly acting a particular way. you become just by performing just actions, temperate by performing temperate actions, brave by performing brave actions. 
-Aristotle, Philosopher

Bilik itu aku dah kemaskan. Cadarnya dah diganti baru. Segala habuk-habuk sume dah dibersihkan. Barang-barang yang tak perlu semua dah ditong sampahkan. Bersedia untuk menerima orang baru.

8.30 malam, tiada sebarang berita. Aku cool menunggu.

Tup tup. 8.45 malam

Excuse me boss, you have a text message

lee, kecemasan. Kami terlepas flite. ha ha” waktu camni pun bole gelak lagi?

laa, ape cite? so camane skang?” concern seorang member

sepanjang aku terbang merentas laut china selatan ni, alhamdulillah tak penah miss/tertinggal flight. Malam tadi kawan aku yang sepatutnya tengah melepak kat umah aku sekarang, terlepas flight. Atas sebab yang aku tak tanya. Malas nak kusutkan kepala kawan. Ada la tu.

Kebetulan pulak, flight malam tadi full untuk semua waktu, nak tak nak terpaksa menunggu hari ni. Kalau MAS pun tak dapek nak tolong. Kalau berlenggang kangkung, memang no problem kalau check in lambat sikit, tapi kalau berbeg segala, 45 minit sebelum, kena terpacak/melepak/duduk/beratur kat airport.

Memang pantang bapak mertua aku kalau bertolak lewat. Kita steady, tapi biasalah, kena la dengar cakap orang tua. 2 jam sebelum naik flight dah ada kat airport. Seperti yang disarankan dalam tiket.

So geng, aku tunggu ko malam ni. Kul 11 baru flight ko? No problem, esok cuti.

aku penah mimpi tertinggal surat beranak ara kat umah. Haru.

Cite lain:
esok 1 Mei, hari pekerja. Semua orang akan bercuti. Alang-alang cuti nak dekat hujung minggu, ramai yang ambik cuti hari Jumaat. Aku takleh ambik cuti sesuka hati, kena standby cuti supaya senang nak balik kampung hujung tahun nanti. (in case application bertukar tak lepas, tapi harap lepas la)

Ramai juga yang bujang-bujang ni, merancang untuk bertunang cuti-cuti ni. Yang dirisik pun ada. Harap semua berjalan lancar la ya.

Aku tengah pening nak bawa member ni ke mana cuti esok. aiyaa

hati-hati memandu, kang cincin risik/tunang tu hilang pulak





cerkon iv

29 04 2008

Susah untuk lelaki itu untuk memujuk dirinya sendiri. Berkali-berkali. Tapi masih sama. Hampir saja air matanya menitis, tapi lelaki itu tau, dia harus kuat, tidak cembeng, walaupun dikutuk, semua kata-katanya dibilang menipu, tamak, semuanya.  

Lelaki itu tau hatinya bagaimana.

Salahkah dia untuk mengetahui sesuatu yang dirasakan penting, tapi bagi si gadis seperti tidak menghiraukan perasaannya. Mengatakan si lelaki tidak menghargai perasaannya. DIa tau, amat mahal untuk si gadis untuk mengungkap perasaannya. Dia amat tau. Bukankah dalam perhubungan, terus terang itu amat perlu, supaya tiada salah faham, tiada yang buruk sangka. Kadang kalanya perlu, kadang kalanya tidak.

Kini, mungkin tiada apa yang dapat diungkapkan lagi kepada si gadis. Dia harus benar-benar merelakan. Walaupun si gadis juga sukar untuk melepaskan. 

Antara sayang dan cinta, lelaki itu memilih cinta. Supaya gadis itu benar-benar ‘benci’kannya andai dia tau yang dia mencintai si gadis. Sampai bila-bila.

Salah faham itu membunuh segala-galanya. Hati si gadis terbang entah ke mana. 





kimi

29 04 2008

bila aku dah bosan dengar satu-satu stesen radio, standard aku akan tukar-tukar channel, cari mana yang best. Kalau satu pun tak best, aku keluarkan thumbdrive, cucuk kat mp3 modulator. Puas hati, takde iklan etc. Sume lagu yang aku minat.

