Untuk permulaannya, terima kasih kepada member-member yang organisekan iftar di Muara Ikan Bakar, Port Klang semalam. Nasib baik sempat makan dan dah habis waktu hujan lebat + ribut melanda. Kalau tak, makan siakap air hujan la jawabnya. Atau Sotong Goreng Tepung Berhujan. Resipi baru.
Bagi aku majlis ni berjaya. Berjaya untuk himpunkan balik semua kenalan yang dah lama tak jumpa dek kerana hal masing-masing, seperti aku yang ke Sabah tak tentu hala. Juga dua orang kenalan (dari rumah sewa lain yang berdekatan waktu belajar dulu, yang aku guntingkan rambutnya), Spret dan Gobek bersama family.
Waktu aku di Sabah, melalui yahoo group, aku rasa tahun ni yang dapat menghimpunkan paling ramai ahli. Tolak dua orang yang duduk di Johor dan Pahang. Sebelum tahun ini, semua perancangan gagal walaupun ramai ahlinya duduk di KL. Kali terakhir 4 orang berbuka puasa, (ya hanya 4 orang) tahun 2002 di Istana Budaya.
So kawan-kawan, bravo. Kita ke Perak pula lepas ni.
…
installation Microsoft Visual Studio yang dah lama aku tinggalkan memang aku ketahui memang akan ambil masa panjang. Dulu ada 7 CD. Sekarang hanya 1 DVD. Percubaan pertama waktu di pejabat, gagal. Ambil masa singkat, tapi ada error. Hah, sudah jadi singkat masa instalasi nya, mungkin ada enhancement yang dibuat oleh developer Microsoft. Bagi aku, ini sudah bagus. Aku bajet boleh selesaikan waktu di rumah.
Lepas sahur, aku insert CD. Dalam hati kata ’sempat siap dalam 1 jam’. Lepas mandi, solat, pakai baju kerja, instalasi masih di takuk lama. Ada progress tapi lembab. Dan aku dengan yakin tidak menyambungkan kabel power pada laptop. Ada 65% power available.
“Sempat siap ni”
Dah nak gerak, masih juga macam tu. Ada dua option. Satu, aku cancel installation, buat semula installation di pejabat, yang mana ini pilihan yang terlintas dalam kepala. No option at all. Malas untuk buat semula installation sebenarnya. Tapi ting! option kedua, angkut laptop ni masuk dalam kereta, biarkan proses tu setel. Ya, aku guna option ni.
Meter power bateri kata ada 45%. Progress bar dah lebih separuh. Confirm siap ni.
Sebelah kanan pegang stereng, sebelah kiri klik pada skrin. Orang naik motor lalu sebelah, jeling-jeling.
“Gila mamat ni, buat kerja sambil driving”
Paling naya bila aku jeling sebelah, ada indication yang bagitahu ‘Battery Low’. Proses belum selesai, tinggal sikiiiiiit je lagi.
Tiba-tiba laptop tu bagitau ‘Preparing for stand by’. Saiko.
Dan.
Sebelum sempat laptop tu abiskan baterinya, installation completed. Sukses. Gila lega.
Aku teruskan pemanduan yang sudah 3/4 jalan dengan dua – dua tangan di stereng. Lalala.