ada apa dengan penang

26 02 2009

dulu.

waktu bersekolah menengah di Kedah.
Bila waktu cuti penggal, budak-budak yang berasal dari selatan dan tengah (KL, Selangor), emm perak juga, akan diberikan waran tiket keretapi. Keretapi Tanah Melayu. Kelas ekonomi. Bertolak dari sekolah dengan bas sewa khas ke Butterworth, port untuk menaiki tren ke selatan.

Selalunya, tren kami akan bertolak waktu malam dan kami sampai di Butterworth waktu petang. Jadi, untuk mengisi masa lapang, dan bergaya seperti ‘abang-abang’, kami tukar baju outing kepada baju yang lebih rock. Mana yang hisap rokok, akan keluarkan rokok, tukar pakai seluar jeans, baju nirvana. Tempat tujuan, pulau. Pulau Pinang. Naik feri. 30 sen sehala.

sempat juga dalam masa terhad yang ada untuk ronda-ronda di padang kota, makan-makan. Mereka yang bercinta (waktu sekolah), waktu beginilah berjalan bersama, tanpa warden yang menegur.

sebagai anak yang baik, ole-ole untuk keluarga tak dilupa. Jeruk buah pala 3, 4 peket.

dot dot dot.

keretapi sudah membunyikan siren, tanda akan bergerak dalam masa kurang 10 saat. Masing-masing bersandar kepenatan di kerusi masing-masing.

wei, KN dengan fitri mana?” kawan di sebelah berteriak.

kami keluarkan kepala dari tingkap tren, melihat dua orang budak rock melambai-lambai, berlari dengan kudrat yang tinggal, sayup-sayup terdengar suara mereka.

tungguuuuuu





kerja itu

25 02 2009

“kalau itu yang terbaik, try je la, untuk masa depan awak” dia.

dilema.

dot dot dot

dah lama aku tak masuk interview. Kali terakhir, masa apply kerja di sini bulan 7 2008.

Ada 6 orang kesemuanya. Calon-calon untuk jawatan itu. Aku excuse pada HR, bagi ayat tipu. Sementara. Terpaksa.

Isi borang, jawab soalan subjektif berkenaan kerja itu (perah otak juga), dan dipanggil masuk ke bilik temuduga. Semuanya muda-muda. 3 orang penemuduga. Ada Al-Quran atas meja, depan aku.

“boleh baca Al-Quran?” ketua penemuduga, duduk di tengah-tengah.

“ya, boleh” aku.

“baca pada surah yang ditandakan” sambung dia.

selesai bacaan 4 ayat, sesi temuduga diteruskan. Tiada masalah.

hal-hal biasa bila ditemuduga. Dikalangan 4 orang calon lelaki, aku seorang yang tidak mengenakan tali leher. Bagi aku, berkemeja ini saja sudah cukup kemas. Kalau ditanya mengapa tidak memakai tali leher, aku sudah sediakan jawapannya. Tiada soalan berkenaan itu.

dari shah alam, ke sabah, ke bukit jalil, semua perjalanan karier (ergh karier? sangat poyo), aku ceritakan.

melihat kepada pengalaman dan skill yang awak ada, kami akan nilai dan mungkin kami akan panggil semula untuk second interview kalau perlu.” ketua interview itu.

ya, terima kasih tuan” setelah lebih kurang setengah jam berkurung di bilik itu.

kebetulan, aku berjumpa kembali dengan sahabat lama, yang sangat lama aku tak jumpa. Juga sebagai calon. Lelaki. Duduk disebelah aku waktu bersekolah agama darjah 3. Dan selepas itu, hilang.

Bercerita tentang hal-hal dulu dan kini, aku ambil keputusan, beransur gerak. Jam ditangan, 11 pagi.

dot dot dot.

saya baru habis diinterview” aku.

hope ok” dia.

macam ada harapan :) ” aku.

dot dot dot

“aku baru habis di’basuh’ oleh bos, dan ada rasa sejuk sikit. Mungkin aku akan stay” bos kecil aku.

“ada apa-apa improvement pada kontrak kau ke?” aku ingin tahu.

“ada sikit la. Don’t worry li, aku cakap kat bos, kalau dia nak aku stay kat sini, aku akan minta gaji kau dinaikkan, kalau tak, aku blah” bos kecil aku ini, yang 50-50 ingin mencari persekitaran baru, akibat daripada ermm politik pejabat.

dia tahu aku pergi interview, kerana aku sms dia pagi-pagi lagi. Dia risau kalau aku keluar dari syarikat ini. Bukan kerana aku hebat, tapi bebanan kerja yang akan dia pikul. Ada 2 orang developer yang sah akan berhenti, menjadikan kami 3 orang sahaja developer yang tinggal. Beban? Stress? itu, sudah tentu, kamu fikir lah sendiri.

