mencari ilham

24 11 2009

mencari ilham
kala dinihari
menganyam angan-angan
yang sudah lama terperuk dalam

bintang-bintang bergelimpangan
dibalik pekat malam
sesekali mengerlip
berseri seperti selalu

andai bisa berbaring
di dada langit
berselimut awan
bertilam gembira
bagi aku itu satu anugerah
dalam ilham ada kamu
seperti bintang itu
tersenyum manis

percayalah
ilham tersembunyi
minta dicari
pasti ketemu nanti

231109 – 2306





perbualan tanpa berfikir.

23 11 2009

anekdot 1

li, bila lagi nak main tenis?” bos kecil tanya.

jumaat cuti” aku kata. setakat itu saja.

haa, kita main jumaat la. pagi” bos kecil. kemaruk gayanya.

jumaat ni raya haji la bengong” aku balas.

ketawa. ramai – ramai.





hujung-hujung minggu. tanpa dia.

21 11 2009

anekdot 1

tanda – tanda cinta di cermin berdebu.

Awak. Jangan tendang dia. Kalau dia dah mogok bagaimana?

anekdot 2

kepenatan seminggu ini.

bersukan.

ping-pong. tenis. futsal. berlari. berjalan.

flat.

menatap itu memberi tenaga.

berkata begitu memberi ilham pesona.





gila. tennis

19 11 2009

anekdot 1

entah apa gilanya hari ini. Aku membeli raket tennis. Nak main tennis dan juga sebagai senjata di dalam kereta. (Huh?)

kali terakhir memegang dan menghayun raket tennis adalah pada tahun 1996. Sekarang akhir 2oo9. 13 tahun. Hoh. Skil konfem berkarat.

terasa sangat kecil dahulu. Raket terasa berat.

kekangan waktu sekarang, hujan waktu petang bawa ke malam. Semua court adalah terbuka. Teruja punya pasal, akan standby baju sukan dan kasut di dalam kereta. Jumpa mana-mana court kosong, terus terjah haha.

pukulan forehand pegang macam ni” kata cikgu fizik wanita dulu yang jadi jurulatih sementara kami.

kalau backhand, macam mana pulak cikgu? susah la nak pegang raket dengan dua-dua  tangan” bertanya. tiada salah.

kalau bola yang datang tu laju, awak tahan saja, ‘chop’ sedikit. Make sure awak dah ready sepenuhnya bila terima bola macam tu. Kalau bola slow, position kan betul-betul raket awak, ‘drive’ dan placing. Atau, awak position kan badan awak supaya boleh ambil bola tu dengan forehand. Ok?

sparring dengan cikgu ini memang best. Seperti bermain pingpong dengan ‘drive’ sekata. Mungkin juga sebab masing-masing rendah. Pinggang separas net, pukulan forehand, sesedap rasa saja.

ah, nostalgia.





bersalah atau tidak. hujan.

16 11 2009

anekdot 1

hujan
di tengah hari ini
bagai memberi tanda
berakhir sebuah cinta

oh
retak yang telah terbelah
tak perlu diratapi
usah disesali

bersalah atau tidak
bukan persoalan bukan sebab
hanya perasaan
yang telah terpadam

bukan mudah selami
jiwa yang angkuh
cita-cita
yang mengelirukan diri
mendustai hati

walau apa terjadi
roda hidup terus berputar
menjadi teman kita
menggilis kita.

Search : Bersalah atau tidak
Album : Gema di Timur Jauh

Bila lagu ini dimainkan secara random (dan kadangkala aku tukar mode shuffle kepada off dan repeat sampai habis perjalanan), aku akan naikkan kadar volume di dalam kereta.

untuk lebih mood, pastikan keadaan di luar adalah hujan.

Aku sangat-sangat suka lagu ini. Lagu terbaik di dalam album itu. Susunan muziknya, liriknya. Sedikit melankolik. Berdentum dentam. Sikit lagi mahu pecah speaker.

dan hujan di tengahari ini, tidak sama dengan bait-bait lirik di atas. Kontra.

terima kasih hujan. Kabus yang ada memberikan kemanisan di waktu pagi untuk dia. Kadang kala. Lebihnya, mentari yang cantik tanpa selindung.

