selamat pagi cinta

29 11 2008

dsc_0026

“saja letak tembok”

“kenapa perlu ada tembok?”

“entah”

“tembok boleh memagari hati dan perasaan?”

“mungkin”

Selamat Pagi Cinta. Selamat Hari Lahir. Sayang.





errghh mandom

28 11 2008

fuh, waktu hujan sangat layan kalau kena nescafe panas dan keropok lekor.

me

Harap esok dan lusa hujan so-so sahaja. Err takpe la, hujan rahmat.

dot dot dot

Perlu ke aku sambung kerja ni waktu cuti memandangkan kepala otak ni dah mandom. Tepu. Malas. Sejuk. ?

Hah?

Gila apa, cuti adalah bz.

sheeess

dot dot dot





satu, dua, tiga

27 11 2008

dsc_0027

selalu gambar begini yang akan dilukiskan bila waktu pendidikan seni.

dot dot dot

Aku terlepas satu event tapi muncul satu event lain.

SATU

Terpaksa tolak ‘undangan’ menjadi ‘fotografer pelatih untuk diri sendiri’ di Senawang hujung minggu ini. Terpaksa tolak makan free, model free, tol dan duit minyak free, layanan super VIP (wekk). Portfolio tak bertambah. Dia pasti merajuk. Jangan risau, ambil nombor DUA. Tunggu adik kamu yang lain.

DUA

Ada kenduri di rumah aku di Kajang hujung minggu ini. Organise oleh Ucu. Anaknya nak berkhatan. Perlukan ruang yang luas untuk berkumpul sanak saudara. Tak luas mana pun. Juga untuk memberi pengalaman kepada anaknya berkhatan cara tradisional, dengan tok mudim. Dan ini peluang untuk aku juga. Dan untuk dia.

TIGA

Tak ada apa-apa. Saja





dulu aku tak macam ni rasanya

26 11 2008

dsc_0444

orang kata dia mendahului umurnya. Bercakap seperti berumur 7 tahun ke atas. Berborak dengan orang yang lebih ‘tua’ dengan sangat konfiden dan difahami kedua-dua belah pihak.

Kadangkala tahap mengada-ngadanya melampau.

“dah lama kamu tak ceritakan perihal Ara dan Faris”





Bilik Ara yang ayah kalerkan pink ek

24 11 2008

berdasarkan entri sebelum ini. Dan ini

dsc_0468dsc_0449dsc_0448dsc_0457dsc_0470

berapa kos consulting Eric Leong? Eh tak boleh, fund aku dah habis. Aku decorate sendiri la.





penegasan

21 11 2008

Kelas Pendidikan Seni, Tingkatan Dua (ke Tiga?) .

Silibus : Penegasan.

Tajuk kita hari ni penegasan. Pernah tengok tak gambar atau lukisan yang membuatkan mata kita tertumpu terus pada satu kawasan dalam gambar atau lukisan tu. Itu lah penegasan. Kadangkala penggunaan warna, kadangkala penggunaan imej pada lukisan dan gambar. ” Cikgu Yusuf Sipir.

err tak faham la cikgu” kawan yang angkat tangan.

Macam mana nak memudahkan pemahaman kamu semua ya. Ok macam ni, saya ada satu cerita.

Ada seorang budak laki ni, sakit perut. Tak tahan nak buang air. Qada’ hajat. Dah tak tertahan sangat rasa. Tandas yang terdekat, ada di sebalik blok bangunan kelas dia. Tandas untuk pelajar. Dengan tahap laju, dia berjalan, sebab kalau lari kang, takut ter’ek ek’ kat situ pulak. Dia sampai di tandas lelaki. Kunci. Dia dah menyumpah.

Dia dah takde pilihan lain. Tandas pelajar perempuan. Dia nekad. Masuk dalam, ada dua pintu tandas. Satu tertutup rapat, ada orang barangkali. Satu lagi pintu, terbuka sedikit, mungkin penyelaknya rosak. Dalam hati lelaki ini, ini saja peluang yang ada.

Dia tolak pintu tandas tu, dan… ada orang dalam tu.

Agak-agak kamu, apa yang budak lelaki ni nampak dulu?

(10 saat)

Haa itu lah penegasan.

Boleh faham? “cikgu.

oooo.. faham cikgu” kami.

jap-jap, abis tu, dia tak jadi qada’ hajat la cikgu?

dot dot dot

same goes to photography

dsc_0382





tenang?

20 11 2008

dsc_0728

sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah

dot dot dot

Buka. Tutup. Pangkah. Klik.

Mana satu idaman hati.

dsc_0411dsc_0430dsc_0429dsc_0408

dot dot dot

dsc_0421





hey! bob!

18 11 2008

dsc_0487

antara kebaikan yang diberi dan balasan yang diterima.

“Apa kau ingat diorang dah tua, tak banyak tanya, kau boleh kotak katikkan?

“Korang untung juta-juta, kitorang yang susah”

Apa kes brader. Aku nak jumpa.

dot dot dot

Aku agak tensen hari tu. Mak cerita masalah yang ada. Aku, abah, mak. Abah diam. Mak yang banyak bersuara. Aku, dahi berkerut.

Ini semua hal kontraktor macam s***. Tak pandai nak balas budi baik orang lain.

“Kalau kitorang takde, ingat kamu boleh siapkan ke projek ‘mega’ hampeh tu?”

Aku banyak menyumpah dalam nada terkawal.

“Mak, biar orang ngan along pegi jumpa dia la”





oblik kavilier

17 11 2008

“Oblik tu ape?”

“Lukisan yang teknikal, ada 2 jenis oblik kalau tak silap. Masa sekolah dulu kan belajar”

Semalam aku sketchkan satu lukisan oblik interior design secara tak bersesiku T dan berjangka lukis. Free hand. Satu plasma tv 42″ lekat di dinding, kabinet moden style di bawah, dari hujung penjuru dinding santak ke hujung lagi satu. Di tengah-tengahnya ada kabinet glass untuk simpan dvd player / astro decoder. Lantai berkayukan ‘burmese oak’ laminated flooring. Pencahayaan, guna warm light. Di kiri kanan plasma tv ada wall decor dari kayu jati. Ada cahaya suram keluar dari belakang kayu jati. Cahaya yang sangat aku suka. Mood, rileks.

Terzahir ke?

“hmmm riban-riban tak lari ni”

mimpi kena ada beb.

Hajat dihati dulu nak ambil course architechture, hampes.
dsc_0552





berputar-putar

14 11 2008

dsc_0015

sepanjang minggu ini, seperti juga minggu yang lain, extra sibuknya. Inilah akibat overload kerja. Terkejar-kejar. Mana yang perlu diselesaikan dulu etc. Minggu ni ke Plaza Sentral, minggu depan ke KL Tower pula. Oh ya, ke restoran berputar Sri Angkasa itu sekali. Mungkin. Tapi bukan untuk bersenang lenang berputar melihat panorama KL, otak yang perlu berputar menyelesaikan projek.

Ya, pelancaran website baru Menara KL akan dibuat pada 19 Disember. Fasa online booking untuk tiket dan restoran sepatutnya sudah bermula. Dua sistem dalam satu bulan? Nasib baik hanya sistem yang simple.  Untuk projek ini, aku lah project manager, dan aku jugalah programmer. Stress? ya. Saiko? padan muka.

dot dot dot

untuk menghilangkan segala stress yang ada, mari bermain ping-pong.