selamat untuk semuanya

28 08 2009

anekdot 1

dah, kesat air mata. Ambil sikat ni, sikat rambut” satu babak dalam filem badul.

officially, kita sudah berpisah. Harap orang lain akan jaga kamu sebaiknya. Memori yang terakam oleh kamu telah pun aku abadikan.

moga ketemu lagi D60.

g

anekdot 2

Hari ini hari jadi abah.

Moga panjang umur.

Mak kata aku mewarisi sifat-sifat abah. Pendiam. Tak banyak cakap. Aku rasa sifat-sifat Leo adalah begini. Tengok orang dan pergaulannya la aku rasa.

eh harijadi abah 31 la” mak kata abah tak balik lagi dari Kajang, bayar segala bil. Tadi.

31 merdeka la mak, 28, hari ni” aku membetulkan fakta.

ha’ah, 28, lupa la mak” suara di hujung talian.

selamat hari kemerdekaan ke 52 juga.

merdekakah kita?

w





suara kita. kenangan kita

27 08 2009

anekdot 1

Ku kejar engkau di sana
Ku lambai wajah serupa
Selalu aku terbayang
Selalu aku terkenang

Biarpun telah berlalu
Wajah usia berbeza
Namun tak pernah di hati
Sesaat aku terlupa

Ku kenang kembali peristiwa
Walaupun pernah pedih
Hati kita

Telah pun kita mencuba
Walau rintangan bersama
Semangat masih menyala
Membakar dalam jiwa

Ku kenang kembali peristiwa
Walaupun pernah pedih
Hati kita

Kesan satu rasa
Tinggi nilai harganya
Tak ternilai kita
Lepas dari ini
Mungkin seksa yang menanti

Yang bersuara akulah yang pernah berkata
Aku cinta…

-wings. suara kita. bazooka penaka.

k

selamat tinggal. untuk kamu.

aku cinta. untuk kamu.





luka di bulan puasa

25 08 2009

anekdot 1

seingat aku, cerita ini adalah di waktu bulan puasa.

sekolah agama.

aku ada satu basikal. Bukan BMX. Basikal sedang-sedang saja. ‘Rangka’ dia sangat digilai oleh mat-mat pomen basikal, sebab kalau di ‘alter’, boleh jadi basikal chopper. Palang tengahnya rendah ke bawah. Bila tambah besi pada fork depan, akan jadilah chopper yang cool.

aku bukan nak cerita pasal basikal.

bila loceng habis sekolah agama berbunyi, masing-masing sibuk mengemas beg, even ustazah / ustaz belum berhenti bercakap. selesai syukran ya muallim/muallimah, aku set dengan satu kawan yang sehala dengan aku untuk rempit basikal. Tak sabar nak main bola pun ya juga. (Bulan puasa kalau main bola, sangatlah heaven. Penat nak masuk maghrib, terus berbuka).

kami pun ‘get set go’. Waktu itu ramai budak-budak yang bawa basikal, jadi penunggang motor atau pemandu kereta akan bagi kami laluan. Semacam jalan itu kami yang punya. Sampai satu selekoh kedai nasi lemak bomba, akibat sangat  ‘kona baring’, makan dalam baik punya, aku pun terbaring atas jalan. Lutut tersagat atas jalan. Seluar koyak, darah laju menitis. Dengan gaya macho tapi pedih, aku angkat basikal, betulkan sikit-sikit apa-apa yang bengkok, aku berkayuh balik rumah. Dalam hati, ‘padan muka sendiri’. Kawan yang tadi memecut tak ingat dunia. Gamaknya dah nak sampai rumahnya baru perasan aku tiada di belakang. Langsung tak perasan.

Sampai di rumah, standard semua emak, akan membebel sekejap. Petang itu, jadual bola aku terganggu.

Azabnya bila nak mandi. Sangat pedih. Sampaikan aku angkat kaki letak di kolah, dan mandi dengan sebelah kaki saja yang mengenai air. Luka itu aku cuci perlahan. Dengan dettol. Bebelan mak, dia nak tenyeh luka dengan air campur dettol. Biar merasa dan jadi pengajaran katanya.

Berbuka hari itu, aku terdengkot-dengkot ke meja makan. Terfikir nak solat nanti macam mana.

anekdot 2

insyaAllah, takde apa-apa” kata aku padanya. Untuk tenangkan hati.

kalau tak luka, tak lelaki la namanya” sambung aku lagi.

tapi lelaki selalu melukakan, kan” dia membalas.

*diam.





suatu hari di awal ramadhan. tahun itu

21 08 2009

anekdot 1

suatu tengahari yang terik, seorang budak lelaki kecil, mengalas beg yang semi-berat, berjalan memerah kudrat untuk sampai ke rumah. Dalam hatinya, sampai di rumah mahu pekena sirap sejuk.

dengan muka buat-buat sangat penat (memang penat pun), dengan harapan boleh mencairkan hati seorang ibu untuk memberikannya seteguk air sirap. Jangkaannya meleset. Ibu buat tidak tahu. Banyak kata-kata harapan dan perangsang yang ibu berikan. Tapi itu semua tak bermakna. Budak kecil itu memerlukan air sirap, untuk memulihkan segala tenaganya.

Patung ultraman pemberian ucu tidak dihiraukan. Selalunya patung ultraman itulah yang menjadi teman.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Ada bunyi yang keluar dari jam dinding itu.

“Arghh, lambatnya” detik katanya dalam hati.

“Mak, boleh la, boleh la, tak larattttt” budak kecil itu merungut. baring. Kaki dihentakkan di lantai kayu rumah.

“tak bolehhh” kata mak.

