lukisan-lukisan itu. ekspresi jiwa

29 06 2009

anekdot 1

eksperimentasi aclyric dan kanvas. tengah malam. jam 12.34 to be exact. Dua kanvas 2×2.

percubaan kedua lebih baik daripada percubaan pertama. obvious.

bila renungkan balik, dalam-dalam, lama-lama, aku perlukan satu lagi tiub warna hitam. Untuk tutup semuanya dan mulakan dengan percubaan ketiga. Kali ini subjeknya telah ditetapkan. Dalam kepala cuma.

harapnya kali ini lebih ‘menjadi’.

anekdot 2

“jom hatyai”

“passport saya dah mati”





aktiviti

26 06 2009

anekdot

hujung minggu yang sarat dengan aktiviti. Semuanya adalah rancangan :

1. Sesi lepak-lepak bersama kawan-kawan UTM – Putrajaya

2. Sesi membeli rumput

3. Sesi menonton bola di stadium . (Selangor main kat Shah Alam ke minggu ni haa?)

4. Sesi menanam rumput

5. Sesi membeli barang – barang lukisan. Melukis. (Kalau ada mood dan ruang)

6. Sesi godek kamera. Shoot sendiri dengan info baru. Praktikal. Tunggu kawan call untuk confirmation.

6. Sesi jadi krew Honda Trip Kuala Gandah, Pahang. Potonggggg.

Itu saja.





bintang-bintang terbit dari langit

26 06 2009

anekdot

q

bintang-bintang terbit dari langit
bukalah mimpi-mimpiku
bawaku pulang berteman pelangi

bintang-bintang terbit dari langit
menerang taman
saat kita bertatih di laman
merangkak mengejar kasih

bintang-bintang terbit dari langit
menutup segala lohong-lohong cahaya
mengganti segala ada

bintang-bintang terbit dari langit
sinarkan semuanya
kerana kamu
bidadari syurga jelmaan dunia

2327. KOMA.





dedahkan diri kamu.

24 06 2009

anekdot 1

semakin ramai kawan-kawan yang masuk ke ‘mainstream’. Menonjolkan diri mereka di luar. Pendedahan dan perkembangan yang bagus. Bila sudah dikenali ramai, harapnya tiada apa-apa yang berubah. Jadilah diri sendiri. Mungkin selepas ini di facebook kawan-kawan ini akan ada satu fanclub mereka sendiri. Ada yang boleh aku join nanti. Ada juga yang tidak. Kawan-kawan yang mereka suka sahaja.

masuk tv aa, pergi oversea? (emoticon wo!)” aku. sms

ya, baru balik, gambar yang mana masuk di tv?” puteri.

sikit ja, masa di asrama anak yatim” aku.

oh, esok ada sambungan lagi tu” berhenti.

kak, tahniah kerana naik pangkat, Ketua Puteri UMNO Negeri Sabah.

anekdot 2

y

bersembang dengan kawan fotografer, bila bercerita tentang sistem komputer yang digunakan oleh fotografer untuk edit gambar masing-masing, ramai yang mengatakan mereka menggunakan komputer Mac. Apple. Hasilnya lebih lawa. Benarkah? Ada pro dan kon.

ada juga syarat yang diletakkan sebelum seorang fotografer itu diambil bekerja (samada freelance atau tetap), adalah mempunyai komputer Mac sendiri.

Ada juga satu poll di ruang forum digital fotografi luar negara yang bertanyakan hal ini. 60% pengguna Mac, selebihnya sistem komputer yang lain.

Ilmu editing, bagi aku, pakailah mana-mana komputer pun, jika diri kamu mempunyai nilai-nilai seni, hasilnya pasti tidak mengecewakan. Yang penting, belajar. Praktik. Selalu.

kat ofis kau semua pakai Mac kan?” aku

dah ofis bagi, ambil ja la” dia.

serius best” aku.

sama ja, takde ilmu, hasilnya hampeh juga, kena reject juga gambar-gambarnya” dia.