Jadi, macam mana? kalau dapat kerja yang baru ini?

img_9561

redah sajalah.





mengenainya

24 02 2009

Gambar-gambar itu dieditnya satu persatu.

Ada cerita tentang mereka disebalik lukisan cahaya itu.

dot dot dot

ini adalah catatan perjalanan 21 Februari ke Bukit Broga, Semenyih.

Kaki masih berbekas lenguhnya. Ditambah dengan luka di tapak kaki terkena batu di dasar sungai Tekala yang sejuk. Aksi terjunan dan lompatan tidak terakam. Kamera di tangan orang lain, yang sibuk merakam gelagat kawan-kawan yang lain.

Perjalanan yang sepatutnya bermula jam 5.30 pagi, berkumpul di pejabat, menganjak ke 6.15 pagi dek kerana ada kawan-kawan yang err terlambat bangun? menendang pintu bilik yang terkunci dari dalam? dan err macam-macam alasan lagi. Aku bertolak dulu satu kereta, berjanji untuk berjumpa di Petronas Semenyih.

Selesai solat subuh di stesen minyak Petronas, van dan kereta yang ketinggalan, telah sampai dan perjalanan diteruskan ke tempat dituju. Matahari mula terbit.

Bukan kami sahaja yang ada di sana. Sampai di puncak yang errmm tidaklah setinggi mana, tapi pemandangannya cukup memukau.

kalaulah awak ada di sini, matahari akan cemburu

biarkan pemandangan ini meredupkan suasana di sini. dan di sana.

dsc_0004dsc_0012dsc_0028dsc_0158

lagi di sini

dot dot dot

karma.

yin dan yang.

penyatuan dan kesepakatan yang wajib ada. Buruk dan baik.

“bukan kamu seorang yang merasakan itu dan ini”

tiada sesiapa pun yang sempurna. Baik sentiasa.
.
.
.
.

tapi janganlah disalahertikan niat suci itu. Tiada yang menyimpang. Percayalah.

jaga diri





owh, macam itu…

20 02 2009

keterujaan berbincang tentang gambar dan teknik. Hilang satu jam setengah di depan laptop. Pembangunan sistem sengaja ‘ditangguhkan’ sekejap. Ermm ini hal kerja juga :)

owh, macam tu

haa, macam ni la yang aku nak

ni aperture 16 ek?, patut la detail

peh, gambar bunga api ni saiko, gila cun. Kau touch up sikit-sikit ek?

ada banyak lagi. Sediakan 4 kad 2GB, sebab semuanya akan penuh.

Itu piawai fotografer itu. Kerana passionate kepada fotografi.

dsc_0088

dot dot dot

dapat job, jangan lupa panggil aku. Saja. Belajar.

komuniti : snapper . kata dia lah





sunyi

18 02 2009

sunyi itu membunuh.

steps

kat mana?

ok ke?

doa.

dot dot dot

Dulu.

Kami famili sederhana. Abah hanya ada basikal. Motor, ermm oleh sebab abah ada nostalgia pahit dengan motor, dia tidak mahu menunggang motor terus. Motor seakan fobia bagi dia.

dari kuarters tempat kami tinggal, ke tempat kerja abah lebih kurang 15 minit. Itu, berbasikal.

Tengahari itu, abah tak balik makan tengahari macam biasa. Mak risau. Telefon bimbit waktu itu memang belum ada. Balik sekolah pagi, aku tak endah sama ada abah ada atau tak, sebab kena bergegas tukar baju, makan dan ke sekolah agama, dan selalunya abah ke masjid dulu. Memang jarang duduk makan sekali.

Petang itu, abah balik dengan mata merah. Lain benar. Badannya lemah.

kena tahan kat wad” abah beritahu.

sakit apa?” mak bertanya. Sangat risau.

suspek kencing manis, pitam kat pejabat tadi” sambil mengemas-ngemas bajunya sendiri. Abah minta kebenaran daripada pihak hospital untuk pulang sebentar, untuk beritahu mak dan anak-anak dan bawa kelengkapan secukupnya waktu di wad nanti.

boleh kayuh ke pergi hospital ni?” aku masih ingat babak-babak ini. Mak bertanya.

terpaksa” abah beritahu.

Ada banyak kesedihan di situ. Tak banyak yang dapat aku tolong. Waktu itu.
.
.
Bila orang yang kamu sayang, ditimpa musibah-musibah sebegini, hati rasa lain, badan menggeletar. Lain benar.





open!

17 02 2009

peluh menitik.

penat.

panas, kadang kala sejuk.

pelik.

pengarahan.

