malaysia sahaja

27 05 2008

dulu masa belajar kat Johor, bila waktu hujung minggu, nampak la berbondong-bondong kenderaan dari SIngapura masuk Malaysia. Diorang melepak kat tepi Pantai Lido lepas dari imigresen check. Kereta, motor, sume besar-besar belaka. (sampai ada member eksiden tak perasan kereta depan membrek sebab terlalu asyik tengok kereta-kereta power parking kat tepi jalan)

tu cite dulu.

Sekarang bila Malaysia dah tak bagi jual petrol dan sebagainya kat rakyat-rakyat SIngapura yang masuk lepak ke selatan, nak tengok juga camana reaksi diorang lebih-lebih lagi yang tak tengok berita tv Malaysia, bila nak isi minyak, bangla/pekerja pump minyak bagitau

“tak leh beli di sini sekarang, kalau mau isi, pegi Muar. tuu ada pegawai KPDN tengok”

(muar ni aku belasah je sebab jauh dari JB)

Atau pun ada signboard awal-awal sebelum masuk stesen minyak

“KENDERAAN MALAYSIA SAHAJA”

Dah takde la (mungkin), jem beratur panjang-panjang kat stesen minyak area imigresen checking JB tu. Sume kereta/motor/kenderaan sana je.

Aku sangat setuju dengan tindakan ni. Subsidi yang ada seharusnya digunakan oleh warganegara ni je. Pandai-pandai korang la kalau masuk Malaysia semata-mata nak shopping sikit pastu nak isi minyak lebih. Mungkin juga lepas ni bandar JB dah tak popular sangat. Diorang mungkin ke bandar jauh dari JB untuk shopping dan isi minyak. Batu Pahat ke, Kluang ke, Muar ke. Glamer jugak nanti.

Hajat di hati nak pegi singapore masa belajar dulu, tak dapat lak.





siri mencari jin

26 05 2008

dah 3 hari aku mencari jin. Bukan jin aprit dan seangkatan dengannya. Apekejadahnye cari diorang. Gambar tag kat atas dah memberi maksud semuanya.

Jeans.

Sebagai pengguna jeans tegar, dulu aku suka kalau jeans tu ‘terkoyak’ bahagian lututnya. Lebih rock. Lebih ganas. Zaman rebellion. Memang begitu. (Tapi kalau time sembahyang, pandai-pandai la tukar pakai kain). Sapa-sapa yang pakai seluar slack, teramat la skema nya dan tak masuk dengan geng-geng rebellion ni. Sampai ada satu mamat ni dari skema, kami ‘basuh’, sampai jadi lebih rock dari kami. Dari tak hisap rokok, dah pandai hisap rokok (bukan aku yang ajar, sebab aku tak hisap rokok), dari dressing nak pegi ofis, terus pakai baju nirvana etc. Banyak lagi.

Ah, zaman dulu. Muda-muda.

Sekarang, bila dah terkoyak sikit kat lutut, terus rasa tak best. Walaupun koyak skit. Dalam banyak-banyak jeans yang aku dah pakai, dari James Dean, Mustang, Lee Cooper, jeans tempah sendiri waktu sekolah menengah, LEVI’S adalah yang paling cool. Levis’ tahan 5 tahun. Yang lain, tak boleh. Worth dengan harganya begitu.

di KK ni ada 2 je outlet Levi’s. Satu di Centrepoint, satu di Wisma Merdeka. Dua-dua tempat aku dah riki. aku suka 512. Kena dengan aku. Cutting yang selesa. Tapi..

“Saiz tinggal yang ini ja bang untuk design ni, 34. Saiz 31 habis sudah.”

Tensen sekejap. Duit dah aku allocate ngam-ngam nak sambar, saiz takde lak. Design/cutting lain sangat la tak masuk ngan aku. 512 idaman hati.

Baru aku teringat, jeans yang aku pakai sekarang ni juga menandakan berapa lamanya aku kat Sabah. Beli sebelum ke sini di One Utama tahun 2003 waktu bulan puasa, macam tau-tau je aku nak balik semenanjung. Dia juga beri hint bahawa kawannya menunggu di semenanjung untuk aku.

