anekdots

30 03 2009

3

anekdot 1

hidup ini dipacu oleh nilai-nilai yang kamu bina. Yang kamu hirarkikan mengikut kesesuaian dan keupayaan kamu sendiri.

Nilai mana yang kamu pegang sebagai yang utama? Kesihatan? Ini patut yang utama. Kerana tanpa kesihatan, apa juga nilai dan keseronokan yang kamu impikan, yang kamu bina, yang kamu pegang tidak akan bermakna. Setuju dengan nilai utama ini?

Dalam seminar itu, senaraikan dan susunkan nilai-nilai kamu mengikut turutan yang kamu sendiri mahu. Sebanyak mana nilai yang kamu mahu. Kesihatan, kekayaan, rajin, tolak ansur, jujur et cetera, sebagai contoh.  Peganglah nilai-nilai ini setiap masa.

Apa matlamat hidup kamu?

Ingin berjaya dalam hidup? Sangat lemah penyataan ini. Tiada apa yang drive kamu untuk kejayaan yang kamu nyatakan itu. Tiada apa yang membuatkan kamu teruja bila bangun waktu pagi dan berkata pada diri “saya ingin berjaya hari ini”.

Garis masanya di mana?

Apa yang akan kamu lakukan untuk mencapai matlamat kamu itu?

Kerana itu, setiap pagi kamu akan mengeluh pada diri sendiri dan orang sekeliling. Kerana matlamat kamu tidak jelas. Otak kamu tidak sebijak itu untuk mengatur semuanya untuk kamu. Kamu perlu ajar dia.

Sekadar berkongsi maklumat di hari seminar yang lepas.

Setiap pagi. Tidak kira masa. Otak bertugas bertanyakan aku matlamat hari itu. Ada kalanya aku catat, ada kalanya aku storkan dalam ruangan neuron, yang mana ia selalu hilang. Tidak berlaku jika kamu catat.

anekdot 2

Along membuka balutan hadiah yang baru diterimanya pagi tadi. Kami ternanti-nanti apakah kandungannya. Ini hadiah daripada kakak angkatnya.

Kaset. Wings. Bazooka Penaka.

Pada helaian liriknya, ada tanda ‘*’ pada lagu itu. Bernafas Dalam Lumpur. Liriknya Along baca.

Lama mana lagi
Hendak ku turutkan
Kata telunjuk yang menuding kepalaku
Sabar apa lagi
Hendak ku turutkan
Hingga aku bernafas bagai dalam lumpur
Kasihan…

Wajah kita sama
Beza pada gaya
Itu pilihan masing-masing yang empunya
Mungkin pada usia
Rasa yang berbeza
Yang penting kita saling hormat menghormati
Panduan…

Kita tak dapat bersama
Namun kita juga manusia
Kita punya rasa cinta
Masing-masing punya harga

Mahu apa lagi
Akan aku korbankan
Selagi ada hayatku di kandung badan
Oh terima kasih
Kerana balasan
Semoga sejahteralah hidup semua
Oh kawan

Seakan trigger aku sesuatu bila dengar lagu ini pagi tadi.

Lagu ini untuk kamu. alilaz

titik_merah





kamera. pemilihan.

27 03 2009

meracun kawan yang ingin memiliki kamera SLR sendiri membuat kami kadangkala terbahak-bahak. Kawan yang satu ini sedikit lurus. Bendul. Sikit saja. Jadi, apa yang kamu kata, ada waktunya dia mengikut saja. Bab kamera, kamu kata harganya begitu begini, dia sudah mula risau.

Jangan risau kawan, duit bonus kamu kan ada. Mari, kita pergi beli.

Kamu sudah lihat hasil SLR itu dan ini bukan?

Belajar.

Pemilihan kamera?  Yang mana?

dot dot dot

dsc_0164

bila mahu datang sini bah, kami sampai hari Isnin depan” driver datuk yang mesra dengan aku. Pertama kali ke Kuala Lumpur dari Sabah.

aku try hujung minggu ni, lagi pun tengah banyak kerja bah” saja berbahasa Sabah. Tak pandai.

Ingat lagi tak kawan-kawan lama. Kami stay di hotel Legend. Mari la melawat he he” sms. Nor. Setiausaha kerja wanita UMNO Sabah.

ha ha. Tengok lah nanti. Kirim salam semua” Aku. Balas.

