3 dot dan …

30 08 2008

Tut. Maaf.

Hanya gambar hiasan. Dan aku tak pakai anti perspirant yang ini. Lain.

Di sebalik tanda dot 3 kali di atas, pertama kali aku tau ia ada tujuan dan maksud yang tertentu pada interface menu komputer, waktu terima assignment untuk buat windows. Tahun pertama. Eh kedua kot. From scratch dan gunakan coding. Untuk yang tidak tahu, 3 dot itu adalah piawai yang perlu dipatuhi dalam teknologi komputer (tapi dah piawai untuk semua bidang, penyiaran misalnya iaitu pada sari kata), terutamanya untuk menunjukkan bahawa terdapat ‘perkara’ lain atau sambungan (selalunya kita nampak pada menu). Maknanya, jika menu tersebut mempunyai 3 dot di belakang, akan ada lagi submenu/perkara lain yang akan dipaparkan. Terlupa letak tanda dot ini menyebabkan markah anda ciput. Itu waktu belajar dulu.

Tak boleh 2 dot, 4 dot, wajib 3! Kalau dapat jumpa selain daripada 3 dot, bagitau aku. Aku nak bagi hadiah.

Tapi ini bukan sambungan daripada cerita di atas, lain. Ini blog bebeh.

Merata-rata baru sekarang orang cerita pasal merdeka. Terpulang. Berpusu-pusu orang carik gambar bendera untuk diletakkan di blog masing-masing. Blog ini jadi tempat orang ambil bendera. Silakan.

Iklan di tv bukan pasal merdeka, jualan hari raya sudah.

Konfem ramai yang balik kampung, bukan pasal merdeka ni sangat, tapi menyambut awal ramadhan. Tengok anak bulan hari Ahad kan? Harap dapat puasa start hari Isnin. Baru best cuti yang korang ada kan?

Jem? Konfem.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & AWAL RAMADHAN.

peace.





sejuk dan panas

28 08 2008

hari yang sejuk boleh bertukar menjadi ‘panas’. Panas macam – macam. Panas hati, panas enjin, panas punggung. Jangan himpit-himpit boleh tak? Nanti orang sebelah angkat tangan dan jerit “awwkkk, dekatnya. Aduh”

1, N, 1, 2, N, 1, N – kronologi perjalanan gear semalam. Panjang lagi sebenarnya. Aku hanya follow instinct dan kata-kata “sedangkan orang amazing race pun tak sesat bawak keta kat tempat yang diorang tak tau, ni kan pulak orang kajang” HAHA di situ.

Aku perlukan alat GPRS macam yang aku baca kat paper minggu lepas. Berapa ribu?

Tapi aku happy. Wishlist untuk tahun ni dah tercapai sikit. Speedlight SB600 dan battery grip kamera dalam plastik.

Pagi ini masih berpusu-pusu. Polis trafik tak banyak membantu. Lewat 15 minit daripada jadual asal. Semua orang lewat aku rasa. Bukan lewat masuk ofis. Lewat lepak ngan kawan-kawan. 

Anda panas hari ni?





politik? WTH

27 08 2008

aku tak pandai cite pasal politik. Tp best bila borak-borak dengan kawan-kawan pasal senario politik negara sekarang. Sebagai rakyat biasa, kita boleh belasah kutuk kaw-kaw diorang yang di atas, tapi apa yang kita dapat?  semua habis waktu sembang-sembang kosong je.

tahniah pada DSAI.





campur

25 08 2008

banyak occasion minggu lepas. Dan banyak yang aku nak updet kat sini.

Cite 1:
Aku cadang nak shoot pengantin semalam. Tapi telah digagalkan oleh Ara. Terpaksa aku mengejar ke sana ke mari, layan dia makan etc. Penat tapi sempoi. Oleh sebab kampung aku hanya 5 minit untuk disambungkan ke putrajaya, aku cergas ke sana pulak. Cadang nak buat potraiture dengan Ara, tapi minah tu dah tido. Dengan hujan gerimis, kaver kamera skit, aku ambil jugak gambar putrajaya mana yang patut. Cadang juga nak stay untuk tengok bunga api malamnya, tapi lain kali saja.

Cite 2 :
Rumah mak dah kibar bendera. Seingat aku, tak penah mak miss untuk pasang bendera ni kat umah. Waktu aku kecik sampai la sekarang.

