hari ini, semalam

18 06 2008

seharian packing barang (bukan aku buat packing sepenuhnya), sangat memenatkan. Apatah lagi Ara yang duk lari ke sana sini, susah nak diam. Ambik masa 5 jam juga untuk selesai. 74 kotak. So, barang-barang sudah berada dalam kontena, tinggal kereta je untuk disetelkan esok.

Flight aku petang. No problem.

Aku sangat teruja nak tinggalkan Sabah. Tiket jabatan pendidikan yang masih boleh diclaim untuk penerbangan wilayah 2 hala, aku tak berminat nak ambik. Menyusahkan dan memenatkan. Plus banyak benda yang perlu diselesaikan di semenanjung.

Majlis perpisahan itu hari (kononnya), langsung takde buat aku sedih. Aku gembira sebab segala beban dah takde. Mereka berkira? Aku takde masalah.

Aku online pun sebab nak test balik laptop ni. Masalah yang menyebabkan aku nekad nak install semula OS nya. Godek punya godek, tadaa aku online. Ada satu blog yang aku terus tengok. Ada tarikan di situ.

Mata dah merah (tak cukup tido, makan tak tentu, tak banyak minum air, penat) memang patut diputihkan semula. Pedih semacam tengok cahaya monitor dalam bilik yang gelap. Tapi takpe, mata merah berbaloi sebab ITALI menang! Selangor juga!

Dah, aku nak tido.

Beverly Hotel
11.42 pm





last

13 06 2008

5 tahun yang lepas.

”Azli, kami pilih awak untuk handle system maintainance JPK di Sabah. Kita juga akan buka satu branch baru di KK. Awak akan handle branch di sana. Macam mana? Boleh?”

Bagi budak umur 24 tahun, bila di assign untuk handle satu branch baru, di tempat asing, asing melampau, ada macam-macam perasaan yang keluar. Aku perlu senyum ke? Aku perlu sedih ke? Semua tu ada.

Bagi aku, ni satu peluang yang baik. Baik untuk aku mematangkan kerjaya. Kumpul pengalaman. Aku hanya perlu pikirkan positive side, sebab kalau pikir negative side pun banyak. Korang pun tau.

Pendek cerita, aku sampai ke Sabah sorang-sorang. Sampai di airport pukul 1 pagi. Pukul 4 pagi baru ‘member’ bos datang ambil. Seingat aku, aku sorang je melepak kat kerusi airport. Oleh sebab aku kena start from scratch (cari ofis untuk disewa etc), aku lepak dulu lodging RM30 satu malam. Bilik air kongsi. Saiko. Tapi terpaksa. Ada 3 hari gak horror lepak situ.

Macam-macam pengalaman aku dapat. Macam-macam orang aku jumpa. Macam-macam tempat aku pergi. Aku samakan tahun-tahun yang lepas sebagai tahun aku ambik degree dalam life. Degree lanjutan. Master? Belum lagi. Aku akan konvo sendiri minggu depan. Scroll? Jubah? Tak perlu. Semua tu ada dalam kepala otak.

Pendek cerita jugak, aku berjaya survive dari semua tu sampai sekarang. Dan hari ni adalah hari terakhir aku bertugas di Sabah. Lepas ni aku akan jumpa orang-orang baru yang lain, tempat kerja lain (insyaAllah). New set of life.

Overall, sapa-sapa yang nak cabaran, (kerja swasta especially), kalau diassign ke Sabah, janganlah menolak. InsyaAllah, macam-macam benda korang bole dapat. Kalau ada sapa-sapa yang nak datang Sabah, nak tanya apa-apa, bole tanya aku. Kalau aku terer, aku akan jawab. Email leemenza@gmail.com

Blog ni aku akan tinggalkan macam ni.

Macam signboard area ke airport selalu tulis. “BON VOYAGE”. Yeah





entri terakhir?

6 06 2008

Happy Birthday Ara. 06.06.06

Bulan orang tersayang, bulan ini.

Cite lain :
Dalam minggu depan adalah waktu-waktu tight untuk aku datang ofis. Dengan faris yang takde babysitter, terpaksa aku take over. Cuti. Sementara wife menyetelkan segala urusan perpindahan.