Berbuka puasa hari itu adalah berbuka puasa paling nikmat sepanjang 6 tahun hidup.

kenangan waktu tadika.

hari – hari selepas itu, hanya bertahan sekerat hari. Hati ibu jadi cair.

y

SALAM RAMADHAN. Moga diberkati





kot?

18 08 2009

anekdot 1

kali terakhir aku memakai kot (coat) / blazer adalah waktu konvo UTM tahun 2001. Itu adalah kot pinjam yang nasib baik muat. Oh ya, tie juga tie pinjam, kasut hitam juga. Err.

untuk conference esok, perlu mengenakan kot. Nyaris aku kena beli sebab fikir memang dah tak ada. Balik rumah mak, terpandang satu sarung kot tergantung di bilik. Ting! Abang aku pernah tinggalkan kot dia sebab tailor tersilap jahit. Jadi kecil. Sesuai untuk aku. Bukan sahaja kot yang ada, satu suit. Beserta seluar. Juga muat.

Selesai masalah.

Tapi sangat poyo bila pakai satu suit penuh.

moga esok berjalan lancar.





dulu aku masuk koir. soprano tak soprano

15 08 2009

anekdot

atas permintaan ramai kawan-kawan sekolah rendah aku untuk upload gambar zaman persekolahan di group facebook , aku akur. Geledah balik harddisk. Jumpa. (Sebab sebelum ini pun memang aku yang buat website untuk group ini).

Untuk imbas balik kenangan, kata mereka. Dan ya, pasti kecoh bila dapat berjumpa kembali dengan semua mereka-mereka ini. Pasti banyak sangat cerita dulu-dulu akan keluar.

Dulu aku admire minah ni, tapi dia tak tau” shahril kata. Mungkin.

Gambar koir. Darjah 6.

Gambar reunion selepas beberapa tahun di sekolah menengah.

Serius kelakar.

kalau awak terer, cuba cari yang mana satu saya” aku.

pagi-pagi la dah mendera minda” dia.

berdiri di belakang, bla bla bla” sambung dia lagi selepas beberapa ketika.

terer gak awak” aku.

koir

sungguh indah di Malaysiaaaaa (suara budak perempuan).. Malaysiaaaaa (suara budak lelaki)

what the…

reu





beri pada saya

14 08 2009

anekdot 1

lama aku tatap.

kosong.

tiada yang terisi.

tutup.

esok saja.





Sota Conference. Datang la, datang la

12 08 2009

anekdot

SOTA Tech Conference

untuk semua developer-developer di luar sana. Anda dijemput untuk hadir.

FREE.

Sila register. Limited seats.

kena ambil gambar semua participants ni masa diorang datang, untuk letak kat tag nama. Kalau aku tak cukup tangan, kau kena tolong aku” fotografer ofis.

oh, no problemo” aku.





perihal baju putih

11 08 2009

anekdot 1

hari ini aku mengenakan baju kemeja putih lengan panjang rona merah jambu (yang tidak ketara sangat).  Kemeja putih mengingatkan aku waktu zaman sekolah. Menengah. Di utara sana. Jitra.

hari Sabtu setiap 2 minggu sekali, pelajar lelaki dan perempuan bergilir-gilir outing. Pergilah ke mana-mana yang kamu suka. Mana yang duduk di kawasan Alor Setar, waktu begini, mereka akan balik ke rumah masing-masing. Masuk semula ke asrama sebelum jam 6 petang. Tidak boleh lewat.

Pakaian rasmi untuk outing bagi lelaki adalah seluar slack hitam dan kemeja putih. Seluar sekolah warna hijau itu pun pun boleh juga. Tapi tak best la outing pakai seluar sekolah. Mana yang nerd, mereka akan mengenakan sekali tag nama berlambang sekolah. Senang untuk dikenalpasti agaknya.

waktu itu, aku sedang beratur untuk membayar barang yang aku beli di salah sebuah shopping kompleks di Alor Setar. Kawan yang seorang itu, menunggu aku di belakang. Di bahagian pinggan-pinggan mangkuk.

usai membayar, kawan aku ketawa mendapatkan aku.

hang nak tau, (walaupun dia orang KL) ada satu makcik ni tanya aku harga pinggan mangkuk ni. Aku kasitau la yang aku bukan salesman. Ada rupa salesman ka macam ni” kawan aku dalam keadaan shock tapi ketawa.

memang ada. Sebab hang pakai baju putih seluar hitam ni la” aku jawab. Senyum.

eleh, hang pun sama” dia balas.

sekurang-kurangnya, muka aku bukan muka salesman. hahaha” aku.

kelakarnya muka awak waktu sekolah. skema je. Ni dah ada janggut, baru nampak matang sikit” dia.

itu zaman sekolah. Standard la” aku.





Melting Pot’s ‘Ramadhan with Chef Abbas’

10 08 2009

anekdot 1

entri tertangguh. Jumaat. 070809

kami berdua ke Hotel Concorde, KL atas jemputan kepada media untuk food review. Puasa dah nak dekat, hotel masing-masing sibuk promosi masakan / makanan yang akan menjadi menu-menu utama mereka untuk berbuka puasa.

Makanannya enak. Aku jamah nasi 2 sudu saja. Yang lainnya lauk.

Ikan merah, daging kambing, ikan salmon, murtabak, burung puyuh. Macam – macam lagi.

Aku tak membawa kamera sendiri. Gunapakai (baca : saja suka – suka) kamera pejabat Canon 30D untuk gambar-gambar makanan.

lepas-lepas ni, kau bawak je kamera datang ofis. Ada peluang lagi, aku ajak kau” fotografer ofis.

sendawa rasa aiskrim honey dew.

kurma