kepastian

31 12 2008

Aku perlukan kepastian. Itu sahaja.

Memburukkan orang lain di belakang, tatkala err tak tahu untuk di ‘describe’, bagi aku adalah sesuatu tindakan escapism yang agak melampau.  Samada itu escapism yang bagus, atau kamu betul-betul suka dan layan dia seperti itu, kamu sendiri yang tahu.

Bagi aku, life goes on. Aku tak mahu prejudis. Serkap jarang. Membuta tuli.

dsc_0403

Aku perlukan kepastian. Itu sahaja.

dot dot dot

Tak perlu sambut tahun baru, kerana hari-harinya, pengisian hari-hari seterusnya tetap sama. Azam yang ada, bukan sekadar awal tahun, bahkan sepatutnya setiap hari.





matlamat aku = matlamat kamu

30 12 2008

Aku dan kamu berbicara hal yang sama.

Kamu, menyusun kata – kata tersirat. Ya dan mungkin.

Terima kasih kerana berkongsi rasa.

dot dot dot

Aku ingin berkongsi tentang nostalgia di kampung. Gambar yang diambil minggu lepas mengingatkan aku pada cerita-cerita zaman kanak-kanak.

erm esok saja.

dsc_0270

dot dot dot

Matlamat hari ini tercapai. Otak mencair. Memudahkan aku menebarkan cairannya mencari jawapan.





hah, 1.30 pagi

25 12 2008

Tuhan, peliharakan dirinya.

Aku. Hanya itu yang mampu. Sayang kamu.

Aku. Err kamu sendiri tahu.

dsc_0732

Aku ambil yang icing, kamu ambil yang merah. Ya? Snowman? biar rintik-rintik salji itu turun untuk dia bermain.

dot dot dot

Kala waktu berdetik, si Santa (sama nama macam jiran sebelah rumah kakak) sedang sibuk memberikan hadiah-hadiah letak di stokin yang entah berbasuh atau tidak. Hah, letak lah sangat.

Setiap tahun kamu tak kurus-kurus. Gendut.

dot dot dot

Pagi ini, aku berteman baru. Nasib baik ada burung kenari. Putih lagi.

Petang, berteman lama. Gagak. Hitam. Err gagak? Berteman burung bayan.

(kamon gagak, penyerap hentak kamu akan aku tukar. Moga Santa tidak menidurkan tauke cina itu)





shot

23 12 2008

p1010009
shot by Ara, 2 setengah tahun. Not bad bukan?

p1010013
another shot by her. Panasonic Lumix point and shoot camera.

dot dot dot

dsc_0701

perbincangan minum pagi dengan fotografer ofis, presiden kelab, designer memungkinkan sesuatu yang selama ni dah lama aku idamkan akan tercapai. Mungkin tahun depan.

“Buat apa nak panggil diorang sedangkan kita setara. Budak – budak bawah dia pun ada yang aku ajar. Kita buat internal dulu” bukan aku.

“Aku setuju man, kalau dengan budak-budak ofis, takde la malu-malu sangat”

yesza.





baca buku?

20 12 2008

* sudah beberapa kali aku delete ayat-ayat yang sudah aku taip untuk pembuka entri ini. Tiada yang menyenangkan.

Aku letakkan buku “Cerita-cerita Motivasi untuk Jiwa – Edisi Kedua” atas meja. Seorang teman pejabat yang lalu sebelah meja, menegur

“cey, sejak bila pulak baca buku-buku ni?”

“eh, dah lama dah”

“kenapa? jiwa kacau?”

*gelak. Aku juga

“takda la, bagus buku ni, cerita-cerita nasihat. Bagus jugak untuk perempuan mengandung macam awak”

dot dot dot

“setiap pagi?”

persoalan dia yang tidak/kurang percaya aku membaca buku. Lebih-lebih lagi, bukan buku teknikal.

“ya, setiap pagi. Sebelum memulakan apa-apa kerja. Sementara tunggu lap top saya tersedia. Kenapa? tak percaya?”