Zakiah (setiausaha puteri UMNO Sabah), aku terperasan nama kamu diucapkan oleh pengerusi majlis itu waktu mengumumkan senarai pemenang pemilihan Puteri UMNO hari itu. Berani juga kamu bertanding. Sebagai Timbalan Pengerusi Tetap? atau Pengerusi Tetap? Hebat.

Kalah. Tak mengapa. Cuba lagi 3 tahun depan.

Jamawi dan Datuk-datuk dari Sabah yang menang pemilihan itu, tahniah diucapkan. Jangan lupa bekerja keras.

Ada masa, nanti kita ketemu.

Kamu bukan kenal aku pun (ha ha). Kecuali yang kerja sebumbung. Dulu. Pentadbiran UMNO Sabah.





@sarawak

25 03 2009

flight

welcome to Sarawak, three of you right?” pemandu Sarawak Tourism Board yang menjemput kami di lapangan terbang. Ramah.

Reminds me pada lapangan terbang Kota Kinabalu. Nostalgia. Udara yang lain, pemandangan yang lain. Yang dah lama aku tinggalkan.

takde apa. mahu berbual mungkin. saya baru sampai” Aku. Dia

*tiada balasan. Noted.

mesyuarat dan sesi latihan itu berjalan lancar. Kalau aku tidak ikut serta pun tak mengapa. Nothing much yang aku buat. Hanya ambil nota dan angguk-angguk kepala. Yang lain, rakan yang dua orang itu menjawab semuanya. Bahagian teknikal nil.

Tapi sebelum itu, hampir-hampir mencemaskan oleh sebab satu fail yang aku edit dan hantar semula ke server, corrupted. Good enough, rakan lain di pejabat dapat membantu. Selamat di situ.

dot dot dot

hotel ini sangat baru. Opened 1st March. Baru 25 hari kami business” bell boy itu.

owh, no wonder ada bau-bau cat, cermin tingkap still blurry” kawan 1

four_points

walau sejauh mana pun aku pergi, hati itu tetap satu pada kamu. Really mean it.

Waktu tentukan.

dsc_00781

dem. Charger HP lupa bawa.

:bilik 452
:1021pm





menjeruk kasih

24 03 2009

dsc_0124

Pokok cermai di sebelah rumah selalu gugur daunnya. Penat mak menyapu pagi petang. Daun keringnya menyesakkan pemandangan. Di bawah pohon itu juga, kami beramai – ramai menyebak daun, membuat bulatan di tanah, bermain gasing.

Buahnya juga memberikan kami rezeki. Aku selalu memanjat pohon ini, berbekalkan sebekas tapisan kosong dari dapur mak, memetik, kadangkalanya menggoncang-goncangkan dahan, mengambil buahnya. Mana yang sudah masak, boleh terus dimakan di atas pokok. Manis. Manis buah.

Mak suka buat jeruk. Jeruk cermai.

Jeruk ini ada waktunya, aku bawa berjualan di sekolah agama. Upahnya menjadi tabungan harian. Rezeki itu ada di mana-mana. Ustazah dan ustaz juga ada memesan.

Sampai waktu, bila pohon itu sudah tua, abah mengambil kapak, mula menebang. Buahnya sudah tiada, daun gugurnya menyesakkan pemandangan.

Aku bantu sama.

Jeruk itu penuh kasih sayang.

dot dot dot

Kasih dan cinta itu jika diperam lama, adakah rasanya sangat manis?

Kamu. Aku cinta.

dsc_0122

Kamu. Sangat manis





kenapa? why?

23 03 2009

kenapa?” watak 1

tak tahu, memang begini” balasnya.

mmm baiklah. Mungkin pergolakan watak-watak itu memberikan kekusutan melampau. Mungkin. ” watak 1.

cerkon

sunyi kamu tanpa dia mungkin tak memberikan impak apa-apa. Literally.

kerana dikeliling kamu, ramai yang memberikan respons.

