hari ini hari pahlawan

31 07 2008

“hello”

“ya, hello”

“hari ni hari jadi adik kan?”

“ha’ah, sori la, orang tengah makan tadi. Tak perasan.”

“oo takpe, selamat hari lahir, moga panjang umur, murah rezeki”

“terima kasih MAK”

ada unsur-unsur syahdu kat situ.

Mungkin sebab family kami yang kecik, sume tarikh lahir, kami ingat mengingati. Standard takde sambutan apa-apa pun. Tapi satu call sangat bermakna bukan? Segala yang tersirat ada di dalamnya.

Daging masak rendang, tempe goreng pedas masih berbaki. Aku selamba sambung makan balik setelah melahu dalam 5 saat lepas panggilan telefon tu.

SELAMAT HARI PAHLAWAN juga.

nota : panggilan ‘adik’ adalah nama glamer kat rumah. Sejak kecil sampai dah ‘tua’ ni. Bukan adik awww aa. Jangan disalah erti





wayang dan Amy

29 07 2008

bila keluar topik pagi tadi di Sinar FM tentang lagu paling peeewwwitt dari kumpulan Search atau Amy sendiri, memang rata-rata ramai yang pilih Isabella. Tak kurang juga Fantasia Bulan Madu, Rozana, Mentari Merah di Ufuk Timur dsb. Bagi aku, sume lagu lama-lama dia sangat peeewwwiitt.

Membawa aku balik ke zaman budak-budak ribena. Waktu tu filem Isabella tengah hot kat panggung. Kesempatan balik kampung time cuti sekolah, melepak dengan sepupu sepapat sebaya, memperkenalkan aku pada panggung wayang untuk pertama kalinya. Hah, tak lupa juga kedai game 20 sen. (ada masa aku cite)

Time tu aku ingat lagi. Ramai gile orang. Kitorang antara yang lewat. Ni sume sebab bas lambat. Aku tak bawak satu sen pun. Tujuan sebenar pun aku telah dikelepet. Katanya nak jalan-jalan ke Kajang saja.

Fee panggung wayang hanya 50 sen. Kerusi? kerusi besi lipat. Sume orang kunyah kuaci. Sepupu pun beli dua tiga peket. Belasah makan kuaci sambil tengok wayang best katanya.

Itu jam, cerita Isabella buatkan aku ternganga. Sikit. Ini rupanya tengok wayang. Best juga. Sound asal ada, paparan asal boleh. Jadi la, 50 sen je.

Kepada Amy Search, walaupun konfem ko tak baca entri ni, Selamat Hari Lahir yang ke 50. Dah masuk warga emas dah.





kamera kena gantung kat leher

25 07 2008

oleh sebab aku baru balik dari Sabah, walaupun duduk dekat dengan putrajaya, aku masih belum berkesempatan nak melepak waktu malam di putrajaya. Dan malam tadi ada kesempatan tu. View sangat lawa, korang pun tau.

Memang rugi takde kamera waktu tu. Tapi takpe, next time.

Kalau dari PICC, memang boleh nampak satu view putrajaya. Sempat aku tinjau dalam 5 minit. Pemandangan dan cahaya yang amat aku suka, bila combine dengan struktur bangunan yang well designed, sangat mengujakan mata.

Mak kaget bila kereta aku park.

“Ingat sapa tadi. Ara, Faris mane?”





gelaran?

25 07 2008

aku dah tergelak-gelak dalam kereta pagi tadi. Bukan sebab apa, tapi sebab radio. Channel Sinar FM memang padu pagi-pagi. Sebab ada Salleh Yaakob. Kena dengan tajuknya, nak meleleh air mata ketawa.

Tajuk pasal nama panggilan/gelaran memang aku boleh agak macam-macam akan keluar. Paling saiko dan kelakar adalah ‘MABAN’. Samada betul atau tak, tu adalah panggilan singkatan satu mamat dari singkatan Mangkuk Jamban. Serius kelakar.





apa kes nak select bala tentera?