.
.
.
.
ping-pong ni benar-benar mengasyikkan. Shuffle sekali kawan. Terbahak-bahak ketawa. Ramai-ramai.





jangan dikejar matahari yang pelik

16 02 2009

pic1

masing-masing mencari matahari.

ini masterpiece saya” pemandangan matahari waktu itu sangat cantik. Rugi kalau tak dirakamkan. Dan berjaya.

eh cepat-cepat” sebelum matahari terbenam.

haa, tak dapat-tak dapat” waktu menyusur jalan bertukar pemandu, matahari menyelinap di balik pokok. Gambar bergegar. Berat dan susah.

dot dot dot

sekarang ini, tahap jerebu di KL dan err juga semenanjung rasanya, sangat mmm tak bagus. Jalan waktu pagi, memutih saja. Pokok yang sepatutnya berwarna hijau, jadi kelabu hijau. Sudah tidak menarik. Pemandangan yang sepatutnya ‘lawa’, jadi suram. Dull.

dsc_0074

dot dot dot

Aku pernah terbaca yang di muka kita ini ada beratus otot-otot. Dan bermakna, kita boleh buat bermacam-macam jenis memek muka.

Oh ya, memang ada banyak. Lupa. Dalam seminar itu dulu, memang brader itu (Allan Pease) ada beritahu.

Setakat memek muka satu ekspresi kita selalu buat. Contoh, muka marah, muka gembira, sedih dan sebagainya.

Kalau ekspresi muka ‘pelik tapi menarik’ macam mana?

.

eh eh, bukan macam tu la.

dsc_0150





empat

12 02 2009

dsc_0069

Encik Kamie menepuk-nepuk bahu aku selepas usai meeting semalam di salah sebuah pejabat agensi pelancongan.

so macam mana? you boleh handle kan? sebab you pernah buat benda yang sama. You saved me a lot when you finished SMAS. They keep calling me, you know” Encik Kamie, Technical Director Abacus.

saya buat mana yang termampu” Habis lengan-lengan aku, bahu dipicit-picit.

Makan lebih sikit la… err Rohizam (CEO), you ragging dia ke? habis susut. Itu hari aku rasa berisi lagi, ni buat flight punya sistem, terus macam ni” Kami ketawa. Cis, sempat mengenakan aku.

ya, satu lagi sistem flight akan dibina. Untuk low cost carrier.

dot dot dot

Banyak projek masuk ni. Ada 4 sistem. Serentak, boleh?” Bos.

eh gila ko, kalau empat-empat tu guna benda yang sama, tweak sana sini sikit, ok la. Ini completely lain” Aku.

ya, aku dan bos, ber’aku’ ‘ko’. Sebab rakan sekelas dan rakan sebilik waktu di universiti dulu.

tak kisah la, as long as boleh siap dalam sebulan” Bos.

what?” Aku.





sistem haih sistem

10 02 2009

dum! penumbuk ke meja. Tak sakit, cuba orang sebelah terkejut. Di kubikel sana, terdengar suara ‘Yes’.

Maknanya, dua orang telah berjaya menyelesaikan masalah-masalah mereka, pengaturcaraan atau apa saja.

Esok hanya ‘touch up’, membuat penyudah yang tiada komen dan mengurangkan bebanan otak.

“mahu raikan?”

“tak perlu la”

dot dot dot

dsc_0743

“berapa bajet kementerian?” aku bertanya

“bawah 50K” kata seorang pegawai ‘kecil’ di Kementerian Pelajaran.

“tapi sekali dengan scanner ok?” sambungnya lagi.

“wo, scanner, untuk dibuat OCR/pdf pada sistem?” aku mengagak, dan agakkan aku memang tepat.

“kalau sistem dan scanner, 50K macam kecil, sebab di kementerian lain, hari tu, 70K” beritahu aku, konon-konon untuk ‘up’ harga.

“demo dulu la” pegawai itu mengesyorkan.

Aku. Mau buat? Dapat 45K pun menarik juga kan?

*Berangan





yee yiaks eww (untuk isi ikan sahaja)

9 02 2009

kesepakatan bersama.

mengangkat semakin tinggi, maknanya akan lebih ‘ong’ sepanjang tahun. Usaha lebih. Jangan duduk diam saja.

ini adalah majlis sempena Tahun Baru Cina di pejabat, yang sepatutnya semua berbaju merah, mengikut ‘dress code’, tapi, warna apa-apa pun ong juga. Bagi aku. (sebab pakai baju warna belang hijau, biru, warna kegemaran kami)

dsc_00161

abaikan warna kulit. Kita majmuk bukan?

dsc_0032

yee sang, di dalamnya ada pelbagai rasa. Halal? ya, sebab dikotaknya ada logo halal JAKIM. Isi ikan itu adalah mentah, yiakks, tapi otey, bak kata dia.

dot dot dot

su, borang cuti ada?