Bila aku layan Hot FM tadi, agak terkejut jugak la bila AG bagitau yang anak Faizal Ismail meninggal dunia. Takziah aku ucapkan. Anak kedua kalau tak silap. Atas sebab apa, aku tak tau. Korang mungkin lebih tau.

Ini mengingatkan aku pada Hakimi. Nama manjanya kimi.  Tapi kami tak sempat panggil nama tu. Aku boleh rasa camana perasaan Faizal sekarang. Mungkin bezanya, anaknya dah lahir, dan aku sebelum lahir. 7 bulan dalam kandungan.

Memang down gile. Anak pertama. Expectation tinggi. Cuba tanya mana-mana pasangan yang dah kawin yang tunggu first baby, sure diorang excited. Tahap aware pun kurang. Takde pengalaman. Perancangan Allah Maha bagus. Kami terima.

Aku sempat tengok wajah kimi. Sempurna segala serbi. Allah uji sementara, pas tu Dia gantikan. Alhamdulillah.

Buat Faizal sekeluarga (walaupun confirm ko tak baca blog ni), tabahkan hati. Sabar. Salam takziah.

Syahdu bila dengar lagu ‘Bila Rindu – Ruffedge’ tadi.

nota : salah satu sebab aku select nama Hakimi ni, dulu masa Kimi Raikonnen under Mercedes, aku minat ngan dia, sekarang, masuk Ferrari aku dah menyampah. Anti Ferrari la katakan.





cerkon III

28 04 2008

lelaki itu mencari-cari kaset Search – Gema Di Timur Jauh. Dalam dahsboard, di arm rest. Dah lama dia tidak mendengar lagu-lagu dalam album itu yang baginya adalah terbaik. Segala-galanya sempurna. Kaset tadi dimainkan. Renungannya tertumpu.

Bait-bait lirik lagu itu seperti ada sesuatu.

Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanyaTangis ini tanda kasihku
Bukan mengeluh luka yang semalam
Kerna engkau mengasihiku
Tiada sendu lagi di duniaku ini

Aku tak dapat bayangkan
Sengsara yang harus kutanggung
Jika kau pilih perpisahan
Tanpa punca yang meyakinkan
Aku akan tersasar mencari cintamu

Andai terhentinya masa
Dan gunung jatuh ke laut
Kau tetap kucinta
Kasih sayangku adalah kekuatan

Untuk menempuh segala
Dugaan yang tak terbayangkan
Oleh insan yang lemah seperti kita
Sekalipun kumiliki esok
Takkan kumenolak ketentuan…

 

 

 

 

 

saya minta awak lupakan saya” kata-kata itu amat susah untuk ditelannya.
Terlalu banyak perkara yang memungkinkan semua itu. Antara sedar dan tidak, lelaki itu mengiyakan, walaupun hatinya memberontak. Antara sayang yang menebal dan ruang yang perlu diberi kepada si gadis. Dia akur.
Sepanjang perjalanan, fikirannya melayang. Hampir saja lampu isyarat itu di’langgar’nya. Berhenti tatkala kenderaan lain laju melintas di hadapan.
 

 

Perlukah dia melupakannya. Ya dan tidak 





indahnya

28 04 2008




sig sigma

25 04 2008

“If we did all the things we are capable of, we would literally astonish ourselves.”
-Thomas Edison, Inventor
 

Done.

Persoalan pertama yang muncul dari aku time berjumpa member yang akan pulang ke KL semalam.

“apesal ko dah boroi?” soalan aku kepada member yang baru masuk kereta.

Kami ketawa berdekah-dekah, sama masa duduk dalam satu dorm, back 95-96. Katil berdepan. People changed.

Tapi bukan itu topik utama.