Ada ke abah pegi balut buah nangka tu dengan bendera, elok lagi bendera tu” Mak mengeluh. Aku gelak.

Bendera Selangor takde ke mak? ” aku saja tanya.
Tanya la abah, geram mak tengok. Nak cari kat Giant, takde pulak bendera Selangor” Aku gelak lagi.

Aku suka baca komentar mantan PM kita, Dr. Mahathir dalam blog dia. Tahun ni tak nampak meriah untuk sambut merdeka. Ya, aku setuju. Tak banyak bangunan-bangunan, kenderaan apatah lagi yang pasang bendera Malaysia ni. Takpe la, as long as negara aman.

Cerita pasal merdeka waktu aku kecik-kecik akan aku ceritakan pada entri lain. Ingatkan aku.

Cite 3:

Lokasi : Restoran De Limau Nipis, Bangi
Watak : Azmi Kamis sebagai Azmi

kak, air panas ape best?” oleh sebab hujan, air panas sangat membantu.

akak syorkan tongkat ali, pure punya. Campur madu. Akak ambik stok dari kampung orang asli kat Pahang” akak restoran mengesyorkan.

ok, kasi saya air tongkat ali tu, nak drive jauh pas ni” si azmi order.

Selang beberapa minit.

ni tongkat ali madu, nescafe tarik 1” aku tarik cawan nescafe dekat. Azmi ambil cawan tongkat alinya. Madu sekali.

Campur.

Muka azmi kelat.

Gila pahit siol” Mukanya dah kalah muka orang tergigit panadol.

Meh aku rasa sikit” Saja aku nak try ke’pahit’an pure tongkat ali.

Aku ceduk sesudu. Sssrruupp.

errrkk. Kelatnya sehingga hujung lidah. Bilas dengan nescafe pun masih melekat.

Lupa akak nak bagitau. Minumnya sekai terus je” akak tu mungkin perasan muka azmi yang kelat.

Nak one shot camane, panas gile air ni” azmi.

Ko jangan angkat sumpah kat masjid lak pas ni mi. Kawan ko yang lagi 2 orang tu tak bersalah” aku.

Bongok la” azmi.

Gelak. Dah lama aku tak gelak dengan dia.

kalau korang rasa korang terer minum tongkat ali, sehari 2 kali pakai CNI, cuba test kat De Limau Nipis la kalau berani.

flickr updated





lorraine dan display. STOP

21 08 2008

STOP

Banyak ’stop’ yang aku belajar 4 hari dalam training di Desa Pandan untuk paham industri penerbangan ni. Even nak naik bilik training pun, banyak kali aku stop dalam 2 saat, untuk ambik nafas. Naik ke tingkat 3 lepas breakfast/lunch, guna tangga, memang meng’cramp’ kan kaki. Sekejap. Kawan kepada kawan aku yang saiznya lebih kurang 2 kali ganda daripada aku, lagi la mengeluh. Biliknya di tingkat 3.

Aku patut bersyukur.

STOP

“for the purpose of training, please choose a direct flight, which mean a non stop flight. This one” trainer tu terangkan kat aku lepas ada error pada sistem yang aku pakai. Terasa macam staf MAS dekat kaunter tiket. Segala macam kod kena tau dan hafal (kalau boleh). Tapi ini bukan objektif utama aku. Objektif utama nak rilekskan otak tau flow back end. Dan aku rasa tercapai.

124OCTKULLHRlorrainekeyMH<<
02Y1
-****/SAMSHUDINMR<<
-******/***MRS<<
903-8996****/** TRAVEL/*****-A<<
-7TAW20SEP/<<
6AZLI/***<<
ER<<
IR<<

Mesin pencetak kreng kreng kreng. Print tiket yang di ‘issue’ kan.

Hah, sekarang aku ada tiket untuk 2 orang dari KL ke London.

STOP.

Untuk minggu ni. Minggu depan tak stop balik. Kena training advance. Lepas tu pecah kepala coding phase.





flight2go

14 08 2008

aku pernah juga handle projek orang lain sebelum ni. Tapi yang ini, sangat kompleks dan bahaya.

sistem tempahan penerbangan, bila dah disambung pada talian ‘live sedunia’ yang sama macam staf-staf kaunter MAS (diorang lagi core, dengan hafal segala kod arahan), silap sikit especially untuk test penempahan penerbangan boleh menyebabkan tempahan itu VALID. (padahal kita hanya test). Kawan yang berhenti ni, bagitau aku yang dulu dia pernah ‘terbooking’ flight yang nasib baik dalam negara, kena bayar amaun yang dibooking. Step-by step process cancellation dia ajar. Tapi untuk tangkap dalam masa yang dekat, amat mustahil.

