anekdot 1
malam tadi, aku berkesempatan untuk hadir dalam satu majlis ‘oscar’ ICT, APICTA, Asia Pacific ICT Awards di PWTC. Syarikat tempat aku bekerja ini dicalonkan dalam salah satu kategorinya.
Oleh kerana email yang aku terima daripada PA bos lambat, hajat untuk mengenakan ‘black tie’ tak kesampaian. Mahu balik tukar baju, dengan keadaan jalan sesak waktu petang, aku batalkan hajat itu. Hanya mengenakan pakaian pejabat dengan meminjam ‘kot’ staf produksi. Tiada tie, tiada kasut kulit.
Kami sampai dalam keadaan tempat pendaftaran yang masih kurang bersedia. Ada beberapa pekerja yang masih memasang backdrop, memasang banner dsb. Untuk event yang sebegini besar, bagi aku, perkara ini tidak patut berlaku.
Syarikat kami berjaya memenangi anugerah malam tadi. Best of Tourism and Hospitality.
Ini kali kedua, sepanjang aku bekerja, aku ‘merasa’ penganugerahan sebegini. Dulu, tahun 2000 (ke 2001), syarikat tempat aku bekerja memenangi anugerah di @my Awards untuk Laman Web Bahasa Melayu Terbaik – netuisyen. Aku antara orang di belakangnya. Betul tak mie?
…
Jam sudah menunjukkan 11 malam. Supper malam tadi aku belasah nasi goreng, spagheti, satay 5 cucuk dan ABC. Kenyang, sandar di kerusi.
…
“bang, saya nak ambil gambar abang dengan hadiah ni boleh tak? Buat muka bongkak sikit” fotografer tak formal itu.
“hah, muka bongkak? Camana?” aku
“buat je muka cam ganas sikit” fotografer itu.
aku angkat ‘plak’ hadiah, buat tanda ‘peace’. Aku dah cuak kot-kot dia upload kat FB atau blog dia.




tahniah…!
upload la gambo bongkak tu kt FB leh gak tgk muka ganaz + bongkak…
(cemna gaknya ek…?)
gambar tu dalam kamera fotografer tu la.