anekdot 1
sebagai bukan pengguna iPhone, menghadiri bengkel pagi tadi tentang pembangunan aplikasi untuk iPhone sedikit sebanyak memberi input dan perspektif baru dalam pengetahuan dan teknologi diri sendiri. Di luar sana, pembangun aplikasi iPhone sudah berlambak. Mengikut fakta, pembangun aplikasi (apple bayar mereka) seluruh dunia ada lebih kurang 250k orang. Itu yang berdaftar dengan apple. Aku mahu jadi pembangun aplikasi yang ke 250,001. InsyaAllah.
Di Malaysia juga, pembangun aplikasi untuk iPhone juga semakin berkembang. Semakin ramai. Secara tepatnya, tidak diketahui, tetapi ada. Aplikasi yang popular adalah games. Dan untuk merekacipta games ini bukan mudah.
satu video tentang developer-developer iPhone yang telah berjaya dipaparkan dalam bengkel tadi. Sangat mengujakan. Aplikasi pelbagai. Untuk aplikasi iPhone ini, apa yang terjangkau oleh fikiran kamu, tidak mustahil untuk di realisasikan ke dalam bentuk aplikasi. 3D, 2D, high interactivity, you name it. Semua boleh.
Ada satu developer ini, membangunkan aplikasi yang dipanggil Ocarina – SMULE. iPhone kamu menjadi satu ‘flute’ yang menghasilkan bunyi. Hanya hembus di mikrofon pada iPhone, jemari menekan display iPhone, ciptalah lagu anda sendiri. In fact, mereka telah menghasilkan satu orkestra dengan aplikasi ini. Alat muzik mereka adalah iPhone.
kamu boleh rujuk website mereka ini.
…
Aku tengah fikir (secara santai) aplikasi apa yang aku mahu bangunkan. Aplikasi yang boleh membantu kamu.
yang penting, kena ada komputer Mac dan iPhone dahulu. Aiyak, ini kekangan awal.
“awak, nak pinjam Macbook awak boleh? Saya createkan aplikasi perasaan“
…
anekdot 2
tiada apa-apa. jumpa kamu nanti.




smoga impian jadi kenyataan!
xnak pinjam mac aku?..hehe
wei mana ko belajar amik gambar cantik2…ajar aku
bcn1291 : terima kasih.
mie : ceh, berlagak la tu ada mac
.ambik gambar cantik2 ? belajar dan praktis bro. aku bukan terer sangat pun. nak share ilmu boleh je. set date.