 

e





hujan renyai itu

9 11 2009

anekdot 1

zaman kanak-kanak ribena. Dulu tak minum ribena pun. Minum ‘Tang’. (sebut: Teng)  Oren. Tak kisah la ribena ke tak.

waktu musim hujan adalah dinanti. Sebab boleh main bola, sliding etc.

balik sekolah agama, dah set dengan kawan-kawan waktu di sekolah lagi, pakat ramai-ramai (tak ramai mana pun, 5-6 orang) turun padang. Padang sekolah pagi sepelaung saja. ‘Lompat pagar’ sekolah. Gol kat situ ada jaring. Seronok sikit kalau score.

Pinjam bola dengan Cik Mokhtar, guru mengaji kami sebelah rumah, (yang mana bola tersebut dia jumpa di kebunnya, anak lelakinya masih kecil belum pandai main bola),  osom dengan kawan-kawan siapa yang patut beri salam. menggigil nak minta pinjam. (zaman dulu, tahap hormat pada guru adalah terbaik). Bukan apa, kalau lambat pergi mengaji, nanti dia jadikan alasan main bola sampai tak ingat nak mengaji. Rotan adalah standard. Renungan matanya saja sudah luruh jantung.

Ada satu hari yang masih aku ingat. Masih panjang umur.

Waktu itu hujan renyai. Kami macam biasa, seronok main bola. Sliding tackle, sepak lumpur, tanduk menanduk, segala macam stail. Kilat sekali dua memancar. Guruh suam – suam bunyi.  Kami tak  hiraukan.

Sampai la,

yang aku sedar, semua orang dah meniarap ke bawah, tutup kepala. Jelas nampak cahaya putih sangat terang atas tiang gol tadi. Lutut jadi lembik. Masing – masing berpandangan sesama sendiri. Senyap sunyi.

Semua berlari. Meninggalkan bola di atas padang. Depan pintu gol.

Malamnya, mata tok guru kami merenung semacam. Kami syak yang dia menunjukkan isyarat, “kenapa tak pulangkan bola aku?”

dan kami berlagu mengaji. Bertaranum.





stail tu dah lama dah

3 11 2009

anekdot 1

bila satu sepupu aku ini upload gambar kanak-kanak riang kami ke Facebook, baru aku realise yang stail rambut anak-anak muda dan yang tak berapa muda sekarang, dah lama aku buat.

stail macam penyanyi kumpulan HUJAN. Rambut ke depan. Rata. Tapi bukan seperti Temenggung Jugah. Itu authentic. Abu Bakar Ellah saja yang boleh buat.

dulu ada cerita drama orang putih, aku tak ingat tajuk ceritanya. Watak kanak-kanak dalam drama itu bernama Nicholas, dan Nicholas ini berstail rambut sebegitu. Adakah aku meniru stail itu? Entah. Tapi aku jadi popular dikalangan saudara mara, mereka memanggil aku dengan nama nicholas. Comel bukan? ha ha.

zaman sekarang ini, ada yang buat aku menyampah bila lihat mereka anak-anak muda menggayakan rambut ‘melepek’ di depan, sideburn panjang, terjulur-julur. Ada yang jadi sangat tak sesuai dengan wajah mereka. Muka petak, buat stail begitu, sangat hodoh. Tak mengapa, bagi mereka itu sangat cool dan trendy juga indie.

rugi, kalau saya potong sure sama rata” aku juga boleh memotong rambut perempuan. ha ha di situ. Adik aku sebagai ‘pelanggan’ pertama dan terakhir. Erkk.

dah potong?

of course

memang macam haraammm (bak kata seorang teman tadi, yang mencarut kecil-kecilan).

aku terjumpa semula tonik rambut malam tadi. Masa untuk melebatkan kembali rambut. Ah malas lah. Ada alkohol.

u

apa kena mengena gambar ni? Ikut suka la.