Di situ, rasa hina tanpa kamu. Rasa hina bila sunyi. Rasa hina tanpa wajah.

menantikan detik-detik lalu.

meninggalkan semuanya. Rasa kosong.

dot dot dot

buat kali keduanya, rakan staf yang ini menegur aku bila usai solat asar tadi. Aku kembali ke kubikel dan meneruskan kerja-kerja tertangguh.

kenapa?” tanya dia. Matanya sedikit terjegil.

kenapa apa beb?” aku tertanya-tanya.

kau tak perasan ke selipar aku kat luar?” tanyanya lagi.

woho, aku terpadamkan lampu ek? Sori la. Lately kepala aku tak betul sikit” aku.

dah habis sembahyang aku tak khusyuk” balas dia.

sori la, minda bawah sedar” aku. senyum tawar. Harap dapat menyejukkan hatinya.

dot dot dot

Susah bukan waktu fikiran kamu melayang?

y





tahniah. terbang

21 03 2009

tahniah buat kamu Ain. Keputusan SPM 9A itu sangat membanggakan keluarga kamu dan kita. Legasi Jamaluddin ada baka-baka bijak pandai.

Hmm ada 2 Ain dalam legasi ini. Ain Izzati anak pakcik liverpool (Ain 1) dan kamu Ain err lupa nama penuh (Ain 2). Kedua-dua kamu skor 9A dalam SPM.

Mahu jadi doktor macam Ain 1?

Harap berterusan kebijakkan kamu.

Pakciknya? mm sudah berlalu.

Tengahari ini kamu masak apa? Kenduri doa selamat itu pakcik (err nampak tua pula, ‘uncle’ lebih cool) akan datang. Menjenguk. Makan.

dot dot dot

fly

Sah. Aku ke Sarawak 25-26hb ini. View mana pula yang ingin aku rakam? mm harapnya ada kesempatan.

Awak. Ya kamu. Yang seorang itu. Mahu kirim apa-apa? Terubuk masin tak boleh. Malas untuk bawa. Ting!





rehat. seni

20 03 2009

Aku perlu rehat. Banyak.

Otak juga. Banyak.

li, sini kejap” Bos kecil panggil masuk ke bilik perbincangan.

Kerja baru ke? Owh no mann” dalam hati.

kau nak pergi Sarawak tak? next week?” rakan lain dalam bilik perbincangan. Ali (selalu konfius bila orang di pejabat teriak “li!”)

huh? ada apa?” curious

assist training. CMS. Industry part. STB (Sarawak Tourism Board)” bos.

either kau atau aku yang pergi. Kalau pergi pun tak lama, sehari dua kot. Diorang (tunjuk 2 orang lagi rakan staf) stay 3 hari” sambungnya lagi.

wo, tengok dulu la camana, aku kena la go through sistem tu semua, sebab aku tak familiar. Kalau sehari dua mungkin ok, sebab kerja melambak dowh” Aku.

haha aku pun tak familiar. Tu la pasal, kerja aku pun banyak. Diorang perlukan satu budak IT untuk assist in case ada error what so ever ” Bos.

huh, kau decide la macam mana. Aku ok je” keputusan. Malas fikir lama-lama.

Duduk kembali ke kubikel aku, aku rasa aku perlukan trip ini. Trip untuk berehat. Sebentar.

Tak jadi pun tak mengapa.

Sarawak. Kali keempat.

dot dot dot

dsc_0017

Melihat gambar rakan wartawan yang menghadiri perasmian Hari Kraf Kebangsaan tempohari sangat mengujakan. Gambarnya cantik, bokehnya bagus, cahayanya ikut mood, profail produk menonjol. Dia adalah seorang wartawan yang dilatih menggunakan kamera. Dan dia juga berminat dengan fotografi. Jadi tiada masalah.

cantik gambar kau ambil ni, pakai lens apa?” aku bertanya melihatkan satu demi satu gambar di pc nya.

haa, ini 90mm, nak pinjam ofis punya lambat, aku rembat member punya” dia. senyum.

pergi la sana, best oo, macam-macam ada” sambungnya lagi.

a’ah ek, macam menarik je” Aku.

Event ini sehingga 30 Mac 2009. Kamu juga tahu bukan? Banyak bunting/iklan yang dipasang.

Kali terakhir ke sana (Kompleks Kraf, Jalan Conlay), rombongan UTM, Kelas Ko-Q Batik. Balik hari. Dapat ole-ole tembikar kecil setiap seorang. Waktu itu, kamu ingin belajar buat batik? buat tembikar? melukis di kanvas? menenun songket? silakan. Ada instructor yang akan beri tunjuk ajar.

