anekdot dot dot

29 09 2009

anekdot 1

kalau lah cinta itu boleh dilihat dalam bentuk fizikal

apa perlu?

anekdot 2

detik-detik,
bersama-sama menukar masa,
bersama-sama merasa duka,
hakikat itu,
kala itu,
sampai bila-bila,
aku sayang kamu.

anekdot 3

pertanyaan baru untuk kamu. Ya kamu,

“saya mahu print gambar-gambar ini esok. Awak mahu print sekali? Gambar silohoutte awak sangat cantik. Saya mahu boleh?”





raya lagi?

25 09 2009

anekdot 1

Tidak banyak rumah saudara mara yang aku dapat singgah beraya tahun ini. Walau pun rutinnya untuk hari raya terdahulu, semua sempat. Entah mana silapnya.

Tak kisah la. Mana yang sempat aku jumpa, dah minta maaf semua. Mana yang tidak sempat, hanya berkirim salam pada saudara lain untuk disampaikan kepada saudara yang tidak sempat diziarahi. Yang penting ikhlas bukan?

aku masih kepingin lemang dan rendang. ketupat palas pun boleh. Tahun ini cik ina (isteri pakcik liverpool) tak buat ketupat palas, jadi tak merasa la. Pekena pulut, terus mengantuk.

masih ramai rakan-rakan yang bercuti. Masing-masing balik kampung jauh-jauh. Sekali sekala.

anekdot 2

nak buat kerja apa ek hari ni

q





suasana persiapan raya

19 09 2009

anekdot 1

mata pedih. mengantuk sikit. penangan ronda-ronda mengambil gambar di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitarnya. Malam tadi.

First time aku shoot gambar crowded, bersesak-sesak. Orang ramai buat persiapan terakhir menjelang Syawal.

keluar rumah jam 11, head terus ke rumah fotografer yang satu itu, singgah ke Gombak, tengok kereta tengah bersusun mahu masuk ke highway karak. Fotografer ini pandai mencilok, lepas. Sampai di Jalan TAR, dalam pukul 1.15 pagi.

Isi perut dulu tambah tenaga, jam 2 baru kami start ‘menembak’.

Aku hanya tembak ala kadar. Saja mahu lihat cara kerja fotografer sebenar. Pacak tripod, ambil mood crowded. Singgah di gerai-gerai tertentu. Belek-belek, minta pekedai atau pelanggan berlakon memilih barang. Shoot.

e

k

Jam 5 pagi baru selesai.

Drive balik dalam keadaan mengantuk tahap ke 20. Nyaris mahu melanggar pakcik yang ingin ke surau untuk solat Subuh.

bang, masuk paper mana ni?” tanya salah seorang pekedai kain.

tamil nesan” kami.





sms. raya

17 09 2009

anekdot 1

awal pagi tadi, 3.45 to be exact, aku terima satu sms dari kawan Sabah. satu tempat kerja dulu. Waktu sebegitu adalah waktu sahur di sana, imsak awal.

ini kandungan sms nya

Beruang, singa & babi sedang berserita2. Beruang sakap, “kalu sia mengeruang, satu utan bagagar!”. Singa lagi sakap, “isk… kalo sia mengaum, 1 utan jadi takut!”. Tiba2 babi pula sakap, “ko tingu tu urang2 saana dikiki.. baru sia batuk, 10 iskul kana tutup ba…!” ha ha ha. Jaga kesihatan dan selamat bersahur.

terjemahannya (ikut pengalaman 5 tahun duduk di Sabah) :

Beruang, singa & babi sedang bercerita-cerita. Beruang cakap, “kalau saya mengeruang (bunyi beruang), satu hutan bergegar!”. Singa lagi cakap, “isk.. kalau saya mengaum, 1 hutan jadi takut!”. Tiba-tiba babi pula cakap, “kau tengok itu orang-orang sana dikiki (tak tahu).. baru saya batuk, 10 sekolah kena tutup ba…!

terima kasih rashi, aku sambung tidur semula. Tadi.

anekdot 2

ramai yang sudah memulakan perjalanan balik beraya di kampung. Penjawat awam rata-ratanya mengosongkan pejabat bermula hari ini.

kami, memenuhkan pejabat sehingga hari Sabtu. Haih…

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF DIPOHON. ZAHIR BATIN.





raya

14 09 2009

anekdot 1

ada dalam 4 draf entri tentang raya aku buat. Semua separuh jalan. Tapi malas lah mahu publish. Abaikan.

anekdot 2

aku malas nak update.





kuih raya. dulu. sekarang.

7 09 2009

anekdot 1

Dulu.

Mak ada satu buku diari masakan. Aku pun ada. Buku folio darjah satu yang dipenuhi dengan gambar-gambar makanan yang digunting dari majalah emak. Majalah super lama. Dulu la, waktu darjah 1. Mungkin juga majalah kesayangan mak, tapi mak redha untuk menyiapkan ‘tugasan’ pertama pembelajaran anaknya.(off topic sekejap)

Dalam buku diari masakan mak, ada macam-macam resipi. Dulu mak rajin salin resipi daripada tv.  (Mungkin sebab tu juga aku suka tengok rancangan masakan. Masak pun boleh tahan. opss jangan gelak). Resipinya pelbagai, daripada makanan berat sampai lah kepada kuih-kuih raya.

Aku nak kongsi tentang masakan kuih mak.

Kelengkapan memasak kuih, kira ok saja. Tidak la grand, cukup untuk menampung kuih sendiri saja. Segala macam acuan kuih ada. Acuan semperit, kuih ros (aku rasa mak pinjam), macam-macam lagi. Nak bentuk bulan sabit? bulat? lonjong? you name it.

waktu ini aku suka sangat membantu mak. Part mencanai atau menekap doh dengan acuan yang pelbagai tadi. Kalau kuih semperit, satu acuan untuk mak, satu untuk aku. Hasilnya sama. (sekali lagi jangan gelak).

Lagi pun dulu-dulu mana ada sangat kuih tunjuk-tunjuk ni. Semua sendirian berhad. Bila orang memuji, kita sendiri yang puas.

mak tak buat kuih ke?” tanya aku minggu lepas.

malas dah mak, ucu pun tanya jugak, mak sorang-sorang mana larat nak buat dah.” jawab mak.

kurang meriah bila dah tak buat-buat kuih ni. Bukan rasa macam nak raya.

Kan?

( eh kamu pun mana ada buat kuih raya kan? )





bergambar

3 09 2009

q

t

i

y

r

dah!





lagi

1 09 2009

anekdot 1

rambut ni aku nak simpan sampai raya la.

baru gerek. mungkin.