24 07 2008

Hah, bala tenteraku, bersiap sedia.

Aku dah pilihkan korang baju yang paling gempak, siap iron, takde kedut, takleh kedut pun.
Jeneral dah bagi aku fund, aku dah habiskan semuanya sebab nak buat satu batalion yang mantap. Korang akan aku bayar setimpal dengan usaha korang. Medical benefit semua ada, don’t worry. Setakat patah kaki, no problem. Rehat la sampai sembuh.

Tahun lepas, batalion tak padu. Asyik kalah di medan perang. Tahun ni aku tengok banyak tentera-tentera baru masuk. Tapi aku terpaksa gunakan auto selection sebab terlampau ramai dan takut fund disalahguna. Aku akan buat final cut.

By end of this day, korang akan aku tawarkan kontrak. Bagi aku masa.

Sapa-sapa nak ajak aku join league korang, bagitau. Bukan teror pun, jangan risau. Sekadar memeriahkan suasana.

Premier League





nasib dan takdir

21 07 2008

kita akan aim untuk strike bukan?

10 pin yang tersusun kemas. Kita ada target. Ada bola untuk menjatuhkan pin-pin tersebut.

Adakah kita akan strike? Ya kalau bernasib baik. (anggap saja yang kita bukan pro). Selalunya spare, split atau worst, masuk longkang. Walaupun kita dah pilih bola yang beratnya sesuai dengan tangan kita, kasut yang betul (ada kes member teruja nak main, tak tukar kasut, akibatnya tergolek di atas trek dek kerana kasutnya yang terlampau grip), tangan tak licin, trek baru di’gilap’. Bukan senang nak strike.

Kita rancang dan impikan apa yang kita nak. Alat dan kelengkapan sume telah tersedia. Tapi adakah sume yang kita rancangkan akan kita dapat?

sabtu lepas, dapat no 2 daripada 20 orang. Nasib dan takdir





penaakulan? ape kebendenye..

19 07 2008

new environment.

Sekarang aku dikelilingi oleh imej-imej, pakej-pakej, magazine, website-website pelancongan. Sangat best dan mengujakan.

Sekarang masanya untuk aku meng’adjust’ balik memori. Refresh. Kembali kepada core. Balik lambat, coding, meeting, pressure, tol, parking.

Code memanggil-manggil. Imej pun menari-nari. Syntax selalu bertanya, “apa cite geng?, boleh ke?”

Penaakulan aku simple, semuanya boleh.  

nyaris keta aku kene clamp. Dapat surat offer untuk diclamp warna merah.





macam kata dia.. “dugaan pertama”

17 07 2008

Hah, blog ini kini based di Semenanjung.

dulu, aku simpan sume duit syiling balance-balance belanja dalam tabung, sekarang, aku simpan sume duit syiling balance-balance belanja kat plaza tol.

Ya, kadang-kadang kita akan lebih menghargai waktu-waktu ‘boring’ dulu. Takde jem, parking free, belasah keje ikut time kita etc.

Kat highway, satu kereta kancil potong, laju. Aku pandang meter kelajuan, cis, baru 60kmj aku bawak. Masih terbawa-bawa skil bawak kereta di Sabah. Di Sabah, 80 adalah amat laju. Tak boleh jadik. Aku perlu mengikut had kelajuan ideal, tak bole follow kelajuan kelas memandu. Malu.

Trip dari Klang ke Bukit Jalil akan mengejutkan banyak orang kalau ditanya “ko duk mana?”. Aku berkira-kira untuk merempit semula dengan motor yang dah lama tak start-start, tersadai tepi dinding umah mak. Road tax ntah ke mana, insuran belum renew. Berbalut kain pelikat lama. Pegi balik minyak kereta RM20-30 sehari ape cite.

Dah, jangan mengeluh. Face it. Tinggalkan keluh kesah tu sume.