Kami melepak, sesi teh tarik hati ke hati (haha), bertanyakan hal masing-masing. Dah lama tak berjumpa. Lagi-lagi lepas aku terperosok di bumi Sabah ni. Oh ya, dia pun baru je lepak Malaysia, sebelum ni di Sudan, bersama kebuluran seperti orang-orang Darfur. Hah, yang ini aku reka. Tapi memang dia duk Sudan, keje dengan kompeni Ranhill.

Sig Sigma Executive. (atau ada nama lain yang aku lupa nak tanya, basically itu kerjanya, lain company, lain designation). Apa itu Sig Sigma? wiki di sini

Dah sampai tahap black belt? cam tae kwan do la pulak. Dia ditrain di Motorola dengan fee sebanyak RM30k seorang untuk jadik ‘lecturer’ atau ‘fasilatator’ department-department syarikat dia keje, untuk meningkatkan prestasi syarikat. Implementation? Terpulang pada bos-bos dan pegawai untuk buat perubahan. Dia, hanya memberi lecture.

Bagi aku dia seorang yang beruntung. Dengan kepakaran yang dia ada sekarang, banyak kompeni besar yang memerlukan orang seperti dia untuk melihat ruang-ruang meningkatkan/menambahbaik proses kerja sedia ada. Prospek keje sangat cerah. In fact, masa berbual, satu sms masuk ke hp dia, dari satu kompeni besar juga yang hantar invitation untuk interview.

Ah hah, aku sebenarnya memerlukan skil-skil seperti itu yang diperlukan oleh semua orang.

Masa untuk berubah.





cerkon II

24 04 2008

diolah daripada novel-novel lama simpanan wife. Bukan niat untuk menjadi penulis novel. Ayat tunggang langgang :) cubaan pertama.

anekdot 1Panggilannya tidak dijawab.

 ”Fine“ ucap lelaki itu dalam pesanan ringkasnya.

 

Melepaskan kegeramannya pada si gadis pada waktu tahap ketenangannya digugat. Lelaki itu merasakan perlu ada timbal balas atas tindakan mereka. Dia juga manusia biasa. Kata-kata si gadis menyebabkan dirinya merasa bersalah teramat sangat. Tapi dia tidak boleh menipunya dirinya sendiri. Dia sayangkan si gadis. No matter what. Perkataan itu muncul tiba-tiba.

Sementara. Dengan langkah longlai menuju destinasi, satu persatu memori menerjah masuk ke fikirannya. Lelaki itu banyak berfikir. Cuma fikirannya kadang-kadang buntu. Hatinya dipujuk sendiri. Alangkah bagusnya sekiranya pemujuk itu adalah si gadis tadi. 

semua orang x perfect, buat silap, i accept that” laju jari lelaki itu mengirimkan pesanan ringkas kepada si gadis tatkala berhenti di depan seorang jurujual yang menyangka lelaki itu berhenti kerana ingin membeli barangannya.  

maaf saudara, anda tidak diperlukan dalam fikiran sekarang, ada hal yang lebih penting daripada produk anda” suara hati lelaki itu sewaktu memandang dan melemparkan senyuman kepada si jurujual.

anekdot 2

Pagi itu, seleranya tak seberapa. Hidangan di atas meja itu sepatutnya dihabiskan memandangkan hanya KFC menjadi santapan malamnya tadi. Badan lelaki itu memerlukan tenaga. Tapi tak berdaya lelaki itu menghabiskan. Cuma 4-5 suap yang masuk ke rongga tekaknya.

Tak salah kalau aku memberikan ucapan selamat pagi, rutin sebelum ni” fikir lelaki itu.   

selamat pagi gadismessage sent.

Tiada balasan. Tidak mengapa bagi lelaki itu. Dia perlu faham situasi emosi si gadis. Dia juga perlu tenteramkan dirinya supaya tidak terus-terusan menekan. Memualkan nanti.

Nyanyian Sheila on 7 itu seperti nyanyian dia.

Ya, dia harus idle sebentar dari segala urusan-urusan ini.

Merenung jauh. Diam. Ingin disapa.

Jangan simpan fine itu, buang jauh-jauh.





kami pun ada laa

23 04 2008

The quality of a person’s life is in direct proportion to their commitment to excellence, regardless of their chosen field of endeavor
-Vince Lombardi, Legendary Football Coach

Done.

