1079

30 04 2009

anekdot 1

berjalan tangan simpan dalam kocek. Sejuk.

“Ah, ada orang”

berlalu.

15 minit kemudian.

berjalan tangan simpan dalam kocek. Sejuk.

“Ah, ada orang”

berlalu. lagi.

20 minit kemudian.

berjalan tangan simpan dalam kocek. Sejuk.

“Ah, ada orang”

berlalu. Lagi dan lagi.

kali keempat.

“Hah, kosong pun”

Surau ofis ini patut letak waktu occupied untuk lelaki dan perempuan. Contoh, lelaki boleh gunakan dari waktu zohor jam 1.15 hingga 2.15, perempuan jam 2.15 hingga asar (sebab mereka bermekap segala). Contohnya saja.

anekdot 2

selamat hari pekerja. untuk mereka yang bekerja saja.
jangan risau, kamu juga. Sebab baru habis exam. bekerja keras.

c

anekdot 3

“ila, jaga diri”





semalam, lembayung petang sangat memukau

29 04 2009

anekdot 1

kenapa cahaya itu makin lama makin suram? saat aku perlukan.

beberapa babak dalam mode rewind dengan speed 2x, berhenti. Play.

“saya punya impian, tapi saya tidak mahu beritahu sesiapa. Berbisik pun tidak.”

“sampai masanya, awak akan beritahu juga. mungkin”

“kenapa begini sukar?, sampai bila?”

“mungkin ada hikmahnya semua ini. Kamu, aku, rasa yang sama”

perjalanan berbengkang bengkok, matahari mula terbenam, dua rasa menjadi satu. jemari tergenggam kemas.

rewind 2x. Play

*plup.

buku masih di atas dada, jari telunjuk menanda muka surat terakhir. kerling jam di dinding. 0310 pagi.

ke dapur. Buka peti ais. Teguk nescafe sejuk.

j





banyak gambar pula

27 04 2009

anekdot 1

“macam mana sambutan buku ni, so far?” Aku.

“alhamdulillah. Sudah masuk musim kedua” Faisal Tehrani. Kamu kenal?

kc

ke Pesta Buku KL 09 Sabtu yang lepas, motif utama, memang ingin memiliki buku ini. Tercapai, dan kebetulan, penulisnya berada sekali di booth itu.

Aku ambil kesempatan berehat sebentar, duduk, lepaskan lelah sambil Faisal Tehrani turunkan tandatangannya.

Oleh kerana ini kali pertama aku ke Pesta Buku setelah kali terakhir tahun 2003 sebagai exhibitor (ini Sabah punya pasal), memang tersangat banyaklah perbezaan. Booth-booth yang merata, atas, bawah, kiri kanan.

Dan pengunjungnya juga, ramai, sesak nafas. Serius. Dada aku sakit, waktu nak tarik nafas.

c

ini. 2 buku sahaja. Penulis yang sama.

dsc_0007

ini sahaja.

Buku Manikam Kalbu ini bagi aku, (yang baru sempat membaca 12 mukasurat), satu penulisan yang penuh dengan kajian mendalam. Kecuali kalau penulis ini benar-benar seorang tukang jahit. Lelaki – tukang jahit? errr

s

malamnya, mengubat lelah menonton perlawanan selangor-kelantan. di TV.

dah lama aku tak menjerit. sambil buat gaya ‘yes-yes’ bila Amri score.

sambung lagi sampai jam 3 pagi. Tengok MU belasah Spurs. Puas hati.

anekdot 2

hari Ahad.

Lawatan ke rumah makcik yang dapat cucu baru.

Petang. Putrajaya. Team VM. 3 orang saja. 1 pro fotografer. 2 beginner ha ha.

p

3 subjek dalam satu frame.

malam. sambung baca Manikam Kalbu.





entri beridentifikasi 1059. kebetulan

25 04 2009

anekdot 1

tak turun tengok bola malam ni?

tengok kat tv je. Lagi selesa. Bila baca paper tadi kata, Kelantan akan sunyi. Gila 40 ribu yang turun dari sana, belum campur yang lepak kat KL

sure havoc.

dah lama tak ke stadium.

Selangor. Semoga berjaya.

anekdot 2

terus-terusan mengeluh takkan menyelesaikan masalah. Task 1, 2, 3, 4 dan berapa yang ada sekarang adalah satu anugerah.

Pendam. Hadam. Padam. (jika perlu)

f





tepu. tapi

23 04 2009

anekdot 1

nama kamu ada dalam doa itu.

anekdot 2

otak tepu sepanjang masa.

kamu sendiri nampak kan? waktu bergelut mencari kod.

“buat apa nak cari, biar dia datang sendiri”

kamu. sangat comel.

potong separas itu saja ok. Kerna… kamu tau.

anekdot 3

apa kes meeting ambil masa sampai 3 jam. Penat la.





kamu menyapa waktu itu

21 04 2009

u

anekdot 1

tika rakan yang balik dari seberang bercerita, kawan yang satu ini juga mencelah.

lepas ni kau kena kerja rajin-rajin, aku takleh la, dah nak blah. Ada rezeki bos bawak pegi meeting ke London pulak” mamat itu, sambil tepuk-tepuk bahu aku.

Kalau pergi London, aku nak kirim dengan kau barang, boleh tak?” sambungnya lagi.

Kau ni, orang pergi semua kau nak kirim. Macam betul la dapat pergi London. Huh” aku.

Aku nak mintak kirim almond London” mamat itu.

cil**** #$!%&. Aku dah agak” aku.

