anekdot 1
“kenapa kawan-kawan saya tak mengeluarkan kata-kata mengandung rasa, tak seperti awak” kata wanita itu.
Aku kebetulan berada tak jauh daripada mereka terpasang telinga. ‘Ter’
“saya dah kata awak berbeza” tambah wanita itu lagi.
lelaki itu yang sedari tadi diam, mula bersuara
“ya, saya berbeza, berbeza kerana awak. Kerana awak pernah cintakan saya. Awak berikan kepada saya apa yang tidak awak berikan kepada kawan awak yang lain. Itu saja sudah cukup berbeza bukan?” nadanya tidak menjerit.
“kenapa mereka, kawan-kawan awak tak berkata seperti saya? kerana awak tidak cintakan dia. Tak cintakan mereka. Mereka, mungkin saja sukakan awak, tapi awak senang mereka sebagai kawan. logik kan?“
wanita itu diam, melemparkan pandangan di tingkap.
“saya pasti masih ada sekelumit rasa awak untuk saya. Tak mengapa, saya tak harapkan apa-apa. Kita masih kawan kan?” lelaki itu.
wanita itu memandang lelaki tadi, tunduk, angguk lemah.
mereka beredar menyusur jalan. haluan masing-masing.
…
Aku yang menoleh sekali sekala kepada mereka, senyum.
Maaf kawan, aku ‘ter’dengar perbualan kamu.
Aku rasa mereka adalah personaliti berkategori C. Kalau C dan B, boleh jadi gaduh, tinggi-tinggi suara, guna kata-kata yang tak sedap didengari.
hmmmm.
anekdot 2
hari ini, untuk pertama kalinya, selama aku memiliki kamera SLR, aku akan cetak beberapa gambar terbaik untuk aku letakkan di dalam frame yang telah tersedia. Aku perlukan 5 keping. 5R saja.
tidak banyak gambar-gambar berorientasi potrait (yang terbaik bagi aku) yang ada dalam simpanan.
hantam sajalah.