Ni pun nasib baik aku nampak poster nya kat pejabat pelajaran hari tu. Banner, bunting, iklan etc takde lak aku nampak kat mana-mana. Kira macam promosi ‘pandai-pandai korang la tau ke tak’.

Aku cadang nak pegi. Mungkin bukan waktu cuti hujung minggu, sebab crowded. Agaknya la. Waktu orang gomen dapat gaji hujung bulan. Susah lagi kalau bawak anak kecik. Pegi waktu malam harapnya lebih smooth and steady. Dan for sure, tak se’grand’ pesta buku antarabangsa kat PWTC tempohari.

TIng! ni jugak peluang aku untuk menembak apa yang patut.  (Kalau dapat la. Sambil mengendong baby? haiyaa, gile mencabar)





malam tadi yang nek nak

22 04 2008

 There’s only one direction you can coast
-Brian Tracy, Author

aku salah sorang yang bergelap malam tadi. Hampes. Tapi better takde letrik daripada takde air.

Saiko.

Bayangkan kalau tengah layan movie seram sorang-sorang dalam bilik pakai laptop bersama headphone, tiba-tiba tup! lampu padam, seluruh kejiranan gelap, dan hantu movie sedang menunjukkan muka yang paling nek nak skali.

Time tu ayat quran entah ke mana, mata melilau-lilau. Confirm gabra.

Esok tak datang ofis/sekolah terusss.

brader, lain kali suh anak ko tengok movie siang-siang. Tak pun tengok kat tv, jangan pakai laptop





nik atau niki?

21 04 2008

No matter what accomplishments you make, somebody helped you
- Althea Gibson, Tennis Player

Quote ini betul. In fact, semua qoute di buat oleh empunya diri berdasarkan kepada pengalaman, penaakulan, pemahaman, pandangan masing-masing. Mau terima, ambil, tak mau? tapis.

(aku tak kenal pun althea gibson ni, korang? adik beradik mel gibson mungkin)

Done.

Wishlist aku untuk tahun ini dah tercapai salah satunya. Ada beberapa lagi on the way yang aku harap semua berjalan lancar. Sume usaha dah dibuat, tawakkal jalan yang paling afdal.

Petang tu, berbekalkan maklumat dari rakan sebaya, yang berkongsi minat yang sama, minum semeja dulu, tidur sebilik, toto lain-lain, aku start enjin kereta dengan azam membara. Ferrari 2 biji ni pun turut beratur seperti mau race dengan aku. Ape kelas.

Aku perlu berjumpa dengan empunya nama ‘nik’ itu dulu. Tapi aku tak buat temujanji, nak call dia, memang dia tak pakai handphone. Aku gamble. Aku harap dia tak sibuk dan sudi melayan aku. Ada rezeki berjumpa la dan terungkai segala kemusykilan.

sangat ok bro“. sangat mengujakan aku. Tapi ini bukan nik. Ini mamat. Aku bukan nak jumpa dia.

Aku mundar-mandir di kawasan yang selalunya senang untuk berjumpa nik. Tapi entah kenapa hari tu sangat susah. Ni la bahananya kalau main redah je. Ingat kau tu sapa?

nik ada?” saya bertanya. Gamble

oh, ada, ada” PA dia menganggukkan kepala.

fuh, jumpa jugak” aku je yang dengar sebab cakap dalam hati.

Petang itu, aku gembira berjumpa nik. Aku bertentang mata dengan dia. Terasa seperti ada kimia (chemistry) antara kami. Tapi dia hanya membisu. Tak mengapa bagi aku, mungkin sudah petang, dan dia sudah penat. Dia membiarkan saja PA nya menjawab segala persoalan aku.

Aku tenung matanya dalam-dalam.
.
.
.
.
.
Aku sudah ada nik. Nama manja bagi kamera aku Nikon D60. Namanya juga sudah ada iras-iras/singkatan nickname aku juga bukan?