Adakah aku seorang yang naive?

anekdot 2

kamu.
sakit tetap mengukir.
Jalan hidupmu dan kita.

Biarlah.

22:22





monday blues

20 04 2009

anekdot 1

macam pernah lihat pelakon iklan ni” dalam hati. Seperti sangat familiar. Dulu.

ting! yup. Ayu. Bekas teman wanita rakan serumah.

Tidak banyak berubah penampilannya. Rambutnya pendek, sama. Badannya slim. Sudah masuk ke alam glamor. Mungkin.

Pernah juga kami melayan perbualan telefonnya kala rakan serumah tiada di rumah. Waktu itu, penggunaan handphone sangat rare. Siapa yang ada handphone (gedabak), sangat kaya!.

Gaya ala-ala Marsha. Kami ramai-ramai, kawan. Kebanyakan teman serumahnya ber’couple’ dengan teman serumah aku. Semua satu course.

Ah. Dulu.

Selamat beriklan, Ayu.

anekdot 2

Mata pedih.

Hati, pedih. Sikit.

Percaturan itu kadang-kala menjadi, kadang-kala hampeh.

Kenapa penalti kamu sepak tak masuk? Arghhh. Kan dah!

anekdot 3

nak kopi?” kawan

kopi? nak, kopi apa tu?” aku.

ko pi la sendiri. haha” kawan.

tutttt #$%!” aku.

p





dia dan buku

17 04 2009

anekdot 1

kita tukar tajuk lain la. Kalau bab buku, memang saya susah sikit nak berhenti” dia.

Hampir sampai di Bangi.

Perbualan tentang buku, penulisan, teknik-teknik penulisan, memberikan aku satu input baru, dan juga ruang untuk aku bertanyakan hal-hal yang aku langsung tidak tahu. Mungkin tahu sedikit. Penerangannya diselang-selikan dengan contoh. Aku suka untuk argue. kalau perlu.

Mari ke pesta. Pesta Buku Antarabangsa. PWTC

bannerpestabuku

anekdot 2

health tourism itu bla, bla, bli, blu, ble, bla balik… ” Penerangan aku tentang tourism perspective. Yang aku tahu saja. Sikit.

nak 5 factors that contribute the growth of health tourism in Malaysia” student tourism management itu.

aiyak, kenapa tanya saya?

kebetulan, soalan seterusnya tentang health tourism” balasnya.

Aku bukan ahli dalam bab-bab tourism, walaupun aku bekerja di syarikat yang 100% tentang tourism. Mana yang aku tahu, aku jawab.

Aku beri jawapan 1 dan 2. Sahaja. Pendek.

Kamu tahu health tourism? Di Malaysia masih belum ’strong’.





waktu. awal pagi. bandung.

16 04 2009

anekdot 1

waktu berdetik.
hujan merintik.

mana airmatamu yang basah membasahi bahuku?

anekdot 2

ada perkara/tugasan luar yang perlu aku siapkan. Dalam perjalanan balik, aku dapat kekuatan maksima. Senyum. Nostalgia. Motif. Perspektif.

Niat dihati, untuk melangsaikan semuanya, kerana tidak mahu menangguhkan apa-apa.

Kereta kuning itu menderum. Perjalanannya perlahan. Bukan kerana kehabisan minyak, tapi tidak di’tarik’ habis. Anak-anak kecil itu merengus.

Aku end up dengan terlena di lantai teak, aircond terpasang, monitor terang benderang. Laptop ke mana, kerja ke mana.

0330. Ambil remote. 812

Kamu ceriakan hari ini Manchester.

Tunggu aku siapkan kerja ini dahulu.

n

anekdot 3

email dari rakan yang ke Bandung. Mesyuarat Pengurusan.

“di sini yang enaknya ada Nasi Liwet, Nasi Tibel Komplit, Sup Buntut.. samada mau Buntut biasa atau yang udah dibakar..

ada satu yang peliknya ada nasi Condom Bleu…

Jika bapak mau lamar cowoknya.. boleh bawa ke restoren Stone Cafe.. wah cantek banget pemandangannya.. terletak diatas bukit”

Ah. Aku sudah ke Medan dulu.

Mee Bandung 1.





sesi-sesi itu.

14 04 2009

anekdot 1

SMS. Aku nak tergelak dari sini. Kamu, kamu. hmmm. Aku tak perlukan provokasi apa-apa. Seperti gaya Nabil memeluk makwenya di kaca tv, spontan.

suara, alahai. ‘letih’. Ek? Tutup.

anekdot 2

sepanjang jalan, jenuh memikir. Fini pasti tanya.

“kereta saya rosak” dalam hati.

sesi interview itu berjalan lancar. Aku minta waktu itu dianjakkan awal dari pukul 10 ke pukul 9. Pegawai itu buat-buat faham.

Kali ini lebih teknikal. Aku diberikan satu pc (di meja ketua jabatan saja), buka query analyzer, dan wo, buatlah ikut apa yang diminta. Tiada masalah.

Data yang diekstrak dan di query adalah data pembayar zakat negeri Selangor. Terkejut melihatkan pembayar individu zakat pendapatan tahun lalu yang tertinggi di Selangor membayar RM800 k. Bayangkan pendapatannya setahun, oleh kerana zakat pendapatan hanya 2.5 peratus daripada hasil pendapatan. Do the math.

Top of the list adalah Lembaga Tabung Haji. RM6 juta.

Kamu, ada buat potongan zakat pendapatan berjadual? (yang sudah bekerja saja)

a