anekdot 1
seorang teman lama menelefon aku beberapa hari yang lepas, membicarakan tentang hal persahabatannya. Satu insiden tanpa disengajakan oleh teman yang ini menyebabkan keadaan persahabatan dengan temannya, sedikit renggang. Aku kira bukan hal yang besar, tapi biasalah, bila melibatkan emosi dan hati, hal yang kecil boleh menjadi besar.
Aku selalu (bahkan sejak sekolah lagi), sering menjadi ‘pilihan’ rakan-rakan untuk menceritakan segala masalah mereka. Juga rahsia-rahsia yang hanya diceritakan kepada aku. Pendengar yang baik mungkin. Dalam hal-hal itu, aku hanya sebagai pendengar, sesekali menjadi penyelesai masalah. Aku suka neutral. Banyak waktunya aku diam daripada bercakap.
Berbalik kepada hal teman tadi, tahap masalahnya sehingga mengganggu waktu tidurnya. Tak lelap, runsing, boleh dikatakan sehingga tahap murung. (mengikut apa yang diceritakan). Dia ada menyatakan permohonan maaf secara lisan, email, sms dan telefon, namun segalanya tidak berbalas.
“saya tak mahu persahabatan ini jadi kucar kacir. Kalau sampai mengenepikan ego saya sekali pun, saya sanggup. Minta maaf di khalayak ramai, tak kisah la.” dia
melanggar protokol diri.
“setiap orang ada cara ‘handle’ dan setel masalah macam ni. Mungkin dia jenis yang lambat sejuk. Jangan risau sangat la, tak ada apa-apa. Nanti-nanti ok la tu. Tak nampak serius sangat“
aku kira ayat itu menyejukkan hatinya. Mungkin.
memberi dan meminta maaf adalah dua perkara yang sangat-sangat berbeza. Orang yang memberi maaf adalah orang yang sangat ‘wise’. Bukan bermakna meminta maaf adalah satu perkara yang mudah. Ini Dato’ Fadhillah Kamsah yang kata.
anekdot 2
cerita yang ini pula, kisah seorang kawan dengan aweknya. Ada saja halangan mereka berdua untuk bertemu. Perancangan yang dibuat kadangkala sesingkat sejam dua pun, masih tidak memungkinkan mereka bertentang mata.
“bro, apa gua nak buat haa?“
“lu pikir la sendiri“
“aisey“
anekdot 3
hari ini perlu pulang awal. Memasang kembali nadi kereta.
Ada pelawaan untuk bermain ping pong. Aku tolak dengan berhemah.
“aku tau kelemahan azli wei” kata designer itu, jauh sayup di kubikel sana. Tapi masih dengar.
“apa dia? asyik menang je, mana aci” kata fotografer itu penuh minat.
“ko buat dia ketawa, sure kelam kabut punya” sambung designer.
aku. ketawa di kubikel hujung sini. Mereka masih dengar.




1. anda seorang sahabat
2. anda seorang sahabat yg baik
3. anda adalah seorang sahabat yg baik!
4. muktamad…!semoga Allah merahmati anda…
terima kasih. saya menyenangi kawan-kawan di sekeliling saya