Sistem ni dibuat dengan lebih user friendly interface, mengikut kehendak client. Kalau dah namanya client, banyak changes dan ammendment yang perlu dibuat.

Aku baru selesaikan part yang itu. Akan ada banyak lagi part-part yang mengerikan lepas ni. Tambah dengan kesejukan ala melampau kat ofis, otak cepat beku.

Ini baru satu projek. Ada 3 lagi untuk aku. Gila tak? hah, aku dah tau keadaannya bila masuk line programming nih. Saja nak bagi susah.





tq atas tugasan berat ni

13 08 2008

apa yang aku nampak di skrin laptop dengan apa yang ada dalam kepala tak selari langsung. Puas aku concentrate, tak boleh jugak. Dalam meeting tadi, bertimbun lagi task-task yang diberi. Ini macam, sangat pening.

“lor, kenapa ni? move forward. Jangan melepak kat sini. Kau tu lelaki, tough la sikit”

“ya lah sis akal, saya nak workout la, bagi tough. Experience macam ni sangat berharga. Perwatakan manusia berubah-ubah. Dumb bell pun saya kena ubah la. Kena bawa liver sekali”

“tau takpe”

………………………………………..
“Liver, follow aku, ini arahan”

“Susah la brader, gua tak mau. Gua nak tunggu jugak”

terima kasih. personal + kerja





kata

12 08 2008

Di bawah rimbun data
dalam parameter yang sama
hanya dia

bersama semua cerita
gelak tawa gembira
adakalanya duka

bila Yin tidak harmoni
Yang seakan menyepi
gejolak rasa hati
tiada apa yang mampu tandingi

kod-kod tersimpan
komplikasi yang parah
menghadam segala noktah





aku nak updet pasal olimpik, ni apehal tiba-tiba je

11 08 2008

Dah agak lama aku melepak depan laptop ni. Tak tau nak mulakan yang mana dulu. Sejak masuk opis pagi tadi. Ya, secara rutinnya,

- online, check email, on YM, baca paper online, baca blog orang, on software buat keje, recall task minggu lepas yang pending, minum air, pakai baju sejuk.

Sume aku dah buat.

Berebut semua. Sabar-sabar. Turn korang untuk disetelkan ada.

Lagi aku pening bila ada satu dokumen tender atas meja. Ape kes ni? Dah lama aku tinggalkan bidang tender menender ni. Sangat susah dan pening.

“zam. ni tender ko kan?”

Aku stuck!





080808

8 08 2008

hari ni banyak event. Kan?

ramai orang pilih tarikh hari ni untuk nikah. Malam nanti, siang pun ada, ambil cuti mungkin. Orang cina pun ramai yang daftarkan perkahwinan mereka hari ni. Aku rasa lah. Sebab diorang kan suka nombor 8.

kepada yang birthday hari ni, selamat hari lahir. Cantik nombor. Abadikan lah kenangan hari ni, dah takde hari lain untuk dapat moment dan tarikh yang sama. Kalau ambil gambar, make sure ada indication tarikh, bila print atau burn ke CD, tarikh tu ada. Sebab ape? sebab dia besttttt… (cam iklan budak petronas dulu)

Sebenarnya, apa-apa tarikh pun sama. Yang penting, macamana kita hayati dan isikan hari-hari tu dengan apa-apa yang menyenangkan hati kita. Kombinasi nombor ni hanyalah bonus. Oleh sebab manusia mudah lupa, harap-harap kombinasi ni memudahkan proses mengingat. Lebih-lebih lagi hari yang special eventnya.

Itu saja kan?

ape best sangat ke nombor ni?

entah, aku suka nombor 6. Walaupun aku ada niat nak bid nombor 838 untuk nombor plat kereta aku. Bila dapat tau, orang bid sampai RM2k (minimum), terus..

bang, kasi la nombor apa-apa bang, no hal punya, kasi yang cantik-cantik skit ek” Aku yang berurusan dengan JPJ.

tak dapat yang cantik-cantik bang, ni auto, nasib la. Apsal taknak bid?” brader kaunter JPJ

membazir

5924, kalau 5925 kan lawa. Hanya satu ‘ting’ je lagi.