anekdot 1
faham benar aku sifatnya, kelakuannya.
walaupun bukan 100%, yang semestinya bukan semua akan dikongsikan, sekurang-kurangnya aku tahu apa yang perlu dan apa yang tidak. mungkin.
“hey, jangan kata apa-apa ok, simpan balik handphone kamu” ting! pari-pari tahyul itu hilang.
anekdot 2
malam semalam, sambil-sambil install software foto (yang akhirnya tak menarik minat aku untuk guna), layan movie Just Like Heaven TV2. Boleh tahan juga ceritanya. Dah lama tak tengok Reese Witherspoon. Comel.
Aku tak mahu ulas tentang cerita ini, cuma cerita ini menarik.
…
Malam ini, mungkin aku perlu buat kerja sampai pagi, sambung tengok bola. yeehaa. Steady Man U.
…
tahun 1999, Sg. Ramal
kereta sepupu hon dengan kadar 5 desibel. Awal pagi, takut mengejutkan orang yang tak sepatutnya. Kami berlima, aku, along, pakcik liverpool dan dua orang sepupu dari Kajang sepakat untuk menonton bola Final Liga Juara-Juara di Sg. Chua.
waktu ini, hanya boleh harapkan kedai cina, kedai mamak sendiri belum ada yang pasang Astro. Dekoder nak sampai RM1k.
Sampai di restoran cina, dah penuh. India, Melayu semua ada. Campur. Masing-masing pesan coke satu tin. Gila apa nak pesan beer. Dan agak gila juga minum coke sejuk awal-awal pagi.
dipendekkan cerita, Man U menang. Dramatik. Penyokong Bayern tepuk dahi. Ada yang kena boo dengan kawan Man U. Itu biasa.
Aku, entah siapa-siapa aku High 5. Keliling. India. Cina. Semua.
…
Bolasepak menyatukan masyarakat
“jangan cerita bola dengan saya ek.” kan dah kena. Dia, mengomel, highway terasa sempit.