Dalam perancangan, minggu depan jugak minggu terakhir di Sabah. Tu pun kalau pihak packing-packing barang masuk kargo ni cepat buat keje. Hah, aku terpaksa ambik masa jugak datang ke opis untuk serah tugas etc. Jumpa staf sume. Balance cuti 15 hari, aku guna untuk tampung notis sebulan. Setel. Moga takde masalah.

Wo, ini macam entri terakhir sebelum balik. Wait and see.





wind of change – cewah

5 06 2008

konfem kebanyakkan blog dan bloggers hari ni berceritakan tentang kenaikan harga minyak. Ulasan dan pendapat masing-masing sumenye betul. Takde yang salah.

Sapa yang suke harga naik kan?

Rule of changes. First memang terkejut beruk. Dah lama-lama nanti sebab konfem tak dapat lari, kita akan jadi biasa. Common. Adapt secepat mungkin. Nak follow, follow. Tak mau follow, cari alternatif lain. Habis cerita. That’s the rule.

Bagi aku, buku yang dah berusia 10 tahun tu dari Dr. Spencer Johnson sangat membantu aku. Mana yang belum pernah baca, wiki di sini

Dah, adapt!





cerkon vii – Finale

4 06 2008

Memori lama tersingkap semula dalam kesamaran lampu tidur bersama bahan bacaan tergenggam ditangannya. Lelaki itu menutup perlahan bukunya, meletakkannya di sisi, membetulkan bantal yang menyokong belakang nya sejak dari tadi dan menutupkan mata. Bukan untuk tidur, hanya untuk si gadis.

Betapa wajah gadis manis itu segera muncul di dalam kotak fikirannya dengan senyuman menawan. Ada sesuatu padanya.

Dia amat menyenangi gadis itu. Perwatakan tegas dan mantap dalam apa jua tindakannya. Jarang ada wanita sebegitu. Tindakannya sukar digugat, apatah lagi dicabar. Disebalik ketegasannya, tersimpan hati yang lembut, bersih, cantik, secantik tuannya. Apa lagi yang diinginkan oleh lelaki yang berjaya memenangi hati si gadis, segalanya lengkap. Ketegasan itu untuk membimbing anak-anak kelak, hati dan cinta yang suci itu untuk lelaki bergelar suami dan keluarga. Pro dan kontra, saling melengkapi.

Perkenalan di alam maya.
Sapaan lelaki itu dibalas dengan baik. Mereka berkongsikan hal-hal yang sama. Seperti ada sesuatu yang mendekatkan mereka. Hubungan yang terjalin dari hari ke hari membibitkan perasaan sayang dan kasih. Walaupun belum pernah bersua muka. Suara peneman bicara.

Wajah-wajah manis gadis itu menemani hari-harinya. Tersimpan rapi dalam komputer riba yang diusungnya ke sana ke mari. Setiap hari sebelum memulakan tugas, ditatapnya dahulu wajah si gadis, sebagai bekal penguat semangat sepanjang hari. Tapi dia tidak pernah mengatakan hal begitu pada gadisnya. Lelaki itu amat malu.

Puisi indah
Melihat jam di meja sebelahnya, sudah menjangkau awal pagi. Tapi tiada sebarang isyarat badan yang dihantar ke otak untuk menutup matanya, merehatkan diri. Lelaki itu memandang ke siling. Kosong. Kipas berputar ligat.

Lelaki itu ke meja kerjanya. Di situlah segala urusan kerja yang dibawa pulang dilangsaikan. Bertemankan komputer riba yang banyak berjasa. Sehelai kertas kosong diambilnya, pena basah yang sudah lama tidak dipakai digenggam. Ingin dia mencoretkan sesuatu.

Puisi itu untuk si gadis. Lelaki itu sendiri hairan, seperti ada sesuatu berjiwa yang menggerakkan penanya menulis. Lancar dan puitis. Dari mana datangnya. Mungkin minda separuh sedar.

Di mana kesudahannya
Dia tidak mahu terlupa akan tarikh yang penting itu. Di telefon bimbitnya awal-awal lagi telah disimpan maklumat, diset beserta penggera sehari lebih awal. Juga pada hari itu. Di komputer ribanya, satu dokumen teks disimpan di dalam ‘startup’ yang akan dipaparkan automatik setiap kali nyawa komputer itu terpasang.