“ya, sikit”

“well, believe it” *senyum

dikalangan orang-orang teknikal yang sibuk dengan kerja-kerja memerah otak, mengolah kod-kod menjadi satu sistem yang berguna, jangan kata mereka tidak/kurang suka membaca. Ya, diakui, di pejabat ini, yang berjawatan sama, tiada yang membaca buku bukan teknikal selain aku. Buku teknikal pun kami tidak ada. Kan internet ada semua.

dsc_0707
better





little tree

18 12 2008

dah lama aku cari benda ni.

Kawan aku di Subang Jaya dah perkenalkan. In fact, dia bekerja di syarikat yang mengimport dan mengedarkan benda ni dari Amerika. Amerika? Ya. Malam tadi, atas urusan lain, aku head sebentar melawat pejabat dia di Subang Jaya.

Salam aku disambut dengan sekeping little tree ‘Black Ice’. Percuma. Top produk katanya. Menolak pintu kaca ofisnya, semerbak bau-bauan menerjah hidung. Sangat mendamaikan.

dsc_0704
better.

Pagi tadi, kereta aku berbau maskulin. Free punya maskulin.

Mungkin aku boleh hadiahkan untuk kamu dan kamu, juga kamu, bauan yang lain. Vanilaroma? Boleh? Berbau vanilla segenap ruang kereta kamu-kamu nanti.

dot dot dot

jangan kamu risaukan hal orang lain. Jaga hal kamu saja. Tak perlu kamu bersungguh-sungguh nak tau hal-hal yang tak patut kamu tau. Dan jangan peningkan orang yang kamu tanya.

Kenapa? tak puas hati?





eh, awak baca ya?

17 12 2008

terima kasih cik kerana sudi berkongsi link-link ini. Benar-benar melupakan sementara ’stres’ yang dicipta oleh orang lain.

Mari membaling kasut kepada Bush!

http://blog.zanorg.com/index.php?perm=370

http://flash.vg.no/grafikk/2008/bush/kast_sko.html

http://www.ridiculopathy.com/crappy_flash_games.php?gamename=bushoes

dot dot dot

hujung tahun, bertimpa-timpa event yang perlu diikuti. Kamu juga begitu kan?

Kamu yang dah bercuti, selamat kembali bertugas, kini giliran aku pulak. Hala ke selatan, naik atas balik, sebelum itu singgah ke batu pahat. Ambil buah mentega. Ada dalam bakul berenda. Err?

Dah lama aku tak ke selatan selepas kali terakhir waktu konvo bersama si dia. Selepas itu, nil.

Pasti menarik.

Boleh mandi swimming pool tanpa perlu memakai tudung. Err?

dot dot dot

Alamak cik, kenapa tak beritahu awal-awal?

Jangan risau, 4hb aku boleh. Dan jangan risau juga, khidmat aku percuma. Cuma.

dsc_0240

fly baby, fly.





nostalgia soljah

16 12 2008

Selamat pagi jejaka. Semoga matahari menyinari awak.

Selamat pagi gadis, saya perlukan awan sikit.

Awan dari pagi semalam berdemonstrasi di halaman rumah saya. Dan dalam rumah sekali. Hati sekali. semua-semua.

Sebab itu saya minta awan tu datang ke sini. Jangan ganggu awak. Dia kata boleh.

Tapi satu sahaja yang kata boleh. Dan kalau awak nak tahu di tangan mereka ada senjata yang bila-bila masa sahaja akan dihala tepat ke hati dan jantung saya.

Yang satu ni ketua dia. Dia akan pengaruh kawan-kawannya yang lain. Mungkin ada yang degil. Tapi saya minta bantuan angin sekali.

Awak ada lepaskan anak matahari ke sini ke? Bibir yang basah ini telah kering dan mula menguntum bunga-bunga senyum. Mata yang banjir juga telah mula surut bah nya.

ya, anak matahari tu tak mahu ke sekolah. Saya minta dia buat kerja yang bermanfaat sikit untuk awak.

Sangat comel. Terbakarkah saya jika ingin memeluknya dan memberi ciuman kecil padanya?

Saya minta dia bawa gambar saya sekali. Berikan pada gadis yang manis itu. Saya pesan dengan dia, “kalau gadis itu ingin memeluk dan menciummu, minta dia tampalkan gambar ini dimukamu sekali.