Aku lebih suka perhati.

Oh, tugasan terakhir kelas batik ini agak spoil. Design aku yang buat. Part melilin, kawan lain yang buat, (aku lebih suka mewarna), sebekas lilin cair tumpah ke atas kain bercorak aku itu.

Potong.

Tapi semua happy sebab lecturer comel itu beri A pada semua. Tidak kira hasilnya cacat atau tidak.

Kamu suka seni?





kodomo lion vs mopiko

19 03 2009

waktu itu. kanak-kanak.

Bangun pagi ke sekolah, dikejut oleh mak, masing-masing (aku dan abang) berbalah siapa yang patut pergi mandi dulu. Biasalah, siapa yang bangun dan mandi dulu, ada peluang untuk yang lagi satu untuk sambung tidur semula, dalam 10 minit (maksimum).

Selalunya aku yang kena mengalah.

Pagi-pagi airnya teramat sejuk. Kadang-kadang, dapat juga aku mandi air panas.

Secara selalunya, mata akan masih terpejam, buka sikit-skit, celup jari dalam kolah dan automatik mata akan terbuka penuh, bulu roma meremang kesejukan.

Pagi itu, entah apa yang tak kena, aku tidak mengikut rutin seharian. Tidak mencelup jari ke dalam kolah.

Capai berus gigi, ubat gigi.

“Masa bila pulak colgate ni ada perasa strawberi? ” Mata masih terpejam.

nasib baik kodomo lion adik aku yang satu itu. Kalau aku ‘ter’capai ubat mopiko yang ada (entah siapa letak dalam bilik air), lagi lah naya.

Haru.





entri semalam

19 03 2009

Kadangkala, kita tidak dapat semua jawapan pada semua soalan yang kita lontarkan. Ada masanya, jawapan adalah perlu, ada masanya, jawapan tersirat yang tak terucap itu memberitahu segala-galanya.

Seteruk mana pun persoalan itu, pasti ada jawapannya.

Kita tahu sama. Kita rasa sama.

Keadaan dan situasi, mood yang membuatkan ada waktunya perlu berubah, perlu ’santai’ sementara, perlu ‘laid back’. Biar reda.

Jauh hingga ke hujung sana, kita menyelusuri jalan yang sama. Kadang kamu menghilang, kadang kamu tinggalkan bayang, kadang berpimpinan tangan.

Ada masa suka, ada masa duka, ada masa untuk semua.

Semua.

Hati itu bersedih. Berbekas.

dot dot dot

“Lain penampilan kamu hari ini? Berbaju baru?”

“oh ya? saya ingatkan tiada yang perasan. Sepatutnya berjumpa teman yang satu itu tadi. Banyak hal pula yang mengganggu” (dengan penampilan begini, viewnya adalah lain, dalam hatinya. Lebih yakin.)

dot dot dot

“Boleh tak kamu beri saya ruang? biar saya decide mana yang perlu dahulu, biar saya jadualkan sendiri. Ada 2-3 task yang parallel. Boleh tak?” dalam hati. Tidak memandang muka.

dsc_0520





kisah ini. cerita itu.

17 03 2009

“The prefix “soap-env” for element “soap-env:Fault” is not bound”

Penat bukan? Menunggu. Seharian. Senyap. Penolakan.

Tak penting? Mahu seribu daya.

dot dot dot

“Amitabh? Amitabh? Amitabh Bachannnn.. Salim, Salim, open the door!” Jamal

Pintu disekat. Dari luar.

Jamal memandang gambar pelakon pujaannya di tangan. Memandang ke bawah, ada satu takungan menempatkan sisa-sia ‘buangan’ kejiranan itu. Pekat. Likat. Tengik.

Jamal pandang gambar, pandang bawah, pandang gambar, pandang bawah.

Nekad. Tutup hidung. Lompat.

Dibalik kelikatan bahan itu, tersorok seorang budak yang optimis. Optimis mendapatkan tandatangan pelakon pujaannya. Dan dia berjaya kerana ramai orang memberikan ruang sambil menutup hidung. Dia, berlari dengan megah menuju pelakon pujaannya sambil menyuakan gambar itu.

Misi terlaksana. Umpama dunia dia yang punya.

dot dot dot

Slumdog Millionaire, ada cerita, ada cinta.