Puisi coretan tangan itu terlipat kemas. Dia perlu menetapkan temujanji bersama si gadis pada tarikh 15 haribulan itu. Puisi ini sebagai peneman pembuka bicara. Akan ada lagi yang ingin dikongsikan bersama si gadis. Mungkinkah si gadis ingin berjumpa dengannya? Tatkala cincin di jari manis si gadis tersarung kemas.

Naluri lelaki itu mengiyakan. Pasti ada cinta si gadis untuknya.

Satu sms awal pagi untuk si gadis.

”Saya sayangkan awak. Sangat”





gi kedai

4 06 2008

Abang dan adik berebut-rebut untuk naik basikal.

“wei, ko duk depan aa, orang duk belakang” kata si abang.

“tak nak aa, ko aa duk depan” si adik membantah.

tapi macam biasa, pertelingkahan itu akan memenangkan si abang. Si adik terpaksa akur. Ada sebab yang menyebabkan si adik boring duduk di depan. (Depan di sini bermaksud seat belakang basikal tua yang dikongsi duduk bersama, rapat-rapat). Biarlah rahsia itu untuk diketawakan bersama si abang waktu berjumpa nanti.

Abah steady memulakan kayuhan. Dah semakin berat anak-anaknya. Mungkin bagus di belikan basikal. Takde la susah payah nak mengayuh basikal, usung diorang ke sana ke mari. Lagi-lagi waktu hujung bulan waktu tu. Konfem gembira riang anak-anaknya bila tau abah nak pegi kedai beli barang.

Di kedai.

Anak-anaknya tak berani untuk meminta itu dan ini. Suka untuk menolong pakcik India yang memang datang dari India, tuan punya kedai, mengambil barang-barang dalam list yang dah ditulis awal oleh mak dan diberi kepada abah. Supaya tak memeningkan kepala abah mengingat stok barang-barang sebulan yang perlu dibeli.

“hah, nak jajan ape? ambik la” satu ayat mengundang gembira anak.

standard satu dua jajan je yang akan diambil. Tak banyak. Cukup. Tau akan limitation yang ada pada abah.

Bila dah ada basikal sendiri. Sorang satu. Abang dah besar, tak main la follow-follow pegi kedai. Malu ngan awek.

Si adik masih steady follow. Kali ni mak juga ikut. Si anak lebih open dan mengada-ngada bila mak ada bersama. Itu nak, ini nak. Ya dapat, dapat cubitan dari abah.

Masa berubah.

Anak kecil yang semakin lasak, belum dapat mendengar ‘kemarahan’ ayahnya. Mungkin ayahnya takde langsung muka garang. Hanya ayat yang dapat membantu, bila si anak nak keluar dari troli (diletakkan seawal mungkin sebelum si anak berjalan ligat tak mahu dipegang).

“eee, takleh turun, tadi ayah nampak ada ulat kat bawah tu, takut, takut”

Selalunya ulat dan spider membantu.

Si ayah perlu lebih ‘garang’ seperti abahnya dulu yang tak berani dilawan oleh anak-anaknya. Kalau satu, satu saja, kecuali kalau abah yang ambil.

Mungkinkah si anak akan lebih mendengar kata lepas ni? Doa setiap hari.  





memori muda-muda

3 06 2008

itu jam aku dah tergelak. Tak ajak aku.

“kitorang tengah main pingpong nih, meh la join” suara yang amat aku kenal di hujung sana. Baru dapat transfer balik dari Sarawak.

“bet baru, meja baru, best woo” ayat kasi bakar aku pulak.

Tak boleh jadik ni, balik sana aku kene rembat satu bet baru.





pagi yang gelap, kini sudah terang

3 06 2008

Pagi semalam aku mencilok sampul surat ofis setelah meminta dari kak Peah untuk mengisi surat resign. Surat resign aku dah bagi kat bos semalam. Menandakan aku hanya ada sebulan je lagi untuk jalankan tugas di sini.