Hampes

Anak matahari dikawal suhunya. Pasti tidak terbakar kalau didekati.

Tapi baju yang saya pakai mula mencair. luruh dari tubuh. saya kesejukan. Dan anak matahari mula membeku.

Saya akan marah nanti dengan anak matahari. kenapa dia set semula suhunya jadi tinggi. Dan kenapa bakar gadis yang comel itu.

kenapa tidak awak sahaja yang datang?

Jangan sedih. Saya cari jalan nanti.

Anak matahari pula kebasahan. saya perlu memeluk dia, letak di dada. Sebelum tu topeng mukanya saya simpan bawah bantal.

dot dot dot

dsc_0687

hensap, kamu sudah dikepung.





Syukur yang banyak. Marah, sebentar

15 12 2008

*sendawa perasa double cheeseburger

Alhamdulillah.

- syukur pada penangguhan website launching. Err yang penting semuanya telah siap. Kalau mereka mahu launch minggu ini juga tiada masalah.

- syukur pada rumah. Yang mmm boleh duduk kalau mahu. Hah, perihal api dan air. Teringat aku bila sound brader yang untung juta-juta, menyusahkan kami tempohari. Waktu hari raya korban.

dot dot dot

PLOP! Malaysia sedang ketinggalan waktu tu.

‘Api’ terpadam. Aku call mak yang balik ke kampung menghantar daging pada saudara mara. Suis mana yang perlu di’mati’kan sebab keadaan yang berselirat. Wayar itu dan ini.  Tidak boleh juga setelah diusahakan itu dan ini.

bang, rumah kami tiada apinya” mamat indon

hah, korang ingat rumah korang je? umah kami pun sama. Pasal korang semua ni lah ni” Suara kuat dalam gelap.

setelah apa yang diusiknya, api hidup di dalam bilik saja. Ruang tamu dan dapur bergelap.

rumah kami sudah ok” mamat indon bernada gembira.

wo, ni apa kes rumah korang ok, rumah kami macam ni. Saya kena tutup balik aa macam ni selagi tak setel” Angin.

Nanti kami panggil kami punya bos, abang bincang macam mana” mamat indon.

Bring it on!” dalam hati.

dot dot dot

Aku bukan jenis pemarah. Malam itu, nadanya lain. Maaf brader, kamu telah menyusahkan kami sekeluarga. Aku tak perlu minta maaf pada kamu walaupun aku boleh kamu panggil pakcik atau abang. Aku panggil ‘u’ saja. Panas.

Garang betul

Kenapa? terkejut?

dsc_0597

dot dot dot

syukur kerana kamu selamat.  kadangkala pemandu wanita nampak careless, tapi kes ini bukan salah kamu.

Moga cepat sembuh.

dsc_0683






kenapa suara dia best?

13 12 2008

Peneman kala sunyi waktu drive di lebuhraya, ke tempat kerja, ke ofis dia. Mostly waktu seorang diri:

Album Manifestasi Akustika, M. Nasir 1995

Lagu-lagunya mendamaikan. Syahdu. Tenang. Kadangkala rancak.

“saya suka suara padu M.Nasir”

“sebab dia sendiri yang cipta kan? feel nya lain”

“yup”

dot dot dot

terdengar
titisan hujan menusuk
pedih di kalbuku
berdebar jantungku
diriku lemas, dalam tangisan
ku sendiri

masa dulu
pernah aku merasa
bila kau ku perlukan
kau pasti ku temu
tapi kini kau
hanya diam kaku
membisu

rindu
hatiku rindu
pada kegemilangan
cinta bawah pohon cemara
jemu
jemu
menantikan suria

Oh dengarkanlah lagu cinta lama
ku tenggelam
dalam pelukan
rindu

M.Nasir – Rindu. Manifestasi Akustika

dsc_0685

dot dot dot

“kamu dengar lagu-lagu macam ni?”

“yup. Semua jenis. Dulu zaman sekolah, tak lelaki la kalau tak dengar Metallica, Iron Maiden, yang bingit-bingit. Sekarang pun saya masih dengar Cromok. Kenal?”

“hah, jangan pandang saya takde mata”