Terpulang masing – masing. Ada rezeki lebih, aku pun nak angkat komputer Mac satu hehe.

aku kasi grain sikit, baru nampak oldskool

cool man





ikhlas tapi jauh

23 06 2009

anekdot 1

siapa yang order kek untuk saya kak?” kamu

dia la” kakak

:( ” kamu

eh, kenapa sedih?” kakak

terharu, serius tengah menangis ni. (…) saya ingatkan saya sendiri” kamu.

kawan baik tu” sambung kamu lagi.

you have a lot of lovely friends around you” kakak

ada kejujuran yang tersirat. tiada dendam dalam ikhlas itu.

ikhlas penuh cinta.

anekdot 2

aku sudah berkira-kira untuk tulis semua yang ada dalam kepala. Tadi. Bila sampai untuk recall semula, tiada apa yang muncul.

mungkin aku perlukan satu buku kecil di dalam kocek seluar/baju sama seperti tahun-tahun terdahulu. Senang untuk aku catatkan apa-apa yang penting.

hey, organize diri kamu

ya, aku cuba, separuh diri aku telah hilang, bagaimana?

cari sampai dapat!

w





studio

20 06 2009

anekdot 1

mempelajari dan mempraktikkan benda baru sangat mengujakan aku. Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang kita minat.

Hari ini sabtu bekerja untuk syarikat, dan hari ini juga ada majlis sambutan harijadi CEO. Tema floral. Ala-ala hawaii. Aku sebat baju yang paling hampir bunga-bunga untuk match dengan tema hari ini.

Nice ah” ariel.

*senyum.

satu studio photo kami setup di pantry.

suka-suka kami. hanya kami dan kawan-kawan yang kita suka.

gambar akan di upload ke flickr.

selamat hari lahir bos!





lukisan terapi jiwa

19 06 2009

anekdot 1

semua hutang-hutang bacaan itu telah aku langsaikan. Ada yang buat aku senyum, ada yang buat aku berfikir, kerut dahi, ada macam-macam. Satu terapi jiwa mendapatkan perspektif dan pandangan berbeza, untuk menampung kekurangan (pasti ada) pada kita.

hutang-hutang flickr juga aku langsaikan. Terima kasih nasir atas kredit pada gambar itu.

anekdot 2

lukisan yang kamu buat itu sangat cantik. Sangat. Serius. Teruja. 2 lukisan itu, bagi aku, setara dengan pelukis-pelukis solo di luar sana. Harga, kamu boleh demand.

Minggu ini aku nak melukis. Abstrak. Cubaan pertama. Konon. Beli barang-barang di Maria. Aclyric. Kanvas. 3 x 3.

Dah lama aku nak tengok dinding ruang itu terpampang dengan lukisan atau gambar. Daripada aku. Tak mahu orang lain. Frame kayu. Huh, terbayang. Laksana mini galeri. *plop.

Eu te amo!

j





pendek

18 06 2009

anekdot

google reader(28)

~ biarlah.





add new post

16 06 2009

anekdot 1

1812.

“sebagai developer, kamu tak boleh bergantung pada arahan semata-mata. Kalau arahan dan cara itu tak berhasil, cuba fikir cara yang lain pula. Pasti ada jalannya” nasihat. kepada developer lain. yang ‘fresh’.

Bukan aku nak bongkak, tidak. Pengalaman mengajar aku semua ini. Aku tak anggap diri aku lengkap (dengan segala ilmu dan bahasa program) sebab tiada siapa yang sempurna. Lagi pula, teknologi berkembang pantas.

perlu ada variasi pada ‘jalan cerita’ kamu. Pada baris-baris kod yang kamu bina. Tidak bermakna jalan cerita yang pendek, baris-baris kod kamu juga pendek. Bahasa yang berlainan, tetapi fundamentalnya sama.

I’ve been there, done that.

Kamu. Ambil ini sebagai cabaran.


Terima kasih kerana berkongsi semua itu. Terima kasih atas baris-baris ayat yang bermakna.

Terima kasih. Pada ayat itu, ada jujur di sana. pagi-pagi itu.

Terima kasih. Sakit. Sangat sakit. Believe me.

1838. Tutup





keroncong hari lahir

16 06 2009

anekdot 1

matahari hari ini malu-malu untuk muncul. Menyorok dibalik awan. Jerebu yang makin menipis, tidak menyesakkan seperti sebelum ini. Alhamdulillah.

kamu juga. harapnya lebih ceria dan gembira hari ini, kerana hari ini hari istimewa kamu.

selamat ulang tahun kelahiran. moga diberi kesihatan yang baik.

e

“mempersembahkan, lagu Keroncong Hari Lahir dari kumpulan, err kumpulan nama apa? (bisik). Haa kumpulan apa-apa saja. Dipersilakan” MC

“terima kasih, terimalah lagu ini khas untuk kamu”