Takkan nak naik flight dengan jeans yang koyak. Tak rock lah beb. (dulu rock, sekarang tak)





pra lepak semenanjung

23 05 2008

Lokasi : dalam kereta, tunggu traffic light hijau.
Waktu : 6.53 pagi (dah lewat 3 minit waktu punch wife)

“bang, nanti jangan lupa semak keputusan application tukar tu”

“oo, hari ni ek? lupa lak”

“kalau kena transfer bulan 7 camana? ” aku risau sebab takde orang yang akan jaga faris sebab babysitter sekarang akan ‘transfer’ ke shah alam.

“abang kena ambik cuti la jaga faris, hahaha”

“ek ele”

sesampai je aku kat opis, dengan login sistem kementerian pelajaran tu yang aku ingat-ingat lupa, setelah percubaan login kedua, baru lepas. Nasib baik hafal no.ic wife. SEMAKAN PEMOHON.

Ktuk! aku ketuk meja dengan jari telunjuk. TAHNIAH.

Akhirnya.

Aku akan kembali ke tanah air. Bile? Tak tau lagi, tapi tahun ni, sebelum puasa, selepas birthday Ara rasanya.

Kepala otak aku ligat memikir.

Apa aku nak jadi lepas ni ek?





aku malas nak cite

22 05 2008

kan dah menang.

terima kasih la terry, anelka. korang memang hebat!

gile saiko tutup muka, tengok tv dari celah jari. Berbaloi. Entah berapa kali aku tumbuk angin. Gaya macam nak jadi ultraman pun ada (tangan kanan menjulang ke atas)

terimbau balik kenangan tengok final MU lawan Bayern kat kedai cina ada astro 1999. (waktu tu sapa ada astro, kaya). Sama debaran, sama kepuasan.

Glory Man United!

(malas nak letak gambar)
tengok sendiri (kalau nak) kat sini





cerkon vi

21 05 2008


(sekadar hiasan)

bacaan berkaitan sebelum bacaan ini :
cerkon i
cerkon ii

cerkon iii
cerkon iv
cerkon v

Tangan yang diletakkan di tepi kepala tiba-tiba tergerak sendiri. Seperti ada suatu refleks daripada mimpinya. Lelaki itu tersedar. Tidurnya tidak lena. Wajah-wajah manis gadis itu menerpa ke dalam ruang ingatannya.

Lelaki itu melirik telefon bimbit di sisinya. Peneman paling akrab. 2.36 pagi

Komputer ribanya dibuka perlahan. Terlalu banyak yang ingin dicoretkan. Sementara semua memori itu masih berada di dalam minda separuh sedarnya kala itu. Sambil menghirup Nescafe panas yang baru disediakannya sebagai bekal berjaga sepanjang malam, lelaki itu mula menzahirkan ingatannya dalam bentuk digital.

Satu persatu baris-baris ayat tersusun kemas. Dia tidak mahu satu pun terlepas untuk dicoretkan. Ingatannya terhadap gadis itu amat kuat. Walau sekuat mana dia cuba melupakan, sekuat itu juga ia mengejarnya. Memaknakan cinta. Kerana gadis itu jugalah, memori-memori indah itu perlu disusun rapi.

Sesekali lelaki itu berhenti menaip. Dahinya berkerut. Beberapa ‘folder’ dibuka. Himpunan lukisan cahaya yang diambilnya selama ini ditenungnya. Terlalu banyak kenangan.

Matanya tertumpu pada satu folder yang menghimpunkan ekspresi-ekspresi wajah manis tanpa suara, si gadis. Diamatinya lama. Satu persatu.

“Alangkah indahnya wajah dan senyuman itu andai ia menemani setiap jaga tidurku”

Suasana sunyi gelap gelita yang hanya ditemani cahaya samar komputer ribanya terasa sekosong hatinya. Lelaki itu mencapai thumbdrive yang tersimpan di atas meja, mengambil headphone dan memilih untuk mendengarkan lagu kegemaran mereka.

Pernahku menyakiti hatimu,
Pernah kau melupakan janji ini
Semua karena, kita ini,
Manusia
 
Kau bawa diriku ke dalam hidupmu
Kau basuh diriku dengan rasa sayang

Senyummu juga sedihmu adalah hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut,
Dengan sejuta warna.

Berulang kali

Ya Allah, Ya Tuhanku,
Engkau berkatilah hubungan ini
Aku mencintainya kerana takdirmu ya Allah.
Jauhkan lah rasa benci di hati-hati kami
Sesungguhnya kami adalah hamba-hambamu yang amat lemah
Aku mohon, ampuni dosa-dosaku ya Allah.

Tak henti-henti lelaki itu berdoa.

Diliriknya telefon bimbit yang setia menurutinya ke mana sahaja. Ingin sekali dia mengirimkan pesanan ringkas untuk si gadis. Tapi mana mungkin selewat ini. Jiwanya dan jiwa si gadis sedang diamuk resah. Diletakkan kembali telefon bimbitnya di sisi.

Novel Ayat-Ayat Cinta versi digital yang baru dihabiskan membacanya semalam dibuka kembali. Memang ayat-ayat di dalamnya mendamaikan. Tanpa sedar, dirinya dibuai mimpi indah di sisi komputer riba yang telah kehabisan bateri.

Gelap.





huk huk

20 05 2008

“The reasonable man adapts himself to the world. The unreasonable one persists in trying to adapt the world to himself. Therefore, all progress depends upon the unreasonable man. “
– George Bernard Shaw, Playwright

aku perlu rehat.

masa menentukan





hikayat lanun terpaksa

16 05 2008

Dulu, 1992

Pagi itu aku rasa macam tak sedap badan. Aku asyik memikirkan hal itu sejak dari mula sir suhaimi mengutarakan rancangannya untuk pementasan mini tu dipentaskan di dewan. Sebagai pelajar yang baru masuk alam sekolah menengah, berhadapan dengan ratusan orang adalah satu fobia yang amat ketara.

Tapi aku, kami cool. Sikit

Oleh kerana pembelajaran sesi petang dah takde dek kerana telah lulus ujian penilaian sekolah agama dengan baik, petang-petang seterusnya itu dipenuhi dengan kelas menghafal dialog, mengarah diri sendiri, kutuk mengutuk (sikit), ketawa-ketawa.

Kelas BI kami (set kami) akan mementaskan satu pementasan yang konon-konon hebat untuk tatapan guru-guru dan warga sekolah itu. Dengan penguasaan BI yang ala-ala, skrip kami buat sendiri.

Tapi kami cool.

Sinematografi? Belasah saja, ikut sedap mata memandang. Skor muzik? sir suhaimi handle. Wardrobe, prop? baju lama kat almari. Runut bunyi? Takde.

Aku diassign memegang watak lanun. Lanun tak boleh sorang-sorang. Dua lagi rakan terjebak sama membawa watak crook tapi menggelabah ni. Aku, Edy dan Musa (ketua lanun). Oleh sebab skrip buat sendiri dan arah sendiri (minor adjustment dan observation daripada sir suhaimi), aku hanya assign diri aku untuk menghafal sebaris dialog. Paling banyak bercakap semestinya ketua lanun.
Terer tak aku mengeskploitasi keadaan?Pentas tersedia. Dewan penuh. Pengetua, guru-guru lain dah mengambil tempat masing-masing. Suasana hingar. Tapi senyap bila MC memulakan majlis.

 

Tibalah saat itu.

Pong prang, pong prang.. microphone yang hampir terlepas daripada genggaman aku tatkala aku nak mem’baca’kan dialog sebaris. Potong. Ye, guna microphone. Tak teater langsung camtu kan?

Sinopsis pementasan: (Tajuk karya agung itu aku lupa, tapi ala-ala badang moden)
Dalam satu kawasan kampung yang indah, seorang pemuda yang kurus, lemah, lembik, takde awek (pelakon-sholihin) memasang bubu di sungai. Datang satu makhluk berbulu (pelakon-shanker sanmugam), memakan dengan lahapnya ikan-ikan. (ah, selebihnya macam cerita badang, sendiri eleboratekan)

Datang beberapa orang lanun (pelakon-aku, edy, musa) mendarat di kampung tersebut. Mengganggu beberapa orang gadis (pelakon-diana, hafnida, dan tak ingat) yang sedang bermain batu seremban. Datang la ‘badang’ tadi yang dah kuat, membantu menyelamatkan gadis-gadis tersebut. (Kami tak usik pun, just cakap-cakap saja, salah ke? oh ye, muka kami dimekap untuk menampakkan keganasan, mungkin sebab tu gadis-gadis menjerit?)Banyak elemen humor diselitkan dalam pementasan yang tak sampai setengah jam tu. Aku tengok ramai yang bertepuk tangan, menjerit, ketawa. Tiada yang membaling kertas, telur busuk dan sebagainya ke atas pentas. Bagi aku, pementasan itu berjaya.

Hero konfem menang. Kami kalah.

 

Ah, kenangan sempena Hari Guru.

Hari ini 16 Mei, hari guru. Tapi sambutan peringkat sekolah selalunya bukan hari ini. Sekarang ni waktu ujian peperiksaan awal tahun. (kalau tak silap)

Semua orang adalah guru kepada orang lain bagi aku. Ayah dan ibu adalah guru ultimate kepada anak-anaknya. Bos adalah guru kepada pekerjanya. Kakak adalah guru kepada adik-adiknya.

SELAMAT HARI GURU sayang





emotion, bukan scott emulsion

14 05 2008

emotion = energy + motion

Itu apa yang diajar pada aku sebelum ni. Dari Anthony Robbins, dalam satu seminarnya di KL suatu masa dulu. Tak kenal? Google it.

Bagi aku yang orang-orang biasa ni, bukan ahli dalam bidang psikologi etc, apa yang dipahamkan kepada aku, equation tu betul bila salah satu hukum/nilai tu ada. Contoh, kalau ada energy tapi motion nil, emosi takkan ada/wujud. Emotion = Energy + zero, mana jadi kan.

Lupa, motion ni adalah semua yang berkait dengan tubuh badan. Cara kita bergerak, cara bercakap, cara pandang dan macam-macam lagi.

Contoh mudah, kalau orang marah, dengan muka-mukanya merah, cakap kuat, kadang-kadang tangan/kaki pun naik etc. That time, kita tau orang tu tengah marah kan? Tenaganya (energy) ada, motionnya pun ada. Emosinya = marah.

Sapa-sapa yang plan untuk beremosi, pikirkan energy dan motion anda. Nanti, jangan pula orang akan cakap :

aku tengok dia ok je, takde muka sedih pun

Kadang-kadang memang muka tak sedih, tapi bila menaip depan komputer, taip “PERKARA” jadi “NERAKA”. Motionnya pada cara mata dan tangan berkomunikasi. Contoh saja.

Apa cite kalau kita nak sorokkan emosi kita? Terutama emosi yang tak bagus. Tak dapat jack, susah. Simpan pun tak guna. Biar orang tau, apa salahnya. Mungkin boleh dibantu lagi.

ini bukan entri emo, hanya ilmu :)





taufan mini

13 05 2008

condition di Sabah sekarang ni macam ada ala-ala Taufan Nargis sikit. Amaran daripada jabatan berkenaan yang mengatakan angin kencang melanda pantai barat Sabah (KK dan sewaktu dengannya), memang betul. Sampai 14-15hb ni. Start malam je, angin kencang. Angin kencang je, malam.

Malam tadi.

Phew, phew (efek bunyi angin kencang)

Ronda-ronda KK. (motif utama nak betulkan handphone wife, kedai tutup pulak), keluar rumah dengan selamba. Hujan takde, keadaan tenang. Time tu pukul 7.15 malam (terpaksa korbankan tak tengok Kawin Muda).

Dalam 1km jalan, start rintik-rintik. Masuk depan sikit, sangat horror. Dahan pokok macam nak patah, pokok besar bergoyang-goyang, daun-daun terbang, bole dengar bunyi angin phew, phew kat luar kereta. Saiko. Oh ya, plus hujan lebat ya amat.

Oleh sebab KK ni bersebelahan laut, kalau layan makan tepi laut, tersangat la mantap. Tapi malam tadi, banyak kedai/gerai yang terpaksa berlawan dengan angin kuat ni supaya tak menerbangkan ayam masak merah, kailan ikan masin, kicai ping (air asam boi + lemon ais) pelanggan-pelanggan mereka. Ada jugak gerai yang alert, tak berniaga sepanjang waktu hibernasi ni.

Paling aku tak suke, kalau trafik light tak nyala. Dah la elektrik kat Sabah ni masih tak stabil, malam tadi banyak tempat yang blackout. Bayangkan kalau hujan lebat tak nampak apa, terpaksa berhenti kat trafik light yang tak menyala, korang hanya nampak lampu kereta lain dari kiri, kanan, depan. Waktu tu hanyalah tawakkal. Lepas.

sape nak datang Sabah, jangan datang minggu ni, nanti korang rugi.

Motif kedua untuk tidurkan anak dalam kereta berjaya.





sebat satu lagi

12 05 2008

Glory Man U.

Cakap banyak takde.

Yang lain, duk senyap-senyap hehe