Aku tak tau nak berhadapan camane ngan bos bila nak kasi surat ni. Aku ambik masa jugak untuk nak pegi, tak pegi, nak pegi, tak pegi. Bila dia dah baca surat tu dan aku cite rasionalnya aku nak berenti, dia ok je. Minta aku prepare dan kumpulkan sume maklumat yang aku simpan untuk memudahkan pada orang baru (kalau ada) untuk take over. Prosedur biasa.

Aku masih merahsiakan resignation ni daripada akak-akak dan brader-brader kat opis ni. Bila dah dekat nak berenti, baru aku bagitau. Tapi rasanya bos akan buka mulut jugak sebelum aku. Takpe la, mana-mana.

Aku takde rasa menyesal sangat untuk tinggalkan sume ni, tinggalkan Sabah. Aku tau yang memang dalam perancangan, sume ni akan berlaku. Perancangan yang kalau ikut Brian Tracy adalah salah sebab tak catit, tapi alhamdulillah, berjalan lancar.

Line internet kat opis ni pun macam mengalu-alukan pemergian aku. Atas sebab teknikal, line ni problem dan aku terpaksa balik asal, online atas ihsan hotspot.

Mungkin lepas ni kalau korang tak nampak apa-apa perubahan pada blog ni, anggaplah ianya dah habis. Aku nak biarkan blog ni tak update apa-apa. Nak tutup terus, sayang pulak. Lagi pun blog ni mana glamer pun. Tak sampai ribu-ribu pun yang baca. Tak menarik.

So, lepas ni cabaran baru. Ada bran?

psstt.. cerkon vii esok. Finale

-nountun apartment
11.11 pm





Kepulauan Borneo – Finale

3 06 2008

Ini adalah rangkuman trip ke Labuan beberapa hari lepas (29-31 Mei 2008)

 

Trip ni bagi aku sangat penting kerana ni merupakan trip terakhir di kepulauan Borneo yang amat luas. Lepas ni terpaksa tunggu turn lain untuk turun semula ke Borneo memandangkan ikut nisbah kebarangkalian kami berpindah balik ke tanah air semenanjung adalah 95:1 (Belasah je kebarangkalian ni sebab sub-subjek kebarangkalian paling aku tak suka time belajar matematik)

So,

Ikut janji Melayu, keberangkatan ke terminal feri Menumbok adalah pada pukul 7.30 pagi. Tapi biasalah, 7.45 baru jalan. Konvoi dengan abang ipar. Seat depan penuh dengan kelengkapan anak, kudapan dalam perjalanan dan juga kamera yang diset mantap.

Feri jalan pukul 10.30 pagi. Tempoh masa perjalanan ke Menumbok lebih kurang 2 jam, so kalau ikut perkiraan biasa, 10.15 ngam-ngam sampai ke terminal. Perkiraan tepat, dalam 10.20 kitorang beratur masuk feri. Nak bawak kereta masuk ke Labuan kena charge RM40 sehala (kereta + driver), RM14 cukai landing, dewasa RM5, budak bawah 3 tahun free. 3 tahun ke atas RM5 jugak.

Jangkamasa ke pulau Labuan ikut feri ni lebih kurang satu setengah jam. View boleh tahan menarik. Tapi panas terik. Orang pun tak berapa ramai.

Landing di Labuan, aku hanya follow abang ipar yang ingat-ingat lupa jalan di Labuan. Cari resort yang disyorkan oleh kawannya ada jugak la sesat dua tiga jalan. Agak lengang resort tu tapi staff resort tu kata sebenarnya full juga. Nama resort, Manikar Beach Resort.

Bagi aku takde ape yang menarik sangat kat Labuan. Motif utama hanya nak jejakkan kaki kat sini dan nak shopping coklat sikit-sikit. Murah punya pasal. Aku suka jalan raya kat Labuan ni sebab tak banyak kereta. Tak sibuk dan tak akan sesat sebab pusing-pusing akan jumpa jalan tu semula. Pendek kata, nak expert jalan kat bandar Labuan ni setengah hari pun cukup. Bukan nak riak tapi tu realitinya.

Bagi aku trip 3 hari 2 malam ke Labuan ni boleh tahan